Monday, November 8, 2010

Mahasiswa Ghuraba'

~Mood Dapat Slip Exam~

Intima'kan pembelajaran dengan Islam...

Apakah??

Menjadi golongan ghuraba' bukanlah impian semua mahasiswa yang berada di kampus, bahkan ada sahaja dikalangan golongan ini yang 'futur' di tengah-tengah medan perjuangan. Perjuangannya bukanlah hingga memerlukan senjata terangkat, hanya perlukan ilmu sebagai 'perisai', kata-kata sebagai 'pedang'nya dan pena sebagai 'pistol'. Kalau nak 'pistol' canggih sikit, boleh jadi blog lah sebagai 'pistol laser'nya.

Kita sentiasa di doktrinisasikan oleh sesetengah manusia yang tidak bertanggungjawab bahawa mahasiswa perlu cemerlang dalam akademik. Mahasiswa itu bertanggungjawab pada akademik, tidak ada ruang langsung untuk kenegaraan, globalisasi dan sebagainya. Tetapi, bila kita berbicara tentang mahasiswa dan dakwah, perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak akademik, bahkan ia lebih diutamakan jika kita mahu benar-benar melihat mahasiswa kita berjaya.


Kadang-kadang, kita bukannya berbeza sangat dari rakan-rakan yang lain. Kita sebenarnya sama, cuma mereka tidak merasai apa yang kita rasa, tetapi kita merasai apa yang mereka rasa. Sebagai satu contoh, kita belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang cemerlang , kita memastikan kita memperolehi kerja yang terbaik dan kita memastikan kita mampu memenuhi kehendak dan hak ibu bapa. Itu adalah kemahuan semua, biarkan mereka tidak berintima' dengan Amal Islami.

Tetapi, bila merasai keperluan dakwah dan menggabungkan diri dengan Amal Islami, kita belajar bersungguh-sungguh bukan kerana sekadar untuk berjaya dengan cemerlang semata-mata, tetapi mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga serta menyediakan peruntukan yang boleh disumbangkan untuk Islam. Pernah tak rakan-rakan terfikir terfikir hingga ke tahap itu? (Sekadar muhasabah...)

Usai sudah musim perang pena yang lalu..tahniah buat sahabat2 yang mendapat keputusan yang cemerlang..bagi sahabat2 yang result nya agak jatuh pada sem kali ni..yakin dan percayalah result itu adalah yang paling pantas dan terbaik buat kita..

wa makaru wamakrullah..wallahu khairul makirin...

p/s: once in a blue moon dpt online..jd update byk2..yeah!!

1 comment: