Untukmu Pejuang
Buat saudaraku di Gaza..Palestin
Sangka mereka
Tebalnya besi kereta kebal
Lebarnya sayap jet
Bajanya Jaket kevlar
Kilatnya desingan peluru
Gementar dentum mortar dan peluru serak
Kerasnya tangan-tangan zalim,
mereka akan hidup selama-lamanya
Mereka dapat merenggut
Keberanian dari jiwa pejuang sejati...
Betapa besarnya kesilapan mereka!!!
Jiwa pejuang itu
Walau dimiliki tubuh yang kecil dan longlai
Hatta tubuh itu kaku!
Takkan goyah!
Dalam diri pejuang
Terpacak satu janji,
Yang kemenangan itu PASTI!
Tidak mungkin TUHAN memungkiri,
Sesungguhnya tipu daya mereka hanya sementara,
Hingga akhir usia,
Hingga luluh jasad tersiksa..
Sementara cuma..
Sesungguhnya
KUFFAR itu TAKUT MATI,
Berlindung di sebalik tembok,
Menikus di dalam keranda besi,
Bernaung di bawah pemeras ummah,
Ya...dan ummah tetap berdiam,
Kerana dunia telah menipu..
Kerana nafsu telah menguasai
KUFFAR berperang untuk HIDUP,
PEJUANG berperang untuk SYAHID!
Sabarlah wahai saudaraku..
Sabar dalam solat dan doamu,
Sabarmu dalam solat dan doaku,
Perjuanganmu,
Perjuanganku,
Ummah ini tidak akan menunggul lagi!!
Kaherah 1950
Ketika artikel ini ditulis.Telah masuk hari ke 5 rejim haram Zionis melakukan jenayah perang mereka terhadap umat Islam di Gaza..Doakanlah mereka,sumbanglah utnuk mereka.
No comments:
Post a Comment