Tuesday, March 17, 2009

mesej dari emel ana dari maksu



Assalamualaikum,
DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus...untuk memurtadkan umat Islam.. Sekian.. SILA SEBARKAN RISALAH INI

Monday, March 16, 2009

Sekolah..


Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita
Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan
Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan
Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan
Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli
Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan
Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan
Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli
Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan
Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"


Akhirnya berpeluang juga menjenguk laman blog..Padat betul aktiviti minggu ni..Penat.Sakit urat mata.(mungkin tekanan darah yg tinggi pada saraf mata akibat kurang tidur) Itu yang penulis dengar dari bicara seorang pakar..

Baru2 ni penulis telah menjadi fasilitator satu program peningkatan akhlak di sekolah lama penulis.Perasaan gembira tak terhingga kerana akhirnya buat sekian kalinya pada tahun ini dapat juga penulis bertemu dengan adik2 comel sekolah sk sri taman.Program yang telah dirancang sekian lama akhirnya tiba juga saatnya.Alhamdulillah.

Fokus program adalah berkenaan solat dan peningkatan akhlak.Sebenarnya bukanlah penulis seorang yang selayaknya memotivasikan adik2 berbanding dengan sahabat2 yang lain yang lebih hebat,namun sekadar menyumbangkan sedikit tenaga dan selebihnya sebagai peringatan untuk diri jua.Terima kasih kepada adik2 kerana memberi peluang kepada akak untuk membaiki diri ini.Pengalaman menjadi fasi mengajar penulis banyak perkara.Banyak mutiara ilmu yang dapat dikutip sepanjang 3 hari berada di sana.Hati terdidik dengan membanyakkan berzikir,membetulkan bacaan ,dan secara tak langsung dapat juga check solat sendiri.Moga2 nasihat yang diberi bukan sahaja untuk mereka yang mendengar namun buat telinga yang paling hampir dengan mulut yang berkata-kata.

Pada mulanya berdebar juga hati ni saat menjejak kaki ke sekolah,maklumlah datang berdua je,sahabat2 yang lain pakat ada masyaqah last minit,terpaksa lah roger sahabat2 yanglain last minit,tu pun kena tunggu jawapan lagi,xdapat cornfim lagi,lagilah berdebar hati penulis,tak mampu rasanya andai kami berdua sahaja menguruskan adik2 puteri.Urus petang tu saja pun dah letih.Nasib baiklah akhirnya Allah menghantar beberapa lagi adik2 maahad bagi membantu kami ; atas pertolongan seorang fasi min.Terima kasih..

'Manusia hanya mampu merancang,Allah yang menentukan segalanya' Ada beberapa atur cara program terpaksa ditunda ke waktu yang lain.Biasalah perkara sebegitu berlaku dalam program.Maaf adik2 ku andai diri ini tak mampu menyampaikan yang terbaik untuk kalian.Mungkin asbab hati ini yang belum cukup bersih ilmu yang sedikit itu tak dapat sampai sepenuhnya kepada kalian.Apa pun akak harap adik2 mendapat kesan positif sepulangnya dari program ini.

Melihat ragam adik2 yang nakal,kadang2 pening jugak kepala macam mana nak menjinakkan mereka,namun mungkin kami yang kurang ''bisa' untuk menarik perhatian adik2.Kadang2 geram pun ada tapi bila tengok air muka mereka jadi lembut hati pulak nak marah.

Terdetik jugak dalam hati, 'Hai adik2 kenape lah nakal nyee??' ....'Biasalah budak2,aku pun dulu2 mcm tu ' pujuk hati.Walaupun penat 'berkomunikasi' dengan kanak2 ni tapi terhibur sebenarnya melihat telatah mereka.Hilang suma gundah di dalam hati. Ada yang makan nasi goreng dengan cabai mak dia ja, ada yang jiwa sensetif asyik nanges(adik lelaki bkn perempuan, tu yang musykil tu),ada yang suka tenung muka kita,ada jugak yang asyik sengih2 jumpa kita,aday2 la macam2..

Sayu penulis pada satu malam ketika membuat slot akhlak,sebenrnya tanpa sedar penulis telah terlari sedikit dari slot yang asal.Penulis terrbuat slot muhasabah dlm ldk penulis.Bukan sengaja,masa tengah buat slot tersebut,penulis menyebutkan tantang akibat anak yang tak solat akhirnya mengheret sama ibu bapanya ke neraka kerana tak mengajarkan anaknya solat.Tiba2 terkena atas batang hidung seorang adik kecil yang telah kehilangan ibu,maka berlakulah sesi luahan hati seorang adik kecil. Mula seorang menangis,kemudian hbs 1 kumpulan menangis.Sebak...Moga2 airmata itu merupakan titik perubahan diri kita ke arah yang diredhoi Allah subhanahuwa ta'ala

Kanak2 bersih jiwanya,masih mudah untuk dibentuk .Sementara hati masih lembut,masa ni lah gunakan sebaiknya untuk mendidik mereka.Anak2 itu lahir dalam keadaan suci bersih,ibu bapa lah yang manjadikan ia yahudi,nasrani atau majusi .Wahai para ibu bapa sekalian,coraklah anakmu sebaiknya,ajarkanlah mereka solat yang betul,tekankanlah pendidikan agama dalam diri mereka,janganlah biarkan mereka hanyut dalam arus kemodenan dunia,sayangi dan peliharalah jundullah kecil ini sebaiknya kerana mereka kelak yang akan menakhodai dunia ini.

p/s: lepas ni nak turun lagi sekolah,tak sabar nak jumpa diorang lagi :) .

Sunday, March 8, 2009

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

Disiarkan pada Mar 02, 2009 dalam kategori Akidah
Isu dalam artikel ini telah ditulis oleh Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin setahun yang lalu. Dicadangkan untuk pembacaan.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,

Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).
Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,
Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).
Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.

Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).
Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.
Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!
Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.
Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.
Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.
Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.
Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.
http://drmaza.com/home/?p=566
sumber dr dr. Maza

Thursday, March 5, 2009

Peta Kehidupan

"Nawal...nawal...tidur atas bantal ni meh..nanti sakit kepala tidur atas kosyen"
Maka dalam keadaan separuh sedar adik ku pun mempanggungkan sedikit kepalanya untuk diletakkan bantal.
'Em dah besar adik ku ni..sekejap ja masa berlalu..dulu kanak-kanak ribena lagi..la ni dah besar dah..(besar badan je perangai manja tu sedia ada lg) '
'Agaknye mcm mana lah zaman remaja yang akan dilaluinya nanti.Di kala zaman aku pun dah cukup mencabar..apatah lagi zaman akan datang..'

Tekenang kembali ceritera hidup aku..tak terlintas pun aku adalah aku yang sekarang..tak terlintas pun akan masuk DQ, tak terlintas pun aku akan terlibat dalam gerak kerja islam..
apatah lagi menghafal kalam suci...begitu hebat perangcangan Allah terhadap diriku..ak bersyukur ke hadratMu Ya Allah...

Dahulu hidupku amat mudah...belajar...balik rumah...pergi tuisyen...balik rumah lagi...hidupku dalam zon perlindungan..mudah bagiku menepis godaan luar...namun hidupku sekadar itu...tidak ada yang dapat memanfaatkan orang lain...

Perjalan hidupku semakin mencabar usai tamat alam persekolahan ..aku memasuki gerbang pra universiti...terasa semuanya butuh perhatianku..semua nya nak cepat..nak siapkan asigment..kuiz saban minggu..kelas malam lg..persatuan lg..arghh semua meminta waktu dariku...keadaan kawan2 sekeliling yang berbagai ragam dan karenah..pening kepala..serabut minda...

Dengan situasi yang ku rasakan janggal..agak 'culturul shock' lah pada mulanya..dengan perasaan sukzon nya pada org kadang2...namun aku terfikir baik sangatkah aku,nak ber'sukzon' pada orang..entah baik atau buruk pandanganku di hadapanNya pun aku tak tahu...

Cuma yang sedikit dapat aku ceritakan dari pengalamanku di sana...dunia perubahan bagiku, ialah hidup ini berbeza antara 1 sama lain...jangan rasa hebat andai anda belum diuji dengan ujian dari Allah..rata-rata kawan ku di sana,hidup mereka sangat2 mencabar..Andai aku sendiri di tempat mereka aku mungkin seperti mereka..alhamdulillah ana lahir dalam keluarga yang mementingkan ilmu agama...

ingin aku berkongsi satu cerita tantang seorang sahabt aku yang telah kematian ayah, ayah tirinya pulak hanya tahu minta duit dari ibunya..sudahlah tidak bekerja,minta lg duit dari isteri, ada anak tiri pun tidak dimengakunya sebagai anak..jiran2 pulak memandang serong pada keluarganya...

" Ina(nama samaran) tu pergi matrix tu bukan p blajar..ntah2 pergi jual badan"..ina bercerita..
"kurang gula btl la makcik ni..kubur dah kate mari pun die nak ngutuk aku lagi"seloroh temanku lagi..

Astagfirullah hal a'zim.beratnya tuduhan tu...itulah perkara pertama yang kurasakan apabila mendengar cerita dari mulut kawanku.sungguh berat untuk ditanggung bagi seorang remaja yang memang dahagakan kasih sayang..tp itulah realiti kehidupan yang perlu ditempuh..

"Em ko twu..camtu lah makcik tua tu ckp kt aku..ko tgk la nanti aku keje..aku tunjuk duit gaji aku kat die..haa madi,ko xpyh la buat muka seposen tu,tu benda kecik je..yg lg besar pada tu pun aku dah rase" itulah sambungan dari cerita kawan ana terhadap ana ..die masih lagi mampu bergelak tawa..seakan peristiwa2 seperti tadi sudah menjadi asam garam hidupnya..

Tabah!! itulah yang mampu ana ungkapkan..Walaupun pada zahirnya orang mungkin akan pandang 'slek' pada remaja sepertinya , biasalah hidup lifestyle remaja sekarang...jeans..t-shirt kecik,couple,dating..dah jadi benda biasa..namun ketabahan yang ada pada dirinya wajar kita kutip..

tamat kisah tu....

Wahai para dhu'at sekalian...adakah kita setabah itu dalam menghadapi cabaran sebagai pendakwah? Mampukah kita bersabar dengan karenah mad'u?? Adakah kita telah menjadi role model terbaik bagi mereka??

Sedih ana pada satu ketika, di kala dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, sebumbung dengan satu pasangan bahagia..ya! sangat bahagia..lagaknya ibarat orang yang sudah berkahwin..orang yang kahwin pun takkan tunjuk aksi mcm tu kat depan orang awam..
Kasihan sahabat ana yang terpaksa duduk bersebelahan dengan pasangan tersebut..Mual!! itu yang dapat digambarkan.Sampai terpaksa tutup muka dengan beg sebab tak tahan melihat..

Ana dan sahabat2 masing2 berfikir mcm mana nak tegur ni..nak tegur takut2..tak tegur lagi la takut...akhirnya semua mendiamkan diri..hanya mampu membenci dalam hati..
sedih kan..tak mampu pun nak tolong saudara seislam yang dalam kelalaian..lemahnya iman hanya mampu membenci dalam hati...

Sahabat ana menguis-nguis lagi dari belakang..Tak tahan!..HAi melampau btl pasangan ni..akhirnya ana pasang ayat quran kuat2..orang nak kata apa pun katalah..pakcik tiket nak marah pun marah lah..kenapa dia nak marah orang buka ayat al-quran sedangkan orang buat maksiat dia tak marah? itulah ayat yang ana berkira2 akan jawab jika ditegur oleh pakcik tiket..

Alhamdulillah pakcik tu buat dek ja..tapi yang ana geram pasangan tu xde senseviti langsung dengan ayat quran.tak takut ke?? aduh2...besar tugas kita wahai para dhu'at..masyarakat sekarang jahil ilmu agama..kita yang sedar ni la kena menyedarkan yang belum sedar..sumbang sekadar yang termampu..tapi jangan putus asa..jangan merajuk andai mad'u tak terkesan dengan apa yang kita dakwahkan..takut2 ia adalah asbab hati kita yang kotor tak sampai penyampaian kita pada mad'u..

awas!! awas dengan sifat ujub yang kadang2 disuntik oleh syaitan tanpa kita sedar..gah dengan kehebatan diri..gah kerana merasa diri lebih baik dari golongan yang jahil..takut2 kita melakukan dosa dalam keadaan kita mengetahui.sedangkan mereka melakukan dosa dalam keadan mereka jahil...

Sahabat...diri ini tidaklah pandai berhujah, tidaklah pula tinggi ilmunya..sekadar berkongsi rasa dan cerita..yang baik ambillah sebagai pengajaran,yang buruk jadikan sempadan..andai ada salah dan silap maaf dipohon..