Wednesday, February 29, 2012

Murokibians seDunia



CERITERA MUROKIBIANS~

Hari ni saja nak berkongsi cerita, cerita yang sedikit 'hot' musim ini.

Tiada apa-apa yang luar biasa,
Sekadar untuk berkongsi cerita,
Kisah aku, dia dan mereka,
Dengar ya?

Cerita Murokibians~

(Jangan terharu, jangan marah =.=' )


Bersejuk sajak menunggu akhawat untuk dimurokibkan, walaupun dalam hati dah mula 'hot' sebab tunggu hampir setengah jam dalam keadaan cuaca yang sedap untuk tido dalam hirom. Hati mula berdetik
" mane r akhawat ni, tinggal kang kejam sangat pulak, tinggal kang jadi apa2 aku gak kena, haisyy"
Geram2 pun murokibians ni tunggu jugak sebab nak tunaikan tanggungjawab. Sabar banyak2 dan kebal terhadap cuaca menjadi prinsip diri. Dalam hati kadang-kadang terlintas ' kalau ada orang belanja ni best juga ' tapi lintasan cuma, bukan menjadi impian kerana pahala yang diharapkan. Ke salah? haha..entahla, tapi insyaallah betul ^_^

Kadang-kadang jumpa akhawat yang superhero, keluar tanpa murokib pada keadaan2 yang membimbangkan, maka murokibians yang ringan tulang ni akan follow senyap2 dari belakang, tak harap pun apa2, asal maruah akhawat terpelihara, tapi ada jugak yang buat2 tak nampak, kan2? @_@

Ada yang kena murokib time hujan2, walaupun terpaksa murokib akhawat yang jalan macam kura2, ada yang terpaksa terkejar2 murokib akhawat yang macam lipas kudung, ada yang dapat panggilan murokib masa tengah makan nasi, sampai tersedak baca mesej, ' bagitau last minit..ish2x'. Hati marah, kadang2 rasa geram tapi murokib juga. Ada yang bersemangat waja suka bila dapat offer murokib, siap offer akhawat untuk dimurokibkan lagi, kategori ini memang lah sangat hebat, terharu jugak kadang2, macam ayah2 pulak..haha..

Rasa berat sebenarnya nak minta tolong murokib, sebab kepala selalu ligat fikir ' kang kacau dia pulak' ,       ' satgi orang tak mau tolong pulak, malunyaa' , ' nanti kalau tak bagi apa2, rasa tak best pulak, tapi tengah kering ni' ,(tapi kalau orang nak bagi tu ambik ja la,kalau tak, rasa bersalah)  'ish mintak tolong selalu segan la pulak, nanti terhutang budi ' , ' minggu ni dah minta tolong murokib ni, takkan nak minta tolong dia lagi, tapi sape?..huaaa..' ,

Cerita 1 : Kisah Depan Mata

Se-group akhawat memikirkan bagaimana caranya untuk pulang dengan selamat.
(Meeting masih lagi berjalan,tapi pikir awal supaya nanti tak menyusahkan murokib)

" Nak balik cmne pulak satgi "
" Cuba tengok dekat ruang iklan, jadual murokib , sape yang murokib minggu ni "
" Ha, kumpulan biru area syimali, jap2 cari group pintar mana pulak "
" Ha, ok2 jupa dah, cari nombor telefon pulak"

Sesudah dapat nombor..

"Nak cakap apa? Cuba awak susun ayat"
"cakap camni , maaf ganggu,minta tolong murokib waktu sekian2 boleh?"
"eh, tak boleh gitu, tanya dulu, dia free ke dak"
"bla....bla....bla.." ....dekat 10 minit plan ayat...haha
"saya dah dapat murokib, kena cari murokib kawasan awak pulak la"
"jap,kita search jadual murokib lagi..tet..tet...tet..."
"dapat dah? awak pulak la tolong cakap, segan, tak kenal "

setengah jam berlalu camtu ja...haha..

Cerita 2 : Irbid oh Gelap

Murokib dalam gelap , kerana hampir semua kawasan Irbid terputus bekalan elektrik , maka murokiblah mereka dengan cahaya dari handphone , berjalan sambil tangan dihadapan , memberi laluan kepada cahaya di tangan untuk sampai dahulu. Kang jatuh tiba2, hilang macho aku. Ada yang memegang secret weapon sebagai langkah berhati2 . Orang arab Irbid ni tak semua boleh percaya ...safety first...oooo..

"Ko murokib depan , aku murokib belakang"

Haha..memang untung sapa yang pernah dimurokib macam ni, baik cakap tima kasih banyak2 kat diorang..

"Terima Kasih"


AKU BENCI KAU , KAU BENCI AKU

Uuishh dasyatnya sub-note, saja ja hiperbola , 'hot' syabab dan akhawat betikam lidah dalam isu murokib di open talk, kelakar juga kadang2 baca , tapi tak nafi ada juga yang betul , sama ada dari pihak akhawat mahupun syabab. Apa pun kita ambil langkat bijak , BERDAMAI~
Senang sikit dari bergaduh, tak penat , tak letih , dengan syarat masing2 ubah sikap yang tak disukai antara satu sama lain. Tapi, apa ya? Find it yourself ler...


Sekian


Madihah Yusof
28th Feb,
Irbid.


p/s: Sekadar side story of me,apa yang didengar, dilihat, dan dialami sendiri, tak tahu kisah orang lain macam mana.Nasib baik jumpa murokib yang baik2 setakat ni,emm, apa pun terima kasih kepada murokibians sekalian atas kerjaya baru anda. Bagi  yang lari2 dari murokib tu , jadilah gentlement sikit ya.

'Apabila kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan mudahkan urusan kita ^_^'





secret weapon