Thursday, April 29, 2010

Sebiru hati albiruni~

video

Special dedication to all my frenzs...rindu zaman2 kanak2 riang sekolah sungai korok,sk sri taman.. maktab mahmud..matrix's life...

Tuesday, April 27, 2010

Azam baru!!!



Azam baru sem ni ialah STUDY MAUT..yeah! setelah dicabar oleh ibuku..huhu..
So stay focus tu yang penting..jadi benda furu' jangan kacau aa..tamau fikir..gerak kerja tu lain cerita la..

Sekian...




p/s: Hye dah umum cmni ni,tak boleh buktikan jugak,mmg saja la..
Bak kata ustazah,kamu bersaing dengan diri kamu,bukan bersaing dengan kawan
kamu.Emm betul juga, Madihah yang malas kena berlawan dengan Madihah yang
rajin study kalau nak berjaya.Chaiyok2x..

Jom kawan-kawan...Iqra'!!!

Saturday, April 24, 2010

Pengumuman: Berminat belajar di Jordan?

Ditulis oleh Hilal Asyraf
http://ms.langitilahi.com/pengumuman-berminat-belajar-di-jordan/comment-page-1/

Jom baca...


Tanah Syam yang diberkati

Kelebihan yang tidak dapat disangkal lagi untuk Jordan adalah, bumi ini merupakan bumi para Anbiya. Malah, inilah dia tanah Isra’ Rasulullah SAW. Allah SWT memberkati persekitarannya.

Allah SWT berfirman: “Maha suci Allah yang menggerakkan hamba-Nya daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya untuk meneranginya dengan ayat-ayat Kami…” Surah Al-Israa’ ayat 1.

Kedudukan Jordan yang berada di tengah-tengah, antara Palestin, Mesir, Arab Saudi, Syria, Turki dan sebagainya membuatkan pelajar-pelajarnya mempunyai peluang mengembara yang tinggi dan mudah.

Pergi umrah hanya RM500 dan melaksanakan haji hanya sekitar RM2500 jika bergerak dari sini.

Tanah Jordan ini juga dipenuhi dengan makam para sahabat, tempat-tempat bersejarah seperti Petra, makam ashabul kahfi, medan peperangan Yarmouk, medan peperangan Mu’tah dan Laut Mati, tempat-tempat yang cantik seperti Wadi Ram, Wadi Mujib, Aqaba dan banyak lagi.

Keadaan di Jordan juga kondusif dan selesa.


Organisasi di dalam kehidupan pelajar Jordan.

Kehidupan pelajar melayu di Jordan merupakan kehidupan yang mempunyai kesatuan yang kuat, dan organisasi pelajar-pelajarnya selaras bergerak dalam keadaan yang sangat harmonis dan kemas.

Semua pelajar dinaungi oleh Kedutaan Malaysia, kemudian di bawah kedutaan wujud Malaysian Student Department(MSD) yang menguruskan keadaan pelajar di seluruh Jordan. Di bawah MSD, terdapat satu organisasi dari kalangan pelajar yang mengurus laraskan semua organisasi yang wujud di Jordan. Organisasi itu bernama MPPMJ(Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan)

Di bawah MPPMJ, terdapat empat persatuan zon mengikut daerah tempat tinggal pelajar melayu di Jordan, bersama persatuan-persatuan Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN). Persatuan Zon(PZ) yang dikatakan adalah Persatuan Mahasiswa Irbid(PERMAI) yang terletak di Irbid, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah(PERMATA) di Mu’tah, Persatuan Penuntut Malaysia Amman(PPMA) di Amman dan juga Persatuan Pelajar Malaysia Al-Bayt(PRISMA) di Mafraq.

Yang saya hendak cerita, adalah Irbid.

Keadaan kehidupan di dalam famili PERMAI yang saya kasihi.


Irbid, kampung halaman saya

Irbid sudah saya anggap lebih dari rumah saya di Malaysia. Hidup di sini pada saya bahagia dan menyenangkan. Semua pelajar melayu ibarat keluarga. Kesatuan kukuh dan utuh. Wujud perbezaan pendapat, tetapi didahulukan dengan keharmonian toleransi. Ini membuatkan suasana di sini sangat cantik.

Di Irbid, terdapat dua universiti yang akan dituju oleh pelajar-pelajar melayu. Itulah dia University of Yarmouk dan juga Jordan University of Science and Technology(JUST). Kelebihan Irbid adalah, di sini pelajar melayunya bercampur antara pelajar agama(pelajar Yarmouk) dan pelajar akademik(pelajar JUST) yang akhirnya percampuran ini menghasilkan sinergi yang cantik, membuahkan nilai-nilai tambah yang tinggi pada pelajar.

Pelajar melayu di Irbid, ditadbir oleh PERMAI. Urusan iqamah, urusan tempat tinggal, urusan pendaftaran universiti, serta banyak lagi perkara-perkara yang memerlukan hubungan kepada universiti dan kerajaan Jordan, semuanya diuruskan oleh PERMAI.

Pelajar baru tidak perlu risau. Hanya perlu datang dengan persediaan hati, fizikal dan mental sahaja. Tidak perlu risau fasal rumah, tidak perlu pening fasal pendaftaran itu ini.

PERMAI tidak berhenti setakat urusan teknikal sahaja. PERMAI bertindak sebagai rumah dan ahli-ahlinya adalah keluarga yang menghidupkan rumah tersebut. Di dalam PERMAI, terdapat kelas-kelas tafaqquh untuk pengetahuan agama, terdapat kelas bahasa arab, terdapat juga sesi tazkirah yang dinamakan Intropeksi Iman, terdapat seminar-seminar yang menarik dan banyak lagi. Majlis-majlis seperti Hari Raya Aidil Fitri, AidilAdha, Maulidur Rasul, Ramadhan dan sebagainya turut disambut meriah oleh PERMAI untuk ahli-ahlinya. PERMAI menyediakan ruang, ahli-ahli PERMAIlah yang menghidupkan peluang-peluang ini.

Tempat tinggal antara pelajar melayu juga agak berdekatan antara satu sama lain. Jika berlaku kes-kes kecurian, kemalangan atau apa-apa sahaja, bantuan mudah dihulurkan. Ini jugalah yang membuatkan pelajar-pelajar melayu di Irbid sangat rapat dan saling kenal mengenali. Pelajar Yarmouk dan JUST, duduk di tempat yang sama. Malah ada yang berkongsi rumah.

Kedai-kedai di kawasan Irbid ini juga amat mesra dengan pelajar melayu. Pelajar melayu terkenal dengan akhlak yang baik, sopan santun yang tinggi dan peri pekerti yang menarik. Malah, pelajar-pelajar melayu sering sahaja menjadi bahan pujian pensyarah-pensyarah. Yang terbaru, di mimbar jumaat, khatib memuji Malaysia di khalayak ramai, menambah keeseganan masyarakat terhadap komuniti pelajar Malaysia di sini.

Kehidupan di Irbid sangat kondusif. Tempat tinggal pelajar melayu amat dekat dengan pekan. Kedai-kedai yang memenuhi keperluan pelajar, dari bahan dapur hinggalah alatan elektronik, ada di Irbid. Cuma bukan semuanya ada la. Kemajuan di Irbid, masih ketinggalan berbanding di Malaysia. Tetapi anda masih mampu menjumpai kedai komputer dan alat elektronik yang baik di sini.

Kedai-kedai kitab, kedai-kedai makan, kedai gunting rambut, kedai dobi, semuanya ada di Irbid.

Kos hidup di Irbid, kalau pandai berjimat cermat, maka RM500 sebulan sudah mencukupi untuk semuanya. Semuanya di sini maksud saya adalah: Sewa rumah, bil elektrik dan air, bahan dapur, keperluan universiti, kitab-kitab dan sebagainya.



Sistem pembelajaran dan kos pengajian di Universiti Yarmouk

University of Yarmouk, dari segi kedudukannya adalah sangat dekat dengan tempat tinggal komuniti melayu di Irbid. Hanya perlu berjalan 10 minit dari rumah.

Setakat ini, pelajar melayu yang datang ke Irbid akan menceburi lima bidang berikut.

1. Usul Fiqh

2. Usuluddin

3. Ekonomi Islam

4. Dirasat Islamiyah

5. Bahasa Arab

Jadi, anda tidak perlu risau untuk memilih kerana semua cabang ilmu ini mempunyai senior-senior yang ramai dan boleh memberikan tunjuk ajar.

Sistem pengajian di sini adalah, selepas anda selesai mendaftar, anda akan pergi mengambil ujian Markaz Bahasa. Sekiranya anda lepas, maka anda akan terus ke universiti. Sekiranya anda tidak lepas, anda akan dimasukkan ke dalam markaz bahasa. Tetapi, setakat ini, pelajar-pelajar yang lepas juga tetap mengambil Markaz Bahasa kerana ingin memantapkan penguasaan bahasa mereka, bagi memudahkan pengajian di Yarmouk.

Universiti Yarmouk tidak mengamalkan sistem tahun. Sistem yang digunakan adalah mengikut bilangan pelajaran. Saya ambil contoh Usuluddin. Cabang ilmu tersebut mempunyai 44 mata pelajaran. Anda hanya akan menyelesaikan pengajian anda dengan menyelesaikan 44 mata pelajaran tersebut. Tidak kira berapa tahun.

Di Yarmouk, anda boleh memilih mata pelajaran apa yang ingin diambil pada setiap sem berdasarkan pilihan yang telah disediakan oleh universiti mengikut cabang ilmu anda. Seterusnya anda boleh memilih pensyarah yang mengajar, juga berdasarkan pilihan yang telah disediakan oleh universiti mengikut pelajaran itu. Seterusnya, anda boleh memilih masa pelajaran anda, juga mengikut pilihan yang telah diberikan oleh Universiti.

Seorang pelajar boleh mengambil paling banyak 6 mata pelajaran satu semester. Jika markahnya baik, maka universiti akan membenarkannya mengambil 7-8 mata pelajaran satu semester. Tetapi, kebanyakan pelajar melayu mengambil 6 mata pelajaran satu semester.

Terdapat 3 semester untuk Universiti Yarmouk. Semester 1(bulan 9-bulan 1), semester 2(bulan 2-bulan 6) dan semester musim panas(bulan 6-bulan 8). Bagi Universiti Yarmouk, semester musim panas ini adalah pilihan. Sesiapa yang tidak mengambilnya, boleh bercuti.

Paling cepat biasanya bagi seorang pelajar menamatkan pengajian di Yarmouk adalah 3 tahun 3 bulan. Sekiranya dia tidak mengambil markaz bahasa, maka akan menjadi 3 tahun sahaja.


Kos pengajian di Yarmouk adalah seperti berikut:

Yuran kemasukan: RM300(Hanya dibayar semasa semester pertama tahun 1)

Markaz Bahasa: RM4000(hanya dibayar semasa semester pertama tahun 1)(sebelum ini saya tulis RM800. Silap. Sebenarnya JD800. Yakni RM4000)


Yuran setiap semester: RM210

Yuran setiap satu pelajaran: RM288

Katalah seorang pelajar itu mengambil 6 mata pelajaran satu semester. Maka bayaranya adalah seperti berikut:

RM210(yuran sem)+RM288(yuran pelajaran)X6(bilangan pelajaran yang diambil)= RM1983

Itu untuk satu semester.


Sistem Pembelajaran, dan kos pengajian di JUST

Tempat letak JUST adalah sedikit jauh daripada Irbid. Pelajar-pelajarnya perlu menaiki bas ke universiti. Tetapi itu sudah menjadi rutin yang tidak berat kepada pelajar-pelajar JUST dari kalangan komuniti melayu di Irbid.

Bidang pengajian yang diceburi oleh pelajar melayu di JUST adalah seperti berikut:

1. Perubatan.

2. Pergigian.

3. Fizik(Nik Nur Madihah seorang yang ambil)


Pelajar-pelajar melayu di JUST juga sangat ramai dari kalangan bidang Perubatan dan Pergigian. Jadi, bagi pelajar-pelajar baru, jangan risau sebab anda mempunyai senpai-senpai yang berbakat untuk memberikan tunjuk ajar.

Sistem pengajian di JUST menggunakan sistem tahun. Perubatan 6 tahun, Pergigian 5 tahun, manakala Fizik tidak saya ketahui(nanti ada peluang, saya tanya Madihah). Pelajar Perubatan dan Pelajar Pergigian akan memasuki tahun praktikal pada tahun 4.

Berbeza dengan Yarmouk, JUST tidak memberikan kebebasan untuk pelajar-pelajarnya memilih pelajaran apa yang ingin diambil. Yang dibenarkan untuk dipilih adalah waktu pembelajaran sahaja. Biasanya, setiap pelajar perlu mengambil 18 jam kredit setiap minggu.

Perlu diingatkan, bagi pelajar JUST. Jika anda fail, walaupun satu mata pelajaran, maka anda akan perlu mengulang seluruh tahun. Bagi pelajar tajaan, sesiapa yang fail melebihi dua kali, maka akan ditarik semula tajaan mereka.


Kos pengajian di JUST sangat-sangatlah mahal. Itu menyebabkan majoriti pelajar di JUST adalah tajaan daripada JPA, MARA, Menteri Pertahanan dan Bank Negara(Nik Madihah seorang). Terdapat juga pelajar persendirian, tetapi biasanya mereka adalah dari kalangan keluarga yang berada.

Kos pengajian di JUST adalah seperti berikut:

1 jam kredit = RM1200

Jika satu semester, perlu ambil 18 jam kredit:

18XRM1200= RM21600 untuk satu semester.

Mahal kan?


Dan perlu diperingatkan kepada sesiapa yang memohon mengambil Perubatan dan Pergigian di bawah tajaan JPA dan MARA, anda belum tentu lagi akan dihantar ke Jordan. Ada kemungkinan anda akan dihantar ke Mesir juga.


Biasasiswa?

Bila tengok kos ni, mesti ada yang tertanya-tanya fasal biasiswa.

Saya mulakan dengan pelajar Yarmouk.

Berita baik bagi anak-anak negeri Terengganu dan Selangor. Anda memang boleh memohon bantuan daripada Yayasan Terengganu dan Jabatan Agama Islam Selangor. Untuk anak negeri Penang pula, selepas setahun anda boleh membuat permohonan kepada Badan Zakat Negeri Penang. Bagi pelajar dari Johor, permintaan bantuan anda hanya akan dilayan pada tahun 3(serupa tak payah minta).

Bagi anak jati negeri Pahang, anda juga mempunyai peluang bantuan daripada negeri anda. Lebih-lebih lagi jika anda memasuki IKIP sebelum ke sini dalam bidang ekonomi Islam.

Negeri-negeri lain seperti Kelantan, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sabah dan Sarawak, tidak saya ketahui. Maaf. Anda boleh bergerak sendiri bertanyakan negeri-negeri anda.

Bagi pelajar yang mengambil Ekonomi Islam, anda boleh meminta tajaan daripaada JPA dan MARA. JPA dan MARA baru sahaja membuka peluang ini pada tahun lepas.

Baik, itu untuk pelajar Yarmouk.


Bagi pelajar JUST, sememangnya anda hendak atau tidak, biasiswa adalah amat penting. Anda boleh memohon tajaan JPA dan MARA. Boleh mencuba dan berusaha dengan bergelut dalam pemilihan untuk mendapat tajaan JPA dan MARA.

Jika anda pelajar daripada RMC(Royal Military College), anda boleh berusaha memohon tajaan Kementerian Pertahanan.

Anda juga boleh berusaha seperti Nik Nur Madihah dan kemudian memohon biasiswa dari Bank Negara.


Penutup: Silakan ke mari

Jika anda memilih ke mari, dan Allah izinkan anda menjejakkan kaki menyambung pengajian di sini, saya akan menyambut anda dengan tangan yang terbuka.

Untuk ke sini, anda boleh mencari borang KPT ke Jordan yang disediakan di internet.
Suka diingatkan agar persediaan dilakukan dengan secukupnya. Persediaan dari wang itu satu, tetapi pada saya persediaan hati untuk melakukan perubahan, untuk bertoleransi, untuk sayang menyayangi antara saudara, itu adalah yang paling penting.

Saya sangat sayang pada PERMAI dan ahli-ahlinya. Suasananya yang cantik pada saya sangat mahal dan sukar dijumpai di mana-mana.

Semoga Allah mempermudahkan urusan anda semua.

Thursday, April 22, 2010

Dush! Ketukan peringatan buat diri..

Penyakit yang lebih kronik di dalam jiwa manusia ialah penyakit Ghaflah. Iaitu Penyakit lupa pada Allah SWT, lupa kepada tujuan Allah SWT meletakkan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini dan yang lebih besar, mereka lupa kepada pengakhiran hidupnya. Mereka bukan sahaja melupakan perkara tersebut, tapi bagi golongan ini, persoalan asas ini tidak pernah difikirkan oleh mereka.Masyarakat sekeliling sekadar mencemuh perbuatan mereka tanpa http://www.blogger.com/img/blank.gifusaha untuk membantu menyelesaikan persoalan ini yang menyebabkan mereka semakin jauh tersesat di alam nafsu sendiri.


“Siapa kita, dari mana dan ke mana?” merupakan persoalan asas bagi segala tujuan. Bagi menyelesaikan persoalan inilah, Allah SWT menurunkan panduan di dalam kitab sucinya menerusi rasul utusan Allah SWT, supaya manusia dapat menemui cahaya kehidupan setelah teraba-raba mencari arah di dalam kegelapan jahil dan kufur.


Hidup ini terlalu murah jika sekadar untuk dihabiskan bagi memenuhi tuntutan jasmani semata-mata. Apakah bezanya kita sebagai manusia dengan binatang sekiranya tujuan hidup adalah untuk makan, berehat, melepaskan nafsu seksual dan mencari duit hanya untuk meneruskan perkara tersebut. Sebab itu Allah SWT mencetuskan persoalan ini di dalam ayat-ayat-Nya yang bermaksud: ”Adakah kamu menyangka (wahai manusia) yang kamu ini diciptakan dengan sia-sia dan kamu tidak dikembalikan kepada Kami (tidak sekali-kali).”


Allah SWT juga menempelak gologan yang sekadar hidup untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu dan melupakan tujuan hidup yang utama iaitu mengenal Allah SWT dan menjadikan seluruh kehidupan sebagai ibadah-Nya.


Allah SWT berfirman: ”Dan orang-orang yang kufur (kepada Allah SWT), mereka berseronok dan makan sebagaimana binatang ternak, nerakalah kesudahan bagi mereka.”


Seorang Muslim mesilah menyukai bagi saudaranya apa yang disukai bagi dirinya. Mafhum dari hadis ini meluas pemahamannya dan bukan sekadar menganjurkan kita untuk berkongsi kebaikan dengan saudara seislam kita dari segi material. Kebaikan yang paling besar dan wajib dikongsi bersama adalah hidayah Allah SWT dan kefahaman Islam yang diberikan Allah SWT kepada kita. Bantulah untuk menggapai tangan saudara seislammu yang sedang lemas di lautan nafsu dan pimpinlah mereka di atas jalan menuju Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW, bermaksud: ”Bantulah saudaramu yang berlaku zalim atau yang menzalimi. Sahabat berkata: Ya Rasulullah, kami membantu orang yang dizalimi, tetapi bagaimana kami membantu orang yang zalim. Rasulullah SAW kemudian bersabda: Halangilah kezaliman yang dilakukan oleh mereka”. (Hadith riwayat al-Bukhari)


Tanggungjawab kita tidak sekadar terhenti pada pekerjaan kita sehari-hari. Mungkin kita seorang doktor, jurutera, peguam, pensyarah atau siapa saja, tapi yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT ialah apa yang kita lakukan untuk agama-Nya melalui pekerjaan kita. Hanya dengan jalan dakwah ini kemuliaan ummah ini dapat dikembalikan.

Tuesday, April 20, 2010

Masih Ada Ruang Untukmu

Taubat

Salam maaf kepada pembaca aku..Sebenarnya semalam aku nak post satu entry..Rentetan daripada perkara2 yang berlaku ke atas diri aku baru2 ni..huhu. Memang petanda suruh keluarkan entri ni walaupun ade entri lain yang aku nak keluarkan asalnya. Takpe la.esok je la aku keluarkan..huhu.

Aku ada kat rumah yong (kakak yang sulung) aku kat jalan kebun. Dekat dengan area S.Alam. Semalam lepas maghrib aku sempat ikut serta berniaga dengan agamaku. Apa yang dikatakan niaga di sini?? Menurut ustaz tu niaga dalam agama mudah je. Siap dah dapat modal lagi. salah satu modalnya adalah masa. Alhamdulillah semalam aku tak merugikan modal yang aku perolehi. Semalam tajuk yang dibincangkan adalah tentang taubat.memang tepat pada masanya!!

Kenapa aku kata tepat pada masanya? Sebabnya baru2 ni aku berkenalan dengan seseorang yang ingin bertaubat dalam kehidupannya. Banyak dah yang dia buat dosa katanya.. Ada juga time2 dia insaf dia bertaubat jap tak kekal lama. Biasa la iman kita kan menaik dan menurun..hmm.. Jadi apa peranan aku?? aku cuba je la apa yang mampu sebab aku ni pun lagha je orangnye..huhu

Pertamanya kenapa kita perlu bertaubat?? Persolan yang perlu ditambah menjadi kenapa kita perlu bertaubat sekarang?? awal lagi.. muda lagi kan. Tak puas lagi nak enjoy.huhu.. Banyak je jawapannye kan? Kenapa perlu sekarang? kerana anda mungkin meninggal selepas melihat titik ini (.) huhu..Dan aku juga mungkin boleh meninggal pada bila2 masa je.. Mungkin ketika bermain dengan anak sedara aku yang comel seperti aciknya ni..hehe. Tertarik aku dengan kisah abang aku tadi. Semalam petang baru je dia tengok Achik Spin kat T.V. live pulak tu... Tup2 malamnye dah pergi dah insan seni tu.. tengok lah wahai aku dan kamu. Tak ke begitu mudah Allah swt menarik kontrak nyawa hambanya? So mengapa masih menanti untuk bertaubat? Sekarang la masa n ketikanya yang sangat2 sesuai...Korang suka sangat nak menang kan?? Nak sangat kan? ambik la kemenangan ni..

“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)

Ke korang nak jadi orang yang zalim??

“Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Al-Hujurat, 49:11)


Keduanya apa yang Allah swt rasa bila melihat hambanya bertaubat. Ustaz semalam tu menceritakan tentang kisah dalam sebuah hadith. Perumpamaan kegembiraan Allah swt terhadap orang yang bertaubat ni adalah lebih gembira dari situasi ini... Bayangkan anda berjalan di padang pasir yang panas. Anda berjalan bersama unta yang membawa bekalan makanan anda. Tiba2 anda tertidur di sebatang pohon dan lepas jaga je anda punya unta tu hilang bersama bekalan2 anda. Frust giler siot.. Anda pun cari la sekitar padang pasir tu. Dah puas pusing anda terfikir mungkin unta tu kembali ke pohon tadi tu. Dan tak semena2 bila anda sampai dan tunggu kat pohon tu, datang la unta anda tu dengan bekalan2 anda tadi tu.. Macam mane perasaan anda time tu? kompom la tak sedih kan.. gembira gile. Maka gembiranya Allah swt adalah lebih hebat lagi seandainya ada hambanya yang bertaubat..( Cerita ni aku sampaikan berdasarkan ayat aku je..huhu. Tapi maksud dia same la)

Seterusnya bagaimana pulak dengan bentuk taubat yang kita kena buat? adakah taubat yang bergred C- sehingga nak repeat paper? ataupun failed dan memaksa kita untuk extend? Kalau nyawa boleh extend lain la cite kan.. So kita kena berusaha mencapai taubat seperti dalam ayat ni..

“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”. (At-Tahrim, 8)



Nasuha kat sini ada dua maksud yang dibahaskan oleh ulama' menurut ustaz semalam. Pertamanya nasuha ni membawa maksud taubat sampai dah tak buat langsung benda tu. Kira yang biasa kita dengar la kan. Taubat sebenar2 taubat la katakan..Maksud yang satu lagi adalah taubat dengan ikhlas hati. Maksud ikhlas ape pulak?? susah tu nak terang. Ikhlas ni kan seperti semut hitam di atas batu hitam diatas gelap gelita..huhu..

Persoalannya kat sini macam mana kita nak mencapai taubat yang diterima oleh Allah swt ni? Cukup ikhlas ke kita? Memang kita takkan tahu taubat kita diterima oleh Allah swt ataupun tidak. Sememangnya ketidaktahuan kita ni la yang akan memangkin kita untuk terus bertaubat. Kenapa aku cakap macam tu? sebab ustaz semalam cakap la..huhu. penjelasannya adalah kalau kita tak tau Allah swt dah terima taubat kita atau x. maka kita akan terus berusaha memohon ampun kepada allah swt n secara tak langsung akan menghindarkan diri kita dari melakukan perkara dosa yang kita nak tinggalkan tu..Maka lama kelamaan insyaallah akan timbul rasa ikhlas dalam diri kita tu..

Kita lihat pulak cara2 nak mencapai taubat nasuha mengikut Ibnul Qayyim al-Jauziyah rahimahullah.

Pertama: Meminta pengampunan (taubat) yang meliputi segala dosa-dosa maksiat tanpa ada kecualinya, sehingga tidak ada dosa yang tidak disertakan dalam taubatnya.

Kedua: Membulatkan tekad dan kejujuran hati dengan sepenuhnya supaya tidak menyiksa pada dirinya keragu-raguan, kekesalan atau menanti-nanti (masa bertaubat). Tetapi seorang hamba harus mengerahkan segala keinginan dan ketekadannya untuk segera bertaubat.

Ketiga: Memurnikan taubat dari berbagai noda dan penyakit yang mengganggu keikhlasan bertaubat.

Seterusnya memastikan agar taubat itu benar-benar dari rasa takut, kesedaran dan gentar terhadap siksa Allah, mengharapkan apa yang ada di sisiNya dan khawatir terhadap ancamanNya. Jauhilah diri dari cara taubatnya orang-orang yang hanya ingin mempertahankan maruah dan kehormatannya, kedudukannya, jawatannya, kepemimpinannya untuk memelihara kekuasan dan harta bendanya, atau demi mendapatkan pujian orang banyak, takut pada penghinaan manusia agar orang-orang yang bodoh tidak memperbodohkan dan menghinanya, atau sekadar memenuhi sifat rakusnya terhadap dunia, atau kerana muflis yang tidak berdaya lagi, atau taubatnya lantaran penyakit yang tersembunyi yang telah merosakkan kebenaran dan ketulusan taubatnya kepada Allah Azza wa-Jalla. (Lihat Madarijus Salikin Jld.1 Hlm. 178)


Kembali kepada kisah kawan baru aku tadi tu. Lepas solat Isya' sempat aku menegur ustaz tu dan bertanya tentang permasalahan aku tu. Jawapan mudah dari ustaz tu dan aku kira amat tepat dan bersesuaian dengan semua keadaan orang yang nak bertaubat. Ustaz tu cakap kalau dah berusaha tapi tak mampu gak bertaubat maka tinggalkan tempat anda tu. Pergilah ke tempat baru n cari persekitaran yang baru. Sebab sememangnya persekitaran adalah faktor mempengaruhi tingkahlaku seseorang. Pandangan tambahan aku pulak bila anda dah betoi2 kuat nanti kembalilah ketempat tu dan kuatkan diri anda untuk menjadi persekitaran kepada tempat lama anda tu..Pehe dok?huhu

Mungkin setakat ni perkongsian aku. Semoga aku ikhlas dalam berkongsi. Doakan teman baru aku tu kuat untuk meneruskan impian dia untuk bertaubat. Dan untuk aku dan kamu. Jom bertaubat kepada Allah swt. Kerana kita ni sebagai manusia yang tak mampu lari dari melakukan dosa saban hari..astaghfirllahalazim...

Rasulullah bersabda:

“Setiap Bani Adam mereka itu bersalah dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat”.

wallahualam..

Sumber tambahan : http://an-nawawi.blogspot.com/2007_07_01_archive.html

Komen sikit: Tidak ada manusia yang sempurna,namun apa yang lebih penting mencuba untuk menjadi sesempurna insan.Kita tidak kuat ,namun yang menguatkan adalah bimbingan dan petunjuk dari Nya.Sentiasalah mohon Allah melindungi kita dari segala musibah..Apa yang penting banyakkan amalan sunat sebagai benteng dalam diri..allahua'lam..Inzar untuk diri yang lemah ini..


p/s: Tak sempat lagi nak karang sendiri posting terbaru..Jadi copy paste je lah..Harap mendapat manfaat bersama. :)

SABAR...

Sebuah artikel yang ditemui semasa blogwalking...

Pelajar UIA Mimpi Bertemu Rasulullah saw..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.

Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.

Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.

Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..

Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.

Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.

Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)

Sebak dalam diri membacanya.. .ALLAHUAKBAR. .semua dengan izinMU..tiada yang mustahil didunia ini melainkan dengan izinMU...SUBHANALLA H WA ALHAMDULILLAH WA ALLAHUAKBAR. .ku mencintaimu YA RASULULLAH..

ALLAHUMMASOLLI A'LASAYYIDINA MUHAMAD WA A'LA AAALISAYYIDINA MUHAMMAD
(Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas junjungan kami, Muhammad dan atas keluarga junjungan kami, Muhammad)

(sekiranya kalian mempetikaikan sama ada kisah ini benar atau tidak, itu bukanlah persoalan,ambillah iktibar selagi ada waktu untuk menginsafi diri)

Sumber: http://sauqinatunnisa.blogspot.com

Friday, April 16, 2010

Di samar-samar cahaya

Indah sekali apa yang dilukiskan sebahagian ulama dalam bait-bait syair berikut:

duhai orang yang mengajar orang lain
kenapa engkau tidak mengajar dirimu sendiri?
kau sifati ubat bagi orang yang sakit dan kurus
tentu agar dia sihat, sedang engkau sendiri juga sakit

kami lihat kau luruskan aqal kami dengan petunjuk
sedang engkau sendiri tidak berada dalam petunjuk itu
mulailah dengan dirimu mencegahnya daripada kesesatan
bila kau telah mencegahnya, kan akan jadi orang bijak

disana, apa yang engkau katakan pasti akan diterima
perkataan menjadi petunjuk dan mengajar bermanfaat
jangan melarang manusia sedang engkau melakukannya
cercalah dirimu sendiri, bila melakukannya engkau hebat

sangat cantik juga gambaran yang dibawakan oleh sebahagian ulama dalam syair dibawah

wahai orang yang menasihati manusia
engkau sungguh menjadi orang yang menuduh
saat engkau mencela banyak hal daripada mereka
sedang engku sendiri sungguh mengerjakannya

dini hari kau menasihati mereka sungguh-sungguh
demi umurku, dosa-dosa besar ku menderhakainya
kau cela dunia dan manusia yang mencintainya
sedang kau sendiri yng paling banyak mencintainya

p/s artikel ni copy paste ja.tapi sama2 la amik inzar dr puisi ni..muhasabah diri balik..jgn pandai nasihat org ja tapi diri sendiri tak check blk
...peringatan kepada saya juga!



tribute to :http://ahmad-syahid.blogspot.com/

Tuesday, April 13, 2010

Antara fitrah dan fitnah,yang mana satu?

semakin hari ke hari,
hati kecil mencari-cari,
erti ketenangan hakiki,
ku lontar pandangan ke arah langit tinggi,
ku tadah telinga ke arah belantara sunyi,
ku hidu bauan udara malam sepi,
ku sentuh air mengalir rapi,
ku rasai kesejukan wuduk di pipi..

semua lima deriaku berfungsi pada masa yang sama,
aneh, masih ada lagi deria yang aku hadapi..
apakah cinta? apakah jua CINTA?
ku ungkapkan indah rasa pada sususan kata berikut..
ku dengar alunan asyik memuji kalam Illahi,
inilah CINTA....
ku berteleku di birai sejadah menangisi dosa tadi,
inilah CINTA...
ku intai mutiara hikmah ibunda,
inilah CINTA...
ku cari ketenangan janji ALLAH dalam al-hikam,
inilah CINTA...

<---------------------------------------->


ku teringat memori itu..
aku tatap wajah bahagia mereka,
indah...tiada yang indah melainkan indah semata-mata.

kebahagiaan jelas terpancar bila sah disatu,
bukan dengan ikatan suka-suka "i love u",
tetapi,dengan lafaz "aku terima nikahnya" itu..

aku samakan ia dengan sebuah masjid hati,
luarannya biarlah biasa dan tiada emas menghiasi,
dalamnya menyimpan ketenangan hati yang sejati,
jauh dari hiruk pikuk godaan duniawi,
bebas dari fitnah yang meracuni,
aku mahu memeriahkan dengan kesuburan mencari CINTA ILLAHI,
aku pingin menambahkan ahli yang mahu dekat pada Rabbul Izzati,
aku impikan suasana harmoni yang cantik dalam hati,
ceria membuahkan pucuk-pucuk perjuangan ISLAMI,
aku pinta hadirnya bukan untuk aku sendiri,
kerna ku tahu, aku tak punya apa biarpun udara yang ku hirup kini,
kerana aku mahu hidup yang tiada rugi,
aku hanya ingin mahligai cinta di sini menyambung di syurga menanti.

aku tak percaya wang mampu bahagiakan semua,
kerna wang punca hati keras merana.
aku tak peduli wajah main peranan utama,
kerna wajah itu mampu sembunyikan maksud hati sebenarnya.
aku tak rela pangkat dijadikan penanda,
kerna pangkat mendekatkan lagi dengan dunia fana.

Ya ALLAH,


ku pinta seandainya aku bakalan hidup berteman,
Dikau jadikalah aku mampu membahagiakannya.
Dikau jadikanlah aku bukan bebanan kepadanya,
Dikau jadikanlah aku teman yang tidak sia-sia.
Ya ALLAH,
aku tak layak memberi syarat atas apa-apa yang telah Dikau janjikan.
kerna apa yang ku mahukan bukanlah apa yang ku perlukan.
aku tak layak mengarah apa kriteria yang aku pertaruhkan,
kerna ku yakin Dikau Maha Mengetahui hatta sepantas lintasan hati ini.


Kitab CINTA AGUNG memimpinku dengan untaian perisai ini:

surah al-Furqaan ; 25

"74. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

p/s: Saja ja posting .macam jiwang pulak.Bukan apa,sebab tengok ramai sahabat2 dah mula membincangkan hal ni,jadi diri ni pun terbawa-bawa.Apa pun tanggungjawab lebih besar dari keinginan..Ha,dah besar dah,bukan budak2 lagi.makin banyak perkara kena fikir..ingat!Apa pun kawallah ia dengan keimanan..pasrah pd ketentuanNya.
Jgn jd kontrobasi dah.



Thursday, April 8, 2010

Hamas song

Ni pun lagu ana suka..banyak sebenarnya lagu2 perjuangan ni..serap semangat perjuangan yang saudara kita tunjukkan tu..jangan jadi mujahid lembik!! Kalah dengan harta dan wanita.Ingat ! Kita berhutang dengan saudara kita di sana andai kita di sini bersenang-lenang tanpa memikirkan bagaimana membantu saudara kita di sana.Kita akan dituntut!!!



minna alfu salam



Ana suka lagu ni.rasa semangat sikit bila tengah down tu..anak muda,semangat macam pemuda-pemudi palestin ni lah yang kita cari..bangun2x!!! Ayuh gegar!!