"Cuba kita tengok senario umat Islam hari ni,rasa-rasanya la kan,yakin tak kita dengan kebangkitan Islam??"... Beberapa hari yang lalu pernah saya utarakan persoalan ini kepada seorang sahabat setelah agak lama hanya dipendamkan.Sedih,kecewa,marah,kasihan,simpati dan pelbagai lagi perasaan bercampur baur menjadi satu melihatkan realiti umat Islam pada hari ini.Realiti bahawa umat Islam pada hari ini berada di dalam suasana yang amat menyedihkan.Realiti yang sepatutnya disedari oleh sesiapa sahaja yang bergelar Muslim dan Mukmin,tidak kiralah yang bergelar pelajar,mahasiswa,suri rumah,pekerja,usahawan mahupun Perdana Menteri.
"Apabila kita ingin mempersoalkan kebangkitan Islam,sebenarnya kita mempersoalkan tanggungjawab diri kita sendiri sebagai umat Islam.Apa yang telah kita lakukan untuk Islam?"... Jawapan tersebut menyebabkan saya tersedar dari lamunan.Cukupkah hanya sekadar kita yakin bahawa Islam akan menang pada suatu hari nanti sedangkan kita tidak melakukan apa-apa?.Sunnatullah telah menetapkan bahawa sesuatu yang ingin dicapai mestilah memerlukan kepada usaha ke arahnya dan bukanlah hanya cukup dengan keyakinan sahaja.
"Costantinople itu pasti akan dibebaskan.Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin(penawanan)nya dan sebaik-baik tentera(yang menawan)nya"
(Hakim,4.422;Bukhari,Tarikh al-Saghir,139;I.Hanbal,4.335)
Sepertimana yakinnya para tentera Muslimin dengan janji Allah melalui utusannya Baginda Rasulullah s.a.w bahawa pada suatu hari nanti Umat Islam akan menakluki kota Costantinople.Keyakinan tersebut menyebabkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan apa yang mereka percayai dan yakini.Dan akhirnya kota Costantinople berjaya ditundukkan di zaman pemerintahan Sultam Muhammad Al-Fateh setelah perjuangan selama 800 TAHUN!!
No comments:
Post a Comment