Friday, January 28, 2011

Sambung isu..

KARTUN HINA ISLAM: PENGHINAAN POLITIK ATAU SYARIAT ALLAH ?


Bila meneliti kartun di atas, sangat jelas dan biadap bahawa lukisan kartun ini mempunyai unsur-unsur penghinaan kepada Islam dan perkauman dua majoriti kaum terbesar Malaysia. Apatah lagi yang 'bersalaman' itu bukan hanya terdiri dari satu bangsa, bahkan dua bangsa yang sudah semestinya dicetuskan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab.

Yang pastinya, isu ini bukan sekadar isu politik, tetapi isu ini sangat berkait dengan hukum-hakam Islam. Bersalaman mungkin bukan lagi menjadi isu dasar kerana banyaknya khilaf ulama'. Namun begitu, peranan muslimah dalam memelihara kesucian diri dan maruah (hingga tangannya hanya untuk si suami dan mahram) tidak sepatutnya dipermainkan. Apatah lagi isunya dipermainkan oleh orang-orang yang jahil dalam agama.


Watakseorang Cina penjual ikan yang hendak bersalaman dengan seorang perempuan muslim adalah menggambarkan sesuatu yang agak kurang ajar, apatah lagi Cina sudah semestinya bukan Mahram bagi seorang muslimah. Namun begitu, kartun ini bukanlah kerana penjual ikan itu berbangsa Cina, bukan kerana pembeli ikan itu seorang Muslim bertudung, tetapi kerana tindakan kartunis melakarkan kartun ini seolah-olah menggambarkan Islam ini adalah agama yang membentuk jurang perkauman kerana keterbatasan syariatnya!


Saya secara tegas berpendapat, kartunis yang bernama 'Juragan' ini perlu memohon maaf kepada seluruh wanita Muslimah seluruh Malaysia kerana kartun ini benar-benar bersifat perkauman, tidak tahu langsung adat-istiadat Melayu Islam yang bermaruah. Namun, jika pendapat saya ini dilihat sebagai pendapat individu dari diri saya, tidak ada lain yang saya harapkan melainkan Redha dari Allah Taala.

P/S : (sumber muslim24) Orang yang melukis kartun ini patut kita hantar ke ISA, kenapa tidak ada tindakan?


No comments:

Post a Comment