Sunday, November 27, 2011

Jangan pernah putus asa







p/s : Sayang Allah itu pada hamba lebih lagi dari kasih sayang seorang ibu terhadap anak kecil nya. Mohonlah ampun dari Nya , Dia sentiasa menerima hambanya.. T_T

Tuesday, November 15, 2011

Awakening Call


Dua bulan lebih berada di Bumi Anbiya'. Siri penahanan dari tembok empangan itu pecah, akhirnya roboh jua. Entah di mana retaknya tembok itu. Apa yang pasti air itu kini bebas mengalir tanpa apa pun yang bisa menghalangnya.


******

" Jangan takut , jangan gentar , Sesungguhnya Allah itu bersama"

******

Entah mengapa terasa ujian kali ini begitu melemahkan keyakinanku. Pantaskah aku terus berjuang di sini? 
Ahh..air mata menjadi teman paling setia ketika ini. Adakah salah pilihan yang dibuat ? Adakah salah doa yang dimohon ?. Pemikiran seperti itu sedaya upaya cuba ku tepis . Mencari hikmah yang tersembunyi. Pastinya di setiap tingkatan kehidupan itu ujiannya semakin hebat . Kerana aku bukan lagi kanak-kanak kecil seperti dahulu. Yang bisa sahaja merengek kerana lapar, dahaga, sakit apatah lagi jika tidak mendapatkan sesuatu yang aku inginkan.

Ku mencari pelangi yang tersembunyi

******
" Manusia itu datang secara sendirian , di akhirnya juga akan pulang sendirian "

******
Merasa sendirian untuk mengharungi cabaran di negara orang. Apakah aku yang terlalu  lemah ataupun ujian yang terlalu berat buatku? . Aku tidak tahu. Mencuba mencari kekuatan dari insan sekeliling.Mencuba meminjam kekuatan mereka sebagai penguat semangatku. Diri masih lagi teraba-raba mencari keserasian menuntut ilmu di sini . Sudah ku duga , di permulaan ia tidak akan semanis yang diimpikan. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Setiap kali berjalan ke kelas , menaiki landai bukit , melintasi jalan raya , mengawasi kiri dan kanan bimbang diekori ( beware sgtkah aku?) , selalu terfikir , manusia itu sentiasa sendiri , hanya Allah yang maha menemani. Dilahirkan bersendirian , dimatikan juga sendirian. Maka pantaskah kita merasa terlalu risau hidup bersendirian? Terlalu bergantung pada manusia? Kerana hakikatnya , kita juga akan pulang sendirian mengadap Sang Pencipta.

Mencari Spirit yang Hilang

Merangkak membina kekuatan hari demi hari .Adakala aku berjaya .Puas. Gembira . Namun adakala aku jua tewas. Sedih. Kecewa. Bungkam sendirian di kamar sepi. Membina semangat itu perlu dari kekuatan   diri. Kekuatan rohani yang ampuh dan teguh untuk membangunkan semula empangan yang telah roboh. Jalannya cukup mudah. Kembali kepada yang Maha Esa. Yang sentiasa mendengar rintihan hati manusia.

Terkadang manusia terlalu risaukan hal dunia. Terlalu cinta akan perkara dunia. Maka menjadilah ia hamba dunia. Semakin dunia dikejar , semakin itu ia menjauhi . Namun jika perkara akhirat dikejar , nescaya '3muurid-dunya mengikuti. Ingatlah wahai diri pesan Rasul mu ini :


"Barangsiapa menjadikan semua kebimbangannya kepada satu kebimbangan (akhirat) Allah akan melenyapkan semua kebimbangan keduniaannya, dan barangsiapa yang membimbangkan tentang hal-hal keduniaan, Allah akan membiarkannya tenggelam dalam kebimbangannya"

Awakening Call

Mengharapankan diri masih lagi kuat untuk meneruskan kehidupan di sini, mengharapkan seruan untuk berjuang pada agama Allah ini tidak akan padam walaupun adakalanya malap dihembus angin, mengharapkan insan disekeliling tidak menyalahartikan kekurangan diri, mengharapkan tiupan2 semangat agar tidak terus hanyut dengan semangat yang pudar. 

My one and only awakening call ~allah s.w.t ..plz be beside me ..