Thursday, October 15, 2009

Tazkirah malam


Rasulullah bersabda, ‘Allah telah menulis ketentuan seluruh makhluk sebelum menciptakan langit dan bumi selang waktu lima puluh ribu tahun.” (HR. Muslim)

”Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi? Bahwasanya yang demikaan itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfudz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.” (Al-Hajj: 70).

Bila mana satu perkara ditakdirkan berlaku buat kita, pasti akan berlaku.. Bersandarlah pada Allah swt kerana di situ kau akan merasai ketenangan yang sangat bermakna bagi dirimu.

Di situlah kerinduan ini bertemu dan keasyikan ini bertamu..

Bila mana kasih kita kerana Allah, walau jauhnya jasad ini berpisahan, roh-roh kita sentiasa bertaut dalam ikatan yang tidak dimengertikan manusia biasa. Dan hanya Allah swt sahaja bisa mengikat hati kita selagi mana kita mengikat diri kita padaNya…hidup kita adalah menggapai redhaNya dan mencari embunan cintaNya..

Setitis cintaNya yang jatuh ke bumi itulah yang kita teguk dan siramkan ke dalam jiwa kita..Untuk kita semai mahabah dan kasih ini

Agar menjadi nafas penguat kepada perjalanan yang amat panjang dan berliku ini…Dekatkan dirimu dengan Allah di setiap masamu.. dan luahkan segala yang terbuku dihatimu padaNya…Kerana Dialah Tuhan yang maha mengetahui perasaan hambaNya ini…lagi Maha Mendengar..Takdir pasti akan menyebelahi kita insyaallah

1 comment:

  1. saLam ziarah...
    semoga anda cepat matang sebagai pembuka minda masyarakat di bumi waqafan Darul Quran

    ReplyDelete