Tuesday, December 28, 2010

Emotions






p/s: A lot of emotions here...which one are you??

Monday, December 27, 2010

Adik, kamu sakit ya?


Menghampiri zaman membuat pilihan penting dalam hidup terkadang menserabutkan kepala..bukan tidak mahu membuat pilihan..terkadang rasa takut untuk membuat pilihan..adakah ia terbaik untuk kita,mampukah kita mengharunginya?

Mampukah?

.............................

"Acik, anjang sakit ni la (bla....bla.....bla......)....macam mana ye acik? patut tak anjang makan semua ubat doktor bagi ni,tapi bila anjang makan sakit ni menjadi2 pulak"

(Aish...macam aku ni doktor pulak..tapi berbekalkan ilmu yang sikit ni...jawab ja la)

"Sakit ni dah berapa lama,ada sakit kat sini tak,ada sakit kat sinu tak (bla....bla.....bla....),apa ubat doktor tu bagi? Nanti acik check kat kawan-kawan acik"

(woah...doktor tak bertauliah...cuma ikut ilmu yang ada dulu2 dan pengalaman berkawan dengan student medic ja)

(hampa tak siqoh kat doktor kkb aaa?? hahaha...xbek nya...)

Maka berbekalkan kredit yang seciput cuma,sms dihantar pada sahabat2 yang tengah khusyuk dalam lecture hall..

"Weijun,kawan saya sakit bla...bla....bla....macam mana a?"

"Ha,madi...siapa pula sakit kali ni..."

"ada la kawan...macam mana ni doc"

"aiya saya bukan doc lagi ma..apa simtom2 nya"

bla....bla....bla.... sampai la habis...emm macam tu lah setiap kali kalau ada orang mengadu sakit...kalau weijun sibuk,maka terpaksa lah tanya sahabat2 lain...(untung ramai kawan ni ya..)

Lama-lama seronok pula jadi doktor tak bertauliah ni,banyak benda belajar..rasa seronok bila boleh tolong orang ...

..................................

"Madi,ada orang sesak nafas..macam mana ni...badan dia sebelah dah kejang" keadaan yang agak cemas ketika itu...kebetulan ja lalu masa tu..

"Dia ada sakit apa ni??" hai ....panic dah..panic dah...

"Tak tahu la...cepat la madi..macam mana ni"

(haish...mana cek taww)

"Kol Warden belum..kalau no respon nanti ana pergi ketuk pintu rumah beliau"

" Dah warden tengah siap..nak bawak budak ni pergi hospital..weh sementara tu takkan kita nak buat 'dek' je kat budak ni...kang keras terus pulak kat sini"

"Haish...mulut...ambil plastik beg..suruh dia bernafas dalam tu"

"?? Madi...hang betul2 ke??"

"Yes!! hurry up!"

.......................................................

"Kak,kenapa bila saya makan ubat,urine saya semakin pekat dan berbau.Takut pulak saya nak makan ubat tu lagi"

"Bagus la tu..dia bunuh kuman" (ye ye je jawab....ngeh2x)

"Ye ke? Tapi macam xbaik2 pon sakit saya..makin sakit ade la"

"Hang minum ayaq bagi banyak sikit..habiskan ja antibiotik tu..doktor tu dah bagi ikut dos dia..kalau tak habis nanti sakit balik"

"Cerita sikit apa yang tengah berlaku kat badan saya sekarang ni kak..boleh tak.." muka penuh pengharapan....

(adehh...tanya banyak pulak..salah jenuh...)

"Ye la...air ni pelarut yang paling baik..badan kamu tu tengah lawan kuman2 yang ada dalam badan..ubat2 tu tengah bunuh kuman2 yang ada kat sistem badan kamu dan akhir sekali disingkirkan melalui sistem perkumuhan..semua benda yang tak diperlukan badan akan terkumpul di situ untuk dibuang.jadi untuk membantu proses penyingkiran bahan kumuh tu,kamu kena banyak minum air la,kalau tak,,tu yang sakit tu masa buang air..."

(kepada student yang mmg ahli dalam bidang ni..minta maaf le kalau salah..kepada individu yang tanya soalan ni...ana nak suh enti minum ayaq masak banyak2 ja...hihi)

'Hai..pahni kena check balik dengan Weijun,Mr H,Mr Q, betul tak explanation aku nih'

.....banyak lagi soalan yang ditanya..tapi nak cerita semua kat sini..takut ada yang tak sesuai...tapi kalau yang belajar perubatan,benda ni biasa saja.......

............................................

"Salam..Madi..hang tolong bagi tazkirah kat aku sat..aku rasa kosong la ni" satu sms diterima dari seorang sahabat

"alaiki salam...eh kenapa...ada masalah ka?"

"Jiwa aku rasa kosong sekarang ni..aku nangis bila aku fikir apa nak jadi dengan iman aku skrg ni"
(subhanallah hebatnya ... kita ada fikir nasib iman kita skrg ni???)

"Eh,kenapa...apa jadi...aku pun iman yankutz jugak hari2"

"Aku ni hidup aku enjoy ja..ramai ja kawan2 keliling aku..tapi awat tah aku rasa kosong..lama xdengar tazkirah...aku rasa sunyi.."

"Aku nak tazkirah hang aku,aku pun ilmu tak banyak..cuma aku kongsi apa yang aku dengar dari tok guru aku ja la nah.....bla.....bla.....bla....bla...."

"terima kasih madi..bertuah aku ada kawan macam hang"

(kadang2 bila bagi tazkirah kat orang ni sebenarnya Allah nak suruh kita beringat juga tentang diri kita ni...jangan rasa bagus dah...maka takda amal ibadat yang cuba dipertingkatkan..terima kasih sahabatku)

............................................................

"Madi...aku nak jadi macam hang" satu sms lagi diterima dari sahabat lama

(??? aik..apa kena kawan aku ni tibe2)

"Salam..eh...awat tiba2 ja hang ni..hihi..rindu aku ka"

"Hang ni ...main2 pulak...aku nak jadi macam hang...ajar aku pakai tudung labuh.."

(sebelum ni ada 1 peritiwa sedih yang berlaku pada beliau...maka aku la yang kena consult kes ni..wah macam peguam pula)

"Alhamdulillah...aku sokong kawan aku!! hihi.."

"Nak beli tudung macam hang kat mana? berapa meter"

"Beli ja kat kamdar ..banyak...1 meter setengah boleh...1 meter 3/4 pon boleh..ka nk aku tolong buat..tapi jauh sangat kot..hihi"

"Hihi..timakacih...tima kasih jadi sahabat aku T_T...sayang hang.."

(emm touching..T_T....awat semua kawan2 aku ni....terharu aih...ka hampa nk bodek aku ni aaa)

................................................................
"Madi....aku ada masalah ni...apa hukum kita menipu untuk jaga hati kawan"

"Madi...macam mana nak suruh orang tutup aurat dengan sempurna?"

"Apa perbezaan mazhab kita dengan mazhab lain?"

"Madi..amik wuduk tak sempurna,sah tak solat kita.kalau baju kotor? dalam hutan??macam maneee???"

"Madi...aku rasa berdosa la aku tipu mak aku...tapi aku xda cara lain dah..macam mana ...anak derhaka kah aku?"

"Explain sat ayat ni.....apa kaitan ayat ni dengan hukum ni......"

(sesungguhnya ilmu ini sangat sedikit...kadang rasa malu bila tak dapat jawab dengan sempurna apabila diajukan soalan sedemikian rupa ...sahabat...sesungguhnya kalian lah inspirasi ku...kalian hebat kerana berada di lapangan masyarakat yang sebenar..sedangkan aku masih lagi terpelihara di sini...ujian kalian lebih hebat dari ku..aku yang bertuah memiliki sahabat seperti kalian...terima kasih sahabat...)

..........................................................
Pilihan harus dibuat..

Masa dah semakin singkat..

Ke mana kaki harus melangkah....???

"Madihah...takkan nak patah balik kot? Lama nak kena sambung nanti"

"Tapi...minat...benda2 yang berkaitan diri manusia ni"

"Memang la minat..tapi mampu bawak ka? tinggal lama dah ..."

"Ehm..entahla...tak tahu..malas pk"

"Haih Madihah...kena fikir la...masa dah singkat ni..hang kena buat pilihan"

"Aduh...sayang jugak nak tinggal bidang yang ambil sekarang ni...tambah2 tafsir dan syariah..banyak lagi benda aku tak tahu rupanya"

"Ha...kalau dah sayang..teruskan ja lah..."

"Ehm....tapi sayang jugak biology...chemistry...."

"Isthikoroh laaa.....( gaya khairul azzam pesan kat kt housemate dia,Hafiz masa kcb1..heh)

"Ceh...tak membina langsung "

"Hihi..Madihah...hang lagi kenai diri hang..buat la keputusan paling bijak"

"Kalau nak cepat habih ngaji..tak payah amik medic la...continue degree bidang ni...kahwin....amik master...amik Phd...boleh jugak jadi doktor noh...hehe...."

"Hem tak tau la..yang penting boleh sambung luar negara..tak kira bila pun..nak sambung juga luar negara...jordon ke..korea ka..australia ka...hihi"

"Weird women..pelik la hang ni"

"Hihi...pening dah..."

Alla kulli hal moga allah memudahkan urusan kehidupanku di dunia dan akhirat

p/s: dialog atas tadi adalah monolog dalaman madi albiruni...tiada kaitan yang hidup atau sudah meninggal dunia..

mood confuse....

Saturday, December 25, 2010

Aduhai Puteriku Sayang

lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi lelaki
dalam berbakti

lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggan
tapi kau sayap kiri
pada suami yang sejati

di sebalik bersih wajahmu
disebalik tabir dirimu
ada rahsia agung
tersembunyi dalam diri

itulah sekeping hati
yang takut pada ILLAHI
berpegang pada janji mengabdikan diri

malumu mahkota
yang tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa
menjaga diri dan nama

tiada siapa yang akan
boleh merampasnya
melainkan kau sendiri
yang pergi menyerah diri

ketegasanmu umpama
benteng negara dan agama
dari dirobohkan
dan jua dari dibinasakannya
wahai puteri kusayang
kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya..

p/s; Jaga diri...jaga diri...jaga diri...

Tersepit Vs Terhimpit



Apakah tsunami yang melanda ketika ini?

Perselisihan kecil berlaku antara 2 sahabat..

Yang hatinya tertaut atas satu aqidah yang sama..

Sukarnya untuk mentafsir apa yang berada di dasar hati..

Apa yang penting rasa tersepit dan terhimpit..

Antara kehendak dan kepatuhan..

Antara mengikut rasa hati atau mengikut iman dalam diri..

Antara nafsu dan mahu..

Antara iman dan kebenaran..

Hem..sudikah sesiapa memahami???

'Aku selalu mengajak mu kepada kejahatan,
Aku selalu membisikkanmu supaya melakukan apa yang dilarang tuhan,
Aku selalu mengumpan mu dengan segenap tarikan,
Tetapi engkau selalu mengenepikan aku tanda patuhnya insan,
Tunduk akur pada perintahnya Tuhan,
Sesungguhnya ketahuilah..aku amat sayangkanmu' ~nafsu~


وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu,boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu.Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui '
(al-Baqorah 216)

Percayalah..

Janji Tuhan itu pasti..

Bersabar lah..

Walau yang dilihat itu mendung..

Disebalik mendung itu pasti ada pelangi yang menanti..

Maafkan aku teman..

Tuesday, December 21, 2010

Sanah Helwah Ummi ^_^

Attention to : Mrs Norliah Bt Saad (betoi dk teacher..slh perbetoi noh..)

* Ibu mithali ibu yang sejati
kasih sayangmu kasih yang suci
pengorbananmu di sanjung tinggi
jasamu tetap di sanubari
pengorbananmu di sanjung tinggi
jasamu tetap di sanubari...

PENGUMUMAN PENTING ......... SPECIAL DEDICATION TO MY MOM

Sanah Helwah Ya Ummi Mahbubah
(selamat hari lahir ibu yang disayangi)

ehem..ehem...bersajak sket...

Ibu...a.k.a mak...hii

Ibu lah orang pertama yang mengajar ku membaca...(walaupun takut kena marah kalau salah baca..hiii) ..tapi marah tu kan tanda sayangnya ibu..huhu

Ibu lah orang pertama mengajarku tulis dan kira..( hari2 bwk seringgit sudah g skolah..hii)

Ibu lah orang pertama yang menyuap makanan ke mulut anakmu ini..

Ibu lah yang mengajar ku erti mengenal Allah yang Esa..

Ibu jua lah yang mengajar ku solat,puasa,

Ibu jualah yang mendidikku dengan akhlak yang mulia..

Ibu jua lah yang sering gelisah memikirkan nasib masa depan anak2mu..(aku la plg byk songeh)

Ibu jua lah yang sering berpenat lelah menjaga kami hingga dewasa..(perangai setiap sorang mcm2 jenis..letih haih...)

Kini umurmu genap 5.....dot..dot..dot...

Doaku moga dirimu sentiasa dalam keredhaan Allah..dikurniakan syurga yang di sisinya sungai dari susu dan madu...diberkati umurmu setiap detik.. dipermudahkan segala urusanmu...dikurniakan kesihatan yang baik...diberikan kebahagiaan yang berpanjangan...dimurahkan rezeki...amal ibadat yang diterima..makin awet muda..hii...

ameen Ya Rabb..perkenankanlah doa ku Ya Allah..sesungguhnya aku bertuah memiliki ibu setabah dan sekuat ini..

Uhibbuki ya ummi...

SANAH HELWAH

SELAMAT HARI LAHIR

HAPPY BIRTHDAY ^_^


p/s : Mak..minta maaf atas semua salah silap kak dengan mak selama hidup 21 tahun dengan mak ni..huuhu...duk peghabeh beras ja taw,,bila la boleh balas jasa mak ayah...(mmg xkan mampu balas pun..doa kt Allah ja la tiap hari..huhu)




I LOVE MY MOTHER

Monday, December 20, 2010

Daun yang gugur itu...tidak pernah menyalahkan angin..

Usrah yang mengikat jiwaku di medan ini.ana sayang antunna


“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

Insan yg sukakan ikatan persahabatan...dan sayang akan sahabat.... bertuah sahabatnya....


Entry ini ditujukan khas kepada semua sahabat2 ana sama di Darul Quran,Kolej Matrikulasi Pulau Pinang,Maktab Mahmud,Sk Sri Taman,Sk Sg Korok dan juga semua insan2 yang pernah mengenali diri ini...

Semoga ukhuwah ini tidak akan sirna biarpun zaman berganti waktu..ameen..

Saturday, December 11, 2010

Muliakah kita orang yang ditarbiyah?

'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

'Ada sesiapa yang boleh jawab?'

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.

'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'

Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'

'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.

Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'

'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.

'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.

Keadaan sepi sebentar.

'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.

'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'

'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.

'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.

'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'

Mereka menggangguk.

'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.

'Antum faham tak maksud ana?'

"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.

'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.

'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'

'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.

'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'.

'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.

'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.

Subhanallah.

'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'

Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.

'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.

'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.

'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.

Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."

***

Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan. Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.

Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.


p/s: Peringatan dan ketukan buat diri yang hina ini...