Monday, January 17, 2011

Genta Rasa

Teman Hawa,
Andai rasa itu
tidak syar’ie untuk kau rasa,
Kuharap itu bukanlah untukmu..
Kerna apalah yang ada,
pada debu – debu rasa..
Andai disitu ada setan,
menggelayut di balik qalb.
Andai disitu,
Dikaburi kabus maksiat,
Dan disitu..
Bertaburan selumbar
dan duri MurkaNya…

Teman Hawa,
Simpanlah jiwa itu
sumbat ia dalam – dalam,
Walau dikiri dan dikananmu
Dibelakang dan dihadapanmu,
Bergelegak marak api rasa,
Yang mereka gelar sebagai ‘cinta’



Aku takut gelora badai,
Ombak al~ isyq yg menggila,
Yang bisa melemaskanmu,
Jangan kau mati,
Berkafankan cinta basi
manusiawi.
Usahlah kau menjadi Laila…
Yang mengheret Majnun
ke lembah derita lara – sengsara..

Teman Hawa,
Balutlah dan pekunglah hati mu,
Dari angan – angan indah setan,
Kerna setan itu,
kerjanya mengindah – indah,
Yg jelek , hodoh dan busuk.
Dalam perangkap warna – warni, al – wahn.

Tidakkah kau ingin…
memberikan hati,
yang sudah kau basuh,
Di dalam haudh Kauthar
Untuk kau hadiahkan,
Hanya pada ‘dia’ yg tertulis
Pada pena catatan Tuhanmu,
Siapa bernama ‘dia’ ?
Bukankah telah termaktub disisiNya…



Seandainya teman…
Kau bisa tahu,
‘dia’ sekadarnya wasilah cuma,
juga insan dari negeri yg fana’,
Hanyalah tongkat cinta,
Buat menuju Pencipta Cinta,
Pastinya rasa
yang melimpah – limpah itu,
kau akan takungi,
Dengan zauq al – hubb,
Kpd yg mutlak Memiliki segala rasa,

Natijahnya…
Kau pasti berasa jelik dan mual,
Dengan rasa - rasa murah dan basi,
Yang kononnya kau namakan ia,
sebagai ‘cinta’ !

Seandainya….
Kau bisa mendapatkan sezarah cuma cinta Pencipta,
Indahnya pasti melebihi segala dunia dan seisi khazanahnya.
Pastinya lemas dalam cinta itu terasa lazatnya.
Khayalnya bagaikan,
Meminum air dari negeri Syurgawi..

Teman,
Andai kau ingin bercinta…
Bercintalah,
Di bawah lembayung sebuah aqad.
Berpijaklah pada pohon Syariat
Berteduhlah di bawah rimbunan redhaNya.
Moga harumannya,
Akan bisa melewati gerbang – gerbang Syurga.


Anak-anak ayah, ketahuilah ayah berusaha untuk mendidik kalian sebelum ayah kahwini ummi lagi.

Be the best father, before seek the best mother.

~An-Nuur : 26 [Quranic Law Of Attraction]~


P/s: buat sahabat2 yang dilanda masalah hati,puisi di atas khas buat kalian yang secara tidak sedar menggunakan istilah cinta murahan ini untuk ‘melawan’ kehendak cintaNYA , Qada dan Qadarnya buat Si hamba. Jika begitu keadaannya, pasti yang dijumpai oleh makhluq tadi adalah kekecewaan, kehilangan, kecelaan dan kehampaan kerana Allah tidak lagi bersamanya.. Tuhan akan membiarkan dia, bertuhankan nafsunya. Nauzubillahi min zalik.Sabar lah..kena kuat sikit..Moga ALLAH memelihara kita dari segenap penjuru ma'asi..Ameen

~ASLIH NAFSAK WAD'U GHAIRAK~

1 comment: