Monday, May 17, 2010

Sehari bersama I.P Minda

TOT..

TOT..

Apa tu??

Training of Trainers...

Seawal jam 7.30 pagi ,kesemua urus setia telah bergerak ke Dewan Muktamar untuk membuat sedikit final touch bagi persiapan dewan..bagi kemas sikit..Apa yang dipuji adalah kerjasama semua urus setia yang terlibat ,yang memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan program ini..tanpa anda,siapalah kami..

Seperti biasalah,peserta perempuan melebihi bilangan peserta lelaki walaupun pada awalnya bilangan peserta lelaki yang mendaftar lebih ramai dari peserta perempuan,namun yang hadir tidak sepenuhnya..Namun ,perjalan majlis berjalan seperti biasa..Dengan penyertaan yang dihadkan,untuk mendapatkan eksklusiviti training (cewah) dianggarkan seramai 80 orang peserta yang terlibat dalam program menggilap bakat fasilitator di Darul Quran ini.Alhamdulillah~

Terima kasih kepada pihak I.P Minda yang sanggup datang menyumbang tenaga dan berkongsi ilmu dengan kami..Jutaan penghargaan kepada Us Syaari,Us Zool Amali,Us Rashidi dan Kak Nurul yang turun padang memberi motovasi dan guideline bagaimana untuk menjadi fasilitator yang berkesan.

Wah agak sedikit skema ayat2 di atas..hihi

Sebenarnya ana amat teruja lah dengan program macam ni..Dah lama ana nak join program yang training fasi secara profesional ni,namun tak jumpa ruang dan peluang.Alang2 dah terlibat dalam hal ehwal pengurusan fasilitator darul Quran ni,maka terus brainstorm program yang berkaitan dengan mana2 konsultan supaya mendapat sentuhan secara langsung dari orang pro..Bestnya~

ada 3 slot sepanjang program TOT ni..slot pagi lebih kepada motivation to be a good da'i..kenapa kita perlu berdakwah?Apa matlamat kita? Memang menarik la..Kami ditunjukkan video2 tentang zaman kegemilangan Islam sehingga ke zaman kejatuhan Islam.Apa perangkaan2 yang telah dirancang yahudi untuk menghancurkan Islam.Begitu kejam Yahudi ni memperhambakan umat Islam setelah negara Islam ditawan..itu penjajahan dari sudut fizikal..

Sedar tak sedar remaja Malaysia sekrang di ambang penjajahan minda yang sangat2 kritikal.kalau kita rajin baca akhbar metro,masalah sosial masyarakat terutama remaja zaman skrg sangat dashat..Ana baca pun terkejut..Kes pelajar tingkatan 1 yang dibelasah sehingga mati oleh senior nya yang berumur 14-17 tahun.Bayangkan tu adalah mad'u kita..ni Us Syaari la kata..hii..hye kecut perut juga ana..Ada satu gambar yang ana sangat tersentuh bila melihatkan-seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 tahun mumkin,sedang memangku adik yang berumur 2 atau 3 tahun,sedang tertidur di kaki lima,dalam keadaan meminta sedekah..sedih kan? nak nangis ana tengok gambar tu..Mane mak bapak yang bertanggungjawab melahirkan mereka ke dunia?? tau buat anak ja,jaga tak tau kot..(opss kasar pulak).Kalau lihat dengan mata kasar,memang kurang ajar la mak bapak yang tak bertanggungjawab ni..sepak je..tapi kalau tengok dengan mata hati,cari balik ke akar umbi,kenapa masalah ni boleh berlaku? salah mereka yang jahil atau salah kita yang ada ilmu ni tapi masih lagi ananiyah untuk bermandikan peluh menyelamatkan saudara seIslam kita? fikir sendiri..

Antara lain nya serangan qhazwatul fiqr yang didalangi Yahudi a.k.a Fremason a.k.a illuminati yang hendak melihat kemusnahan umat Islam.Mereka menyerang kita dengan cara halus,tanpa kita sedar,Kita masih lagi dibelengu masalah hedonisme,sangat sukakan hiburan..terbaru konsert Pitbull,yang kita sedia maklum konset yang mengamalkan seks bebas pada 15 mei lalu (kerajaan mane tah luluskan..B###H betul)..ana xnak ulas panjang,baca akhbar ..Dan paling parah budaya tak pedulisme..Engkau,engkau..aku,aku..Kubur asing2 beb,lantak die rr..jadi dalam sl0t pertama ni kami didoktrin (betul tah ayat ni) untuk rasa bertanggungjawab and passion la untuk menyelamatkan rakan2 yang dilanda masalah ni..it is about eagerness inside ur mind if u want to keep involving in this field..once u have save someone,u always want more n more..ni yang ana dapat la..maksudnya nak terlibat dalam dunia fasi ni,bukan dari faktor rangsangan luar je,sebab lama2 kita akan bosan tapi lebih kepada faktor dalam diri kita yang mendorong kita untuk terus berbakti pada masyarakat..

Teringat ana 1 kisah yang Us Zool Amali cerita (eja betul2,jangan tinggalkan L..pesan beliau ..hi) tentang seorang budak form 1 ,yang ibu bapanya bercerai,Bila dia dihantar ke rumah bapanya,bapanyahantar dia ke stesen bas,Berbekalkan duit Rm2.50 ,ayah dia kata 'kamu pergilah ke mana kamu nak pergi,jangan balik ke sini lagi' ..hui bayangkan kalau kita berada di situasi adik tadi..tak sanggup ana..kesian adik ni..mak tak nak,ayah pun buang..akhirnya terpaksa merempat di stesen2 bas,kaki lima dan mane2 tempat yang boleh dia berteduh..ini antara kes yang dihandle oleh Us Zool sendiri..

huhu..insaf~ baru sedar betapa kritikalnya masyarakat malaysia sekarang..duk rilex sangat kat DQ ni..

Slot kedua sambungan dari sesi pertama tadi...tapi di akhirnya ada slot sharing moment la ana boleh simpulkan kat sini..dia lebih kepada lontaran soalan dan perkongsian pengalaman..interesting sebab kita diberi peluang untuk bertanyakan soalan secara langsung dengan trainer..ana pun x lepaskan peluang keemasan ni la untuk bertanyaka soalan..Alang2 dah duduk depan sekali,rugi la tak tanya kan? respon yang diberikan BEsT!! trainer dari IP Minda menerangkan dengan bersungguh2 segala persoalan yang terbuku..Thank you kepada Kak Nurul,Us Syaari dan Us Zool kerana jawab soalan ana yang killer ni..cewah xdalah...

Slot last paling best..bila mana kami diberi task untuk merangka program sendri berdasarkan situasi yang diberi..macam2 lontaran idea dari peserta..menguji keberanian sebenarnya untuk bercakap di atas pentas ni,tapi alhamdulillah respon peserta sangat baik,sampai xnk lepaskan microfon pun ada..kemudian setiap program yang dirangka akan di bimbing oleh trainer ,bagaimana pendekatan yang sebetulnya dan kaedah yang seharusnya..banyak pengajaran yang dapat dikutip dari slot ni..

Dalam 5.30 program pun sampai ke penghujung..ana segan sebenarnya iring2 VIP ni..mana mashi lagi bab2 protokol ni..tapi takpa la belajar sikit2..jadi yang kantoi2 tu,tutup sebelah mata dah la,jangan geleng kepala, segan la ana.huhu..

Ala kulli hal TERIMA KASIH pada semua urus setia yang terlibat..Anda semua sangat BEST!!
Mohon maaf atas segala kekurangan yang berlaku sepangjang program ini berlangsung,dari mula sebelum program hingga ke akhirnya..Ha! tak lupa juga kepada semua peseta TOT,Training of Trainers, yang terdiri daripada ahli Jabatan Nuqoba dan ahli KEFDA atas antisipasi anda! .Semoga program ni menjadi titik tolak untuk kita lebih rasa bertanggungjawab terhadap masnyarakat dan menjadi A Really Profesional Fasilitators.InsyaAllah..

Transforming Hufffaz to Ulul-albab~

Besarlah harapan ana untuk melihat pelajar DQ ni membudayakan budaya braintorming dikalangan kita supaya idea2 dan suara huffaz ni dapat didengari..Ana cabar pelajar DQ!!!!

Bebaskan Huffaz dari Penjara Syurga!!

salam


p/s: Gambaar program banyak sebenarnya..kalau sempat nanti ana posting di entry seterusnya..InsyaAllah..

Saturday, May 15, 2010

Training of Trainers

Program seharian bersam IP Minda "Training of Trainers" suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan ...entry bakal menyusul..:)

Monday, May 10, 2010

Terharu nya~~

Adik-adik SBPI, Rawang..

Entri ni ukhti buat khas untuk hampa..

Seminggu sebelum program,letih,macam2 masalah melanda..menguji kesabaran jiwa dan fizikal betul..tapi apa pun perancangan 'follow up' ke Sbpi, Rawang tetap diteruskan..

Pagi yang agak kelam kabut kerana agak sedikit terlewat dari jadual perjalanan menyebabkan kami agak cuak(takut ada yang perli lambat nanti)..tapi xpe maintain xda pape..adik2 punya pasal :)..lewat kerana pada malam harinya kami menyediakan sedikit ole-ole untuk adik2..(sedap tak??.hi)

Pendek cerita, usai sampai ke Sbpi,rawang semua fasi bawak group adik masing2 ke tempat yang disukai..maka berlaku lah sesi luahan isi hati,cetusan idea dan persoalan2 yang xterjangka..

nak tahu??

"Hari ni sebelum kita masuk slot yang sebenar ,kita wat sAmbung2 cerita nak?tapi dalam bahasa inggeris..orite?" haha..entah cemana boleh tercetus idea gila tu..Mumkin sebab esoknya ada MUET speaking test tapi satu habuk pun ana xstudy lagi..jadi sambil menyelam tu minum air la..

"ha? ukhti,kami segan la ..mana reti sangat"

"Hentam ja..rojak pun xpe" sebenarnya kita ni boleh ja cakap bi, tapi malu pulon sangat..takut salah..salah pi la..nama pun process of learning..am i right? :)

Hampir setengah jam berlalu ,maka kami masuk pada sesi slot yang sebenarnya iaitu 'digging the problems' a.k.a korek la apa masalah adik2 ni ataupun apa yang diorang tak paham lagi dalam sesi program yang lepas..Alhamdulillah semua memberi respon yang baik..tapi ada la juga sorang dua yang pemalu..alahai..susahnye nak suruh diorang bercakap..tapi xpe 'manjaada wajada'

"Ukhti mana satu nak pilih,antara arahan dan amanah...mana nak didahulukan?"
( ha,sape ada pandangan boleh bagi comment nanti ya..)

"adik2 faham tak konsep taat pada ketua? bla...bla...bla..."

kemudian masuk isu ApCo...oo rupa2nya adik2 ni tak tahu ye isu ni..tinggi sangat kot..tapi xpe lah ..sikit kena tahu juga isu semasa..penting dik..nanti kita tak tahu apa2 sedar2 negara dah diserang..takut tak?

pemudi kini pemimpin masa depan..kena jaga betul2..jangan tersilap jalan..nanti menyesal..

kemudian masuk pula masalah family..masalah kawan2..masalah sekolah..fewh..banyak jugak yang kena jawab

"akak,mcm mane kita nak sentiasa bagi iman kite meningkat? ye la saya kadang2 iman down,solat lewat waktu la..banyak tido la..tak stdy la..macam mane?"

uih soalan power punya..boleh jamin ke iman manusia ni sentiasa up je? takde kan? tu untuk para nabi dan rasul je..iman manusia memang ada bertambah dan berkurang..sunnatullah nya begitu..tapi janganlah meletakkan ia sebagai satu excuse untuk tidak cuba menjaga amal supaya sentiasa bertambah..kan rugi namanye..:)

"Akak macam mana nak buat,saya xde masa nak study sekrang..selalu sibuk..macam2 cikgu suruh..sebab dah naik jadi exco..nanti kalau saya bagi excuse,cikgu kata tingkatan 5 lagi bz,tapi boleh jer buat keje.."

"Dah bagitahu masalah adik kat cikgu ke?cikgu cakap mcm tu?"

"Eh belum,saya agak jer cikgu cakap cmtu.."

"Kena pandai agihkan masa dik..kawan2 xde yang tolong ke? Ingat tak kenapa bila tasbih adik kena rampas,bila sorang je yang datang mintak,kak2 xkasi?? tahu sebab apa? sebab nak tengok kesatuan la kat situ..ambik peduli tak dekat kawan2..jangan kita je senang,kawan kita dah nangis2 dah kena marah..kena ada ukhuwah yang jitu..berat sama2 tanggung,senang2 sama2 merasa.."

"Akak,macam mane saya nak buat,saya Badar sekolah,tapi bila orang buat salah saya xberani la nak tegur..saya takut nanti diorang boikot saye"

"Akak macam mana nk istiqamah pakai stokin,sarung tangan?"

"Akak berdosa tak kalau kita bla...bla....bla...(panjang soalan dia)"

"akak budak2 lelaki ni kenapa diorang macam ni bla...bla...bla.." (biasalah genders problems..aku xpuas hati kat hang,hang xpuas hati kat aku..GENDERISME)

"Kak,yang ApcO tadi boleh ulang cerita balik x..kenapa diorang nak masuk negara kita"

"Apa kaitan dengan israel..bla...bla...bla..."( menyesal pulak cerita dari isu Apco sampai strategi penaklukan dunia2 arab..tapi wat cne..excited nak citer betapa pentingnya diorang ni sebagai aset Islam..kalau masih lagi leka dengan dunia sendiri..ralit..rugi nya )

wah macam2 soalan adik2 ni..mencabar minda betul..apa pun terima kasih la adik2 atas kerjasama yang paling BEST~ nanti kita jumpa lagi

Part paling terharu..xputus2 adik nni datang nk bersalam walhal time tu kami dah kena gesa naik bas dah..minta maaf ye pada yang akak xsempat salam..boleh babai ja(lambai tangan..bahasa kedah)

Masa naik bas ,adik2 perempuan semua setia menanti di hadapan pintu masjid untuk melihat keberangkatan kami..semua melambai2 tangan..nampak yang kesat air mata pun ada..huhu..terharu..paling tak sangka masa bas kami buat pusingan U untuk keluar dari kawasan sekolah,adik2 ni berlari ke bahagian kanan masjid pulak untuk melihat buat kali terakhir..hu..terasa disayangi pulak..hehe..

Apa pun kenangan kali ke 2 di Sbpi Rawang tetap dalam ingatan..

Setakat ni dulu


Sekian

thank you rumet bagi pinjam laptop dan berukband..hii

salam

Thursday, May 6, 2010

Fitnah Petunjuk Istikharah

Erti Hidup Pada Memberi...

“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”

Sepucuk emel dihantar kepada saya.

Beristighfar dan mengurut dada.

Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.

Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.

Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?

Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

KESIMPULAN

  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG