Friday, August 21, 2009

hari pertama tarawikh

malam terakhir sebelum bertolak pulang ke kampus..

Pada asalnya tak terniat pun nk menulis dalam blog ni..bak kata seorang teman "biaq berkulat dlu,baru update" (ada ka ptot?).tp ada satu peristiwa yang menyebabkan penulis menggerakkan jari jemari di atas papan kekunci laptop ni.

Kisah bermula waktu magrib...usai solat jemaah magrib bersama ayah..penulis berkira-kira mahu ke masjid mana ya? masjid ghufran ke masjid aman ke..apa masjid zahir? ke nak buat keje depan laptop (bisikan yang melintasi hati)...

Tiba-tiba...


telefon berdering..

"Kak,awat tak angkat cu kol henset tadi."

"Owh tauk mana tah hp..awat nya?"

"Cu nak ajak hang pi masjid.kita nkp masjid mana?"

" Emh jom ikut kak lah ..kita pi sekali ayah n suma..bdk2 kecik ni pn nk ikut"

Kalut jugak lah masa nak p masjid tu,masa ni lah pulak barang2 pakat menyembunyikan diri..alih2 sampai masjid orang dah rakaat ketiga..masbuk aje la..

Selesai solat..penulis ,maksu ,dan adik2 perempuan penulis pun bergeraklah menuju ke parkir kereta..ayah dan 2 adik lelaki penulis telah pun menunggu di sana..tiba-tiba dalam seronok berbual ternampak satu raut wajah yang muram diringi linangan air mata...(tak jadink mengusik)

"Err emm ni kenapa ayah..budak kat belakang ni (hafiy yang dimaksudkan)...awat 'hujan'?"


"emm kasut baru hilang "

"Sabar lah hafiy ye..Allah sayang hafiy tu,sebab tu hari pertama tarawikh Dia dah uji"

..........sepi...tiada jawapan..hanya membuang pandang di luar kereta..........

(Hai sedih pulak aku tengok budak ni)

Pelik biin ajaib kan...di masjid pun barang blh hilang..mungkin tersalah kasut atau tersalah ambil atau terpinjam..wallahua'lam..tp kat asrama pun lumrah ja bab hilang kasut ni..sampai tak larat nak beli baru dah..

bukankah solat itu boleh mencegah kita dari perkara keji dan munkar??
di manakah keberkesanan solat kita andai perkara keji dan munkar masih manjadi amalan?

kerangka islam
input, proses dan output = iman,islam dah ihsan

apa masalah bila ada ibadat = proses, tp xde ihsan = akhlaq..


jawapannya... ada org yg menganggap bahawa ibadat itu adalah matlamat, bukannya Ihsan output dr ibadat tersebut...

iman itu input...
islam aka syariat itu proses

ihsan aka akhlaq itu output...
yg manjadi masalah ialah, ada org yg menganggap proses@syariat@islam itu sebagai matlamat bukannya output@ihsan@akhalq sebagai matlamat...

(ni ana tanya someone yang arif bab ni..ana dah mula faham dah rumus ni..tp kalau nk penerangan lanjut,boleh buka maza yakni dan kena tanya tuan badan sendiri)

Sama-samalah muhasabah diri di mana tingkat iman dan amal kita.Renungkan...Ahlan Ya Ramadhan

1 comment: