Tuesday, April 19, 2011

Ceciter....

"YA ALLAH.. APA KO BUAT NI? CECITER... CECITER..."

Hari Selasa. Ibu bertanya kepada saya : "Tak ada usrah ke malam ni?". Erk... Tersedak sebentar.

Lebih kurang 3 hari lagi, umur kerjaya saya mencapai 4 bulan. Mungkin kerjaya bukanlah suatu isu 'target' bagi saya untuk waktu ini. Boleh jadi isunya :

"4 bulan telah berlalu, apa yang telah engkau buat pada Islam? Ceciter... Ceciter..." (Amboi, watak Hantu Kak Limah dah mula melekat pada M24 nampak, hehe...)


Apakah jawapan yang 'lebih baik' untuk saya bagi pada ibu saya ketika itu, melainkan dengan jawapan ini : "Rasanya tak ada kot, hari ni letih sikit lah, ibu...". Ibu tersenyum, beliau tahu anak mudanya nombor dua ini memang betul-betul letih.

Kerja Islam mana ada mudah!

Sepanjang bergelar sebagai seorang juruaudit, kerja-kerja perakaunan memang tidak dapat saya lepas tangan. Paling tidak pun, 2-3 fail CAF (Current Audit File) di atas meja perlu saya selesaikan seberapa cepat yang boleh untuk saya lepaskan tanggungjawab kepada 'abang manager' kesayangan kami, hehe... seolah-olah sudah menjadi rutin, pergi keja, balik kerja, pergi kerja, balik kerja.. Ish.. bosan.

Namun, sedikit demi sedikit pertanyaan di atas 'timbul' akibat tekanan dari kebosanan melampau itu. Bagaikan terhantuk di pintu rumah sendiri, saya gunakan ruang lingkup penulisan ini untuk sama-sama kita muhasabah :

1. Jika di kampus sebelum ini, kita mampu istiqamah untuk turun ke surau kolej, kenapa bila bekerjaya kita jarang turun ke masjid?

2. Jika di kampus sebelum ini, kita mampu buat usrah dengan adik-adik setiap minggu, kenapa bila bekerjaya kita susah sangat berusrah dengan abang-abang?

3. Jika di kampus sebelum ini, kita mampu menghafaz Al-Quran 5-6 juzu', kenapa bila bekerjaya, nak buka kitab Al-Quran kena fikir 2-3 kali?

4. Jika di kampus sebelum ini, kita mampu menegur rakan kita untuk 'jaga jarak', kenapa bila bekerjaya, nak tegur kakak-kakak jaga ikhtilat dengan kita, kita takut-takut?

Sekadar lontaran umum. Bukanlah bermakna, jawapan yang ada kepada saya adalah jawapan yang menafikan persoalan diatas, bahkan jika saya tidak keletihan, mungkin ada 20-30 persoalan yang boleh kita kongsi sama-sama.

Editor : MUSLIM 24 JAM™

p/s: Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri dan sahabat2 yang sedang bertatih di alam pekerjaan sekarang ni....apa macam? terkena? Ceciter...ceciter...hi

Monday, April 11, 2011

Kerana Dikau Lelaki


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tidak terkira,
Kini,
Bila Disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga dan melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki pengkhianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka semua,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tidak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan agama dan ummah,
Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup bunuh- membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak-puak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah saudaraku,
pada kelakianmu,
Aku rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah baginda saw.