Friday, April 3, 2009

Back to kem!!

emm..

letihnya....

Dah lama tak ber'camping' ni..kali terakhir penulis ber'camping masa penulis standard 6..pastu dah masuk maahad tak dapat dah nak bar'camping'2 ni...

Excited...takut..teruja..suma bercampur..dah lama x buat aktiviti lasak camni..Alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa nikmat ber'camping'..best ah!

:( ..

Tapi yang tak bestnya tempat camping yang mencabar dulu dah banyak berubah...dah byk renovate...dah byk kemudahan..bukan tak suka kemajuan tapi apa ertinya perkhemahan andai terlalu byk kemudahan disediakan..tak dapat rasa la nikmat perkhemahan sepenuhnya..

Kalau dulu tidur dalam khemah berlantaikan tanah ja.kelilingnya confirm2 hutan.xda pengadang..ikat tali rapia ja buat tanda kawasan..skrg dah ada simen siap dgn tikar getah dlm khemah lagi...bilik air pun dah besar....em pendek kata selesa lah dari dulu..untung adik2..

........................
"Kenapa kamu lambat,?!kamu x dgr ka siren dah bunyi"

"Sapa suruh kamu balik khemah?!..saya kata tgu kat dewan!"

"Kenapa kamu tak dengar arahan..turun pumping 10!"

(bukanlah pumping mcm org dewasa pumping..kemampuan knk2 ja)

Kasihah adik2 dimarahi komander..maklumlah cara hidup di kem memanglah kna bergerak pantas ...suma kena berdikari dan hidup perlu saling bekerjasama antara ahli kumpulan..jadi mahu atau tidak adik yang sekecil darjah 3 pun kena hidup berdikari...
Satu ja pesanan penulis pada adik2, bila takut ke kena marah ke..zikir je byk2...insyaAllah hati jadi tenang..Ada satu peristiwa yang penulis btl2 kagum dgn adik2 skst, apabila black out pada malam perasmian,dalam keadaan yang kelam tiba2 semua adik2 skst berzikir dgn kuat..makin lama makin kuat..terkejut jugak komander2dekat situ..tak lama lepas tu alhamdulillah bekalan elektrik ada semula..bagusnye....~wondering~(ada fasi pesan ker sblm tu)

Pada malam pertama lagi telah diadakan slot muhasabah sebagai ganti slot kembara malam akibat hujan yang lebat pada malam itu..bukan apa,adik2 ni dah terlalu hyperaktif dan nakal menyebabkan para petugas kem terpaksa melakukan sesuatu utk men'low temperature'kan mereka..Lagu Ibu oleh mamat dipasang, nasyid Ibu oleh aeman juga didendangkan,apa lagi, menangis teresak2 lah adik2 skst..suara tangisan berlumba2 dengan deruan air hujan..sama kuat...kasihan juga tgk diorang..sebelum muhasabah dah kena marah dah..ditambah pulak dgn slot muhasabah..lagi laju la air mata yang sedari tadi mahu tumpah tu..
Tapi diorang ni pun boleh tahan nakal jugak..padan la kena marah dgn komander... :)

Apa pun awan mendung bertukar cerah apabila matahari menunjukkan wajah,hari esoknya kanak2 sekolah disediakan dgn pelbagai aktiviti yang menarik.Antaranya kawad kaki,paintball, wall climbing, flying fox dan orientasi...fuh cergas pulak adik2 ni berkejar ke sana ke mari..namun begitu ada jugak yang nak pitam..kelam kabut lah guru2 dan petugas2..adat lah...pagi tak mandi..lepas tu berjemur bawah matahari dari pagi sampai tgh hari..mmg lah pening..lepas makan pulak tergesa2 berlari apabila siren dibunyikan..emm akibatnya....phm2 lah..

Sayangnya satu..program yang cukup baik..namun nilai percampuran yang agak kurang sihat..walaupun masih di bangku sekolah rendah penulis rasa perlu ada juga guide2 yang mereka perlu bataskan.. terkejut jugak bila adik penulis yang baru datang ketika mengambil penulis berkata "awat campur truk sgt...mcm sosial ja"...penulis tidaklah melihat program ini sebagai terlalu sosial cuma mungkin apabila adik2 ni terlalu ghairah main game,bergelak ketawa, dn bercampur pula lelaki perempuan..ia nampak sedikit janggal bagi adik penulis yang dari kecil sekolah agama..Apa pun program in cukup baik bagi membina ciri2 kepimpinan dan juga semangat berpasukan antara ahli kumpulan..cuma unsur2 nilai rohani perlu diperkemaskan lagi agar lebih seimbang antara kepimpinan jasmani dan rohani.

Sekarang penulis dah berada di rumah..tak sempat mengikuti kursus sampai habis disebabkan ada masyaqah lain pula..diharapkan adik2 yang berada di sana selamat menempuhi halangan2 yang mencabar di sana.Selamat ber'camping adik2 ku :)

No comments:

Post a Comment