Tuesday, May 3, 2011

~Kau hujan,kau rintisnya,saat menitis...rindu~


Langit yang mencecah senja itu kupandang. Tenungan lama hingga meresap dalam kalbu ini suatu perasaan rindu dan sebak. Basah alis mataku. Terbawa jiwa ini melayang bertamu sebentar di hadapan ‘arasy Yang Maha Agung.



Aku tidak berbicara denganmu. Diam. Kelu lidah ini dengan sejuta kesedihan terbuku di hati. Tertunduk tanpa satu bicara mampu kuungkap.

Allah..

Kau lagi tahu tanpa perlu diangkat lidah ini. Hati berair dan lemas dengan kepiluan. Saat bibir diangkat…tertunduk lagi dengan linangan gerimis yang tiada terkata runtunnya.

Aku diam. Aku menangis.

Akulah Wanita Jahil Itu.

**********

Datang bertamu di kaki langit ini. Mempersembah duka hidup. Sirna seluruh penduduk langit bertamukan Wanita Jahil ini.

Saat di pangkal sedar, hati menangis bersungghuh-sungguh.

“Apakah aku diciptakan untuk berbuat dosa?”

Dosa itu membuat aku menangis. Dosa membuat aku berjiwa lembut. Dosa membuat aku ke pangkalMu. Dosa membuat aku merasa sungguh-sungguh hina berdamping dengan para soleh dan solehah.

Alhamdulillah. Aku bersyukur diciptakan berbuat dosa.

Setapak aku hampir dan Kau terus mendakap. Memapahku ke pesisir dunia.

“Suamiku bukan cinta pertamaku.”

Siapa tidak sedih dan berduka. Saat bidadari-bidadari syurga menanti si dia, laksana solehah yang miliki cinta pertama dalam hidupnya. Itulah suami soleh menjadi buruan bidadari. Dan aku bukanlah layak untuk berada bersama mereka berteleku di atas dipan.




Mata ini selalu merantau. Mencari sedikit rupa bidadari syurga. Alhamdulillah.

Berdepan dengan ramai rupawan lagi solehah. Mereka ini terjaga. Tidak pernah tercemar. Terlindung bak mutiara tersimpan di dasar laut dalam. Aku berjalan di sebelah mereka. Beza kami cuma kainku lusuh. Lenyap dalam sinar keputihan jilbab sang bidadari yang terpelihara itu. Sebab aku pernah bermain di pesisir pantai. Dicemar ombak kemelut lumpur.

Aku menangis tiada penghujungnya. Tidak lagi seceria dulu . Sedar siapa diriku .

Menoleh ke bawah. Berjuta-juta makhluk putih bercahaya. Mereka melafazkan bait-bait sakinah.

********

Aku terus jatuh menjunam ke lembah yang paling dasar.

Hamba bertaubat kepadaMu. Hamba ingin kembali kepadaMu. Hamba menangis saban hari. Hamba mencari tongkat. Tapi hamba tidak jumpa. Hamba menangis lagi. Hamba tak kuat. Tapi hamba menagis untuk mencari kuat.



Janganlah dilontarkan hamba ini ke lembah yang tiada makhluk bercahaya tadi. Hamba terus menangis…

Senja pun terus berlalu pergi bersama air mata kejahilan itu.



~credit to afnan~ edited


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

3 comments:

  1. Sedang beristikharah ke kakak? Semoga dimudahkan. =) Sahabatmu sentiasa mendoakan..

    ReplyDelete
  2. isthikharah juga la..nakp jordon benaran ke tak..hi

    ReplyDelete