Monday, May 30, 2011

Jangan putus asa ya? ^_^


(aiming for moon or sun , if u miss , u still among the stars )



Kang Robby

Terkadang Kamu merasa tidak kuat
menghadapi cobaan yg begitu dahsyat
Setiap kali Kamu merasa sangat kehilangan
Setiap kali Kamu merasa begitu sendirian
semua yang kau lihat hanyalah kegelapan
dan rasa kehilangan yang begitu menyakitkan




Jangan pernah putus asa dan merasa sendiri
dalam mengarungi gelombang kehidupan ini
Jika kamu merasa tidak bisa bangkit kembali
dan kamu tidak mampu melihat jalan terbaik saat ini
yakinlah bahwa Tuhan selalu ada dimana kamu berdiri


Jika Allah berkehendak maka kamu akan menemukan jalanmu
Jika Allah berkehendak maka segalanya akan mudah untukmu
Jika Allah berkehendak maka tiada rasa gelisah didadamu
Jika Allah Berkehendak maka segalanya sesuai harapanmu


Tatkala kamu melakukan satu kesalahan
Janganlah kamu pernah kehilangan harapan
taubatlah kepadanya tuhan yang maha bijaksana
angkatlah tanganmu memohon ampunan darinya


Jangan putus asa dan kehilangan kepercayaanmu
Sebab Allah SWT itu selalu ada di sampingmu
Insya Allah kamu akan menemukan jalanmu
Insya Allah kamu akan menemukan jalanmu


kembalilah kepada sang maha pencipta
Dia yang tidak pernah jauh dari kita
percayalah padanya dan jangan pernah ragu
berdoalah,Ya Allah bimbinglah langkahku
jangan biarkan aku tersesat dan berpaling darimu
karna hanya Kau satu-satunya yang menunjukkan jalan hidupku


p/s: Counting days..susahnya..

Thursday, May 26, 2011

Adik, kamu sakit ya? II


....Assalamualaikum....

Pengalaman berada selama 2 hari di hospital adalah pengalaman yang menarik . Bukan menarik kerana nurse nya yang cantik2, ataupun doktornya yang baik2, tetapi erti kasih sayang dan pengorbanan yang terlihat..

Ops bukan saya yang sakit..tapi budak kecik ni ha.


Seorang ibu sanggup bersengkang mata jaga anaknya yang sakit kerana sayang pada anaknya, tapi tak semua anak sanggup berkorban untuk seorang ibu..

Seorang ayah sanggup ke hulu ke hilir mencari wang mencukupkan biaya hospital yang mahal agar anaknya mendapat khidmat kesihatan terbaik, tapi tak ramai anak yang sanggup mengorbankan masa pun untuk menziarah ayahnya yang terlantar sakit di rumah..

Kadang kita rasa hebat dengan jawatan yang ada, dengan kelebihan yang dikurnia , tapi kita lupa tangan yang sering menadah doa untuk kesejahteraan kita.Kita lupa..

Berbalik pada kisah di hospital , ditempatkan di wad yang mempunyai seramai 4 orang pesakit memperlihatkan bermacam kisah kehidupan manusia..Ada bayi perempuan yang berumur 9 bulan, bayi lelaki berumur hampir 2 tahun , kanak2 berumur 7 tahun dan adikku yang paling tua,haha..9 tahun..




Kasihan adik kecil 9 bulan yang mengalami masalah penghasilan darah putih yang terlalu sedikit menyebabkan sistem imun badannya lemah.Si ibu yang tidak dapat cuti terpaksa meninggalkan kerjanya begitu sahaja demi menjaga anaknya.. ( memang comel pun budak kecik ni.. bila bosan jaga tuan puteri Nawal Nabeeha ni , boleh jugak la main dengan adik Batrisya..hi )

Ada satu peristiwa mencuitkan hati berlaku di hari terakhir kami akan meninggalkan wad..Seorang 'roomate' wad adik saya , lari satu floor hospital apabila dapat tahu dia akan disuntik untuk diambil sample darah..hi..Takut barangkali..Hampir 4 orang nurse diiringi seorang doktor terpaksa pegang budak ni.Riuh satu floor dengan jeritan budak ni.Nawal dengan banngganya cakap ;

'hi tak sakit la.Nawal cucuk jarum kat tangan tak sakit pun,macam kena semut ja'...haha...pandai la dia kata kat orang..Sedih ja muka budak umur 7 tahun tu..hii

Setelah selesai proses ambil darah , saya lihat adik tersebut memeluk erat ibunya..an andian boy..saya menghampiri adik tersebut (lupa pulak tanya nama)..



'Adik , sakit ya '
~Angguk kepala
'Sakit kat mana'
' my fingger ' slow je suara nye...( owrr..speaking ek ..hi )
' Which one '
' Here ' sambil menunjjukkan jarinya yang berbalut..
'sikit je ni..tak sakit lah..macam kena gigit semut je..soon u will be okay , ok boy?'
~Angguk kepala..kali ni dah ternampak sedikit senyuman..hui yang ni lagi manja dari adik ku..haha...

*******

Masa kita kecik, ibu bapa susah payah jaga kita siang dan malam...agak2 bila tua kita mampu tak jaga macam tu???

Betullah cakap Ust Hasrizal ,kasih sayang ibu bapa, kasih sayang Allah s.w.t adalah kasih sayang tanpa syarat. Jika kasih sayang Allah disyaratkan hanya solat yang penuh khusyuk , nescaya kita tidak dapat menebus kasih sayang yang Allah limpahkan pada kita..Allahu ta'ala A'lam..sekadar pandangan peribadi


p/s: Adakah aku pulak yang bakal menyusul selepas ini? Huhu

Thursday, May 19, 2011

Kisah Nobita & Sizuka ?

Tengah blogwalking di blog seorang sahabat lama,tiba2 terjumpa artikel ni..Buat renungan sape2 yang tersinggah blog ni lah ye..


Awak, rapat-rapat dengan saya..sayang awak!

Di suatu malam depan panggung wayang…



Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi..kelakar je cerita tu..xbosan kan?

Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awak kat bahu saya & beritahu saya yang awak mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..betul3! Xdela sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Kalau xsejuk, kenapa awak pegang tangan saya & beritahu yang awak sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awak, saya cantik x?

Nobita : Awak kan sayang saya..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau saya ni betul cantik bagi awak, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awak diam je..kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik..kenapa ye?

Nobita : Errr~ hehe..


Mereka pun tiba di i-City..



Sizuka : Jom snap picture qwak..saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti xmasuk pulak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awak kan awek saya..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yang sah..

Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam FB.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la awak..gambar tu dah la awak & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat..xmalu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awak, awak sayang saya x?

Nobita : Mestilah sayang..sayang sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..macam ajak bergurau je..nak saya kiss pipi awk tu ke sayang?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awak..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awak tipu saya!!huu~

Nobita : Eh..kenapa pulak saya tipu awak??



Sizuka : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak xjaga sy dgn baik pun..awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nk kiss saya,ajar saya buat benda bukan-bukan yg saya xpernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!

Sizuka : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau x yang diorang jugak yang akantanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh!



Pegang sana pegang sini..awak tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dgn sengaja, tapi neraka tu teramat panas & tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awak sedar x semua tu??




Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti orang ‘like’ awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak & hubungan awak dan sy kononnya bahagia tapi awak sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat..

Awak ada ilmu agama..kalau xde ilmu agama pun, awak tau benda tu salah..tapi kenapa masih buat? Awak sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awak buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau dah awk nak sentuh-sentuh saya, apa je yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya..tapi awak sedar x yang awak tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awak..awak sedar x semua tu..??



Kalau betul awak sayang saya, awak jaga lah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang & didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya, tapi awak jaga saya x??awak jaga saya x?? xkan..awak bawa saya kearah keburukan..awak sedar x semua tu???

Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awak..nanti kat neraka bila Allah soal saya dgn dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya dpn Allah..kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???



Sizuka : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Nobita yang dulu kembali. Nobita yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi...awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan...kalau awak masih xberubah, lepaskan saya kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah kerana Allah yang menciptakannya tapi jangan sampai cinta untuk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]




peringatan utk semua, beribu kali peringatan untuk diri ini~~

(dipetik dari: group Srikandi2 Muslimah)

p/s :No words can say...BERCINTA BUKAN UNTUK KE NERAKA....Peace =)

Wednesday, May 18, 2011

Hanya Kau Yang Mampu

Tak mudah kan hidup ni? Siapa kata you always get what you want? Tak kan ? Adakala apa yang kita nak, kita tak dapat, sebab tuhan lebih tahu apa yang kita perlukan, tuhan lebih tahu apa yang kita mampu..

Contoh, kamu nak jadi doktor , tapi Allah lebih tahu kekuatan kamu di mana..mungkin kamu rasa kamu mampu, tapi hakikatnya kamu tak mampu..sedih kan? Tapi takpe lah , mungkin di hujung perjalan hidup, kamu akan temui hikmah nya =)

Orang kata buatlah planner kehidupan, mudah kita mengatur perjalanan hidup. Ya, memang mudah melakar pena di atas kertas, tapi untuk diterjemahkan ke alam kehidupan ia tidak semudah itu. Pelbagai perkara perlu difikirkan. Kadang2 kita mengeluh, kenapa aku tak dapat apa yang aku impikan.. kan dah kata , we only a planner...

Semua orang ada kisah hidup tersendiri.Kalau lah ia dikumpulkan dan disatukan dalam satu buku , pasti banyak hikmah yang dapat kita belajar dari kehidupan mereka kan? Kita selalu fikir , aku lah paling malang dalam hidup , aku lah paling berat ujiannya , kenapa harus aku , wait a second , cuba fikir balik kita ni hanya hamba , tak reti bersyukur ke?

Aku punya kisah silam . Kamu juga pasti ada. Semua orang ada kisahnya masing2.Kisah silam menjadikan kita lebih matang dari hari sebelumnya . Kisah silam menjadikan kita lebih waspada dan hati-hati dalam menyusun kehidupan.Tak perlu malu dengan kisah silam , kerana siapa mereka mahu mengkritik sedangkan mereka tidak lalui apa yang kita lalui.Apa yang penting , jadikan kisah silam itu sebagai batu loncatan untuk kita lebih termotivasi untuk maju ke hadapan. Amat rugi kalau kita sering terbelengu dengan kisah silam yang hanya melambatkan proses kita untuk berubah untuk menjadi baik..kan?

Meniti perjalanan hidup ini, kamu tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi dalam hidup kamu kecuali setelah melewati waktu itu..teruslah bergerak ke hadapan, tempuhilah segala cabaran dengan keberanian dan kecekalan. Jatuh di pertengahan jalan adalah lumrah kehidupan, bangunlah dan terus mara ke hadapan kerana demikian itulah hidup diciptakan.


p/s ; Hanya kau yang mampu , kerana demikian itulah ia tersurat untuk mu .. berbaik sangkalah dengan Nya =)

Tuesday, May 3, 2011

~Thanks~





Hari ini pantai, dan esok tetap pantai.
Kau jengukkan wajahmu senang,
Terlukis namamu,
Tenang.

Setiap ruang berlalu, rindu.
Kau didik dirimu, malu.
Kau tanya padamu kalbu.
Sampai bila?
Dalam senyum, kau berlagu.
Sampai jumpa Tuhanku.

Menitip susunan sunnah.
Kau bangun menggenggam amanah.
Ditanya bukahkah susah?
Tak mengapa, kerana diriku Madihah♥..


Speechless..Thanks ma fren =) ( xmaw bayar royalty )

~Kau hujan,kau rintisnya,saat menitis...rindu~


Langit yang mencecah senja itu kupandang. Tenungan lama hingga meresap dalam kalbu ini suatu perasaan rindu dan sebak. Basah alis mataku. Terbawa jiwa ini melayang bertamu sebentar di hadapan ‘arasy Yang Maha Agung.



Aku tidak berbicara denganmu. Diam. Kelu lidah ini dengan sejuta kesedihan terbuku di hati. Tertunduk tanpa satu bicara mampu kuungkap.

Allah..

Kau lagi tahu tanpa perlu diangkat lidah ini. Hati berair dan lemas dengan kepiluan. Saat bibir diangkat…tertunduk lagi dengan linangan gerimis yang tiada terkata runtunnya.

Aku diam. Aku menangis.

Akulah Wanita Jahil Itu.

**********

Datang bertamu di kaki langit ini. Mempersembah duka hidup. Sirna seluruh penduduk langit bertamukan Wanita Jahil ini.

Saat di pangkal sedar, hati menangis bersungghuh-sungguh.

“Apakah aku diciptakan untuk berbuat dosa?”

Dosa itu membuat aku menangis. Dosa membuat aku berjiwa lembut. Dosa membuat aku ke pangkalMu. Dosa membuat aku merasa sungguh-sungguh hina berdamping dengan para soleh dan solehah.

Alhamdulillah. Aku bersyukur diciptakan berbuat dosa.

Setapak aku hampir dan Kau terus mendakap. Memapahku ke pesisir dunia.

“Suamiku bukan cinta pertamaku.”

Siapa tidak sedih dan berduka. Saat bidadari-bidadari syurga menanti si dia, laksana solehah yang miliki cinta pertama dalam hidupnya. Itulah suami soleh menjadi buruan bidadari. Dan aku bukanlah layak untuk berada bersama mereka berteleku di atas dipan.




Mata ini selalu merantau. Mencari sedikit rupa bidadari syurga. Alhamdulillah.

Berdepan dengan ramai rupawan lagi solehah. Mereka ini terjaga. Tidak pernah tercemar. Terlindung bak mutiara tersimpan di dasar laut dalam. Aku berjalan di sebelah mereka. Beza kami cuma kainku lusuh. Lenyap dalam sinar keputihan jilbab sang bidadari yang terpelihara itu. Sebab aku pernah bermain di pesisir pantai. Dicemar ombak kemelut lumpur.

Aku menangis tiada penghujungnya. Tidak lagi seceria dulu . Sedar siapa diriku .

Menoleh ke bawah. Berjuta-juta makhluk putih bercahaya. Mereka melafazkan bait-bait sakinah.

********

Aku terus jatuh menjunam ke lembah yang paling dasar.

Hamba bertaubat kepadaMu. Hamba ingin kembali kepadaMu. Hamba menangis saban hari. Hamba mencari tongkat. Tapi hamba tidak jumpa. Hamba menangis lagi. Hamba tak kuat. Tapi hamba menagis untuk mencari kuat.



Janganlah dilontarkan hamba ini ke lembah yang tiada makhluk bercahaya tadi. Hamba terus menangis…

Senja pun terus berlalu pergi bersama air mata kejahilan itu.



~credit to afnan~ edited


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Monday, May 2, 2011

Terasingkah kita???

Mindset 'ghuraba' saya kongsi dengan adik-adik. Bukan untuk menjadi kera sumbang, tetapi menjadi individu musleh yang mana tahu menilai antara baik dan buruk.

Sama ada kita lupa atau kita ingat, kita memang dilahirkan menjadi ghuraba' (terasing). Dari setitis air mani yang hina, kita adalah satu-satunya sperma yang berjaya menembusi ovum (Betulkan?).

Tetapi, bila kita sudah besar remaja, kenapa kita rasa bosan, keliru, tidak ada hala tuju, seolah-olah berkawan itu matlamat, bercinta a.ka. berpacaran itu caranya, jika duduk di gurun, kita tidak ada tempat bergantung?

GHURABA' ITU APA?

Ghuraba' (terasing) yang dimaksudkan bukanlah pengasingan bangsa, jantina, agama dan perkara-perkara yang memberi signifikan kepada fizikal atau sifat kemanusiaan. Ghuraba' yang dimaksudkan adalah suatu golongan yang tidak terasing dari sifat kemanusiaannya, tetapi terasing dari segi sikapnya yang kebiasaan.

Sebagai contoh yang mungkin sangat sinonim, kebanyakan remaja berpacaran, kebanyakan lelaki suka merokok dan menjadi suatu kebiasaan. Maka, hendaklah seseorang itu menjadi ghuraba' dengan menjauhkan perkara-perkara tersebut, biarpun 'fatwa' pengharamannya bukanlah sesuatu yang qot'ie (tetap), apa yang tidak baik, maka kita tolak.

GHURABA' VS INDIVIDU

Menyamai ghuraba' dengan sifat keindividuan (menjadi seorang diri) adalah satu konsep yang sangat jauh tersasar. Bahkan, istilah jama' taksir yang dipakai pun jelas menunjukkan bahawa ghuraba' itu meliputi sekelompok manusia, tidak kira latar bangsa dan jantina, mahupun agama, atau mempunyai matlamat dah hadaf yang sama, bila ia berbeza kerana sikapnya, maka ia adalah suatu pengasingan yang mungkin sesetengahnya mengenali sebagai konflik budaya. Konflik budaya yang wujud itulah adalah hasil ghuraba'.

Namun konflik budaya yang dihasilkan ini bukanlah merujuk kepada konsep individu yang jelas membawa kepada kehancuran ukhwah. Maka, tidak hairanlah bila mana kita disuruh mengasingkan diri, maka ramai mereka yang tidak faham mempercayai bahawa istilah 'kera sumbang' itu dikatakan lebih sinonim.

Hakikatnya, ghuraba' itu berJAMAAH... Bagaimana?

Dengan mengajak rakan dan sahabat-sahabat kita menjadi baik. Bukankah orang-orang baik ini dilihat terasing dari kelompok manusia kebiasaannya?

p/s : Allah menguji kita dengan keberadaan seseorang manusia dengan ghuraba'. Bila terasing itulah, maka kita merasai ditinggalkan, kebosanan, nak berteman, dan sebagainya. Bukankah Allah itu ada??

Suka duka itu seni kehidupan~ Bersyukurlah

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa