Wednesday, May 18, 2011

Hanya Kau Yang Mampu

Tak mudah kan hidup ni? Siapa kata you always get what you want? Tak kan ? Adakala apa yang kita nak, kita tak dapat, sebab tuhan lebih tahu apa yang kita perlukan, tuhan lebih tahu apa yang kita mampu..

Contoh, kamu nak jadi doktor , tapi Allah lebih tahu kekuatan kamu di mana..mungkin kamu rasa kamu mampu, tapi hakikatnya kamu tak mampu..sedih kan? Tapi takpe lah , mungkin di hujung perjalan hidup, kamu akan temui hikmah nya =)

Orang kata buatlah planner kehidupan, mudah kita mengatur perjalanan hidup. Ya, memang mudah melakar pena di atas kertas, tapi untuk diterjemahkan ke alam kehidupan ia tidak semudah itu. Pelbagai perkara perlu difikirkan. Kadang2 kita mengeluh, kenapa aku tak dapat apa yang aku impikan.. kan dah kata , we only a planner...

Semua orang ada kisah hidup tersendiri.Kalau lah ia dikumpulkan dan disatukan dalam satu buku , pasti banyak hikmah yang dapat kita belajar dari kehidupan mereka kan? Kita selalu fikir , aku lah paling malang dalam hidup , aku lah paling berat ujiannya , kenapa harus aku , wait a second , cuba fikir balik kita ni hanya hamba , tak reti bersyukur ke?

Aku punya kisah silam . Kamu juga pasti ada. Semua orang ada kisahnya masing2.Kisah silam menjadikan kita lebih matang dari hari sebelumnya . Kisah silam menjadikan kita lebih waspada dan hati-hati dalam menyusun kehidupan.Tak perlu malu dengan kisah silam , kerana siapa mereka mahu mengkritik sedangkan mereka tidak lalui apa yang kita lalui.Apa yang penting , jadikan kisah silam itu sebagai batu loncatan untuk kita lebih termotivasi untuk maju ke hadapan. Amat rugi kalau kita sering terbelengu dengan kisah silam yang hanya melambatkan proses kita untuk berubah untuk menjadi baik..kan?

Meniti perjalanan hidup ini, kamu tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi dalam hidup kamu kecuali setelah melewati waktu itu..teruslah bergerak ke hadapan, tempuhilah segala cabaran dengan keberanian dan kecekalan. Jatuh di pertengahan jalan adalah lumrah kehidupan, bangunlah dan terus mara ke hadapan kerana demikian itulah hidup diciptakan.


p/s ; Hanya kau yang mampu , kerana demikian itulah ia tersurat untuk mu .. berbaik sangkalah dengan Nya =)

3 comments:

  1. Terbaiklah!
    Artikel susulan daripada 'Kamus Lampau' nampaknya.
    Boleh adakan kesinambungan pd masa akn datang lg insyallah..=)

    ReplyDelete
  2. Gerak hati yang terdorong, mungkin pantulan dari kehidupan ana sekarang kot..nk cite lain tapi tercite lain..haha

    Ada sorang asyik kata dia x baik..semua orang pun ada kisah silam..untuk dia la ni..

    semua orang suruh buat planer kehidupan..tapi nak lalui tuu...fuh..xsemua kita rancang jadi..kan?

    ReplyDelete
  3. (: Teruskan menulis dalam keadaan memahami situasi semasa...jangan lupa perhatikan kritikan manusia kerana kritikan manusia akan menghasilkan sesuatu yang cukup berharga yang boleh diberi kepada manusia...GUD LUCK SIS !!!

    ReplyDelete