Wednesday, January 25, 2012

~Dari Hati ke Hati


Segelas kopi di tangan
Dari pahit berubah manis
Walau hanya bertukar pandangan
Sejak bila begini

~Aneh
 ( Abdullah Khairul Azzam )

Dari huruf kata disusun
Menjadi baris  penuh makna
Satu kata dua makna
Apakah tersirat khabarkanlah

~ Ragu
 ( Ana Althofunnisa' ) 

Biar berbeza namun serupa
Kerna kita rusuk yang sama
Dalam lamunan ku yakinkan
Kau teman kebahagiaan

~Indah

Kau hujan kau rintisnya
Saat menitis
Rindu


Dari hati sampai ke hati ^_^






p/s: Sumber aspirasi dari filem Ketika Cinta Bertasbih



Aqobah Beach






Ateh, ni ha gambar pantai Aqobah..hehe..nak banyak2 mintak dekat anje Bi ye =) 

Sunday, January 22, 2012

SEINDAH PANTAI AQOBAH



Syahdu terasa
Saat pandangan bersatu
Mengusik ratu kalbu
Yang akhirnya tersenyum sendiri
Indah
Dustur Ilahi

******

Entah apa sebenarnya yang hendak dikongsikan. 
Idea yang tadinya menari-nari di minda, lewat tanpa pamit.
Tapi saya mahu tulis juga.
Dengar ya?

******

BAHAGIA

Apa ertinya bahagia?

Adakah...

Pada harta yang melimpah ruah.
Pada paras cantiknya indah.
Pada nama yang dijulang gagah.
Atau pada hati yang sakinah..

******

 Cerita 1

"Rubu' ..rubu'  جرائد ... جرائد "

Laung si penjual surat khabar dari bas ke bas. Mungkin itu lebih melariskan surat khabar jualannya; fikirnya.

"Eh, handphone siapa yang jatuh ni?" Monolog Ibrahim sendirian.

Dengan tangan yang penuh kedutan diambilnya handphone Nokia jenama X3, berhasrat mencari siapakah empunya gerangan. Di usia 60-an apa lagi yang mampu diusahakan oleh Ibrahim untuk menampung kehidupannya dan isterinya. Anak-anak semua sudah berhijrah ke bandar yang lebih metropolitan. Semuanya demi mengejar kesenangan hidup. Tidak sanggup lagi tinggal di khemah-khemah di dataran berpasir.Tinggallah warga tua yang setia di sisi kampung halaman mereka.

Aneh kan?

Di zaman ini masih lagi ada insan yang makan dan tinggal di khemah-khemah seperti itu. 
Tapi ia adalah realiti. Realiti kehidupan masyarakat Badwi yang kurang terbela nasib mereka. Fikirku.

******


"Acik, esok kita kena gerak awai, sebab nak sampai awai kat Mu'tah nu. Tak mau solat dalam perjalanan. Leceh"

"Baiklah. Kita nak gerak pukul berapa? 6.00 pagi ok?" Selorohku.

"Acikkk..hang ni!! Aku cakap betoi2 hang main2 na" dengan loghat kedah tiruannya. Haha. Tak jadi langsung. Tapi malas nak komen.


TERMINAL BAS

"Nak naik coaster..nak naik coaster..naik bas loya"

"Iye la. Jom la pi cari coaster. Kat hujung depan sana kot" 
"Ya ammu, fi coaster ila Mu'tah?"

"Wallahi ma fi"

"Hadei..ayang, xde r..kena naik bas jugak ni. Jom cari tiket"

******

Sayu raut wajahnya
Memohon simpati pada yang sudi
Di sisi pakaian yang terurus tidak
Ya bintu, ana faqir...

Satu dinar dihulur. Berlalu.

******


"Woi acik, hang beli jajan apa tadi. Ada beli biskut-biskut apa-apa tak"

"Acik beli coklat dengan gula-gula angin ja. Awat, hang lapaq ka?"

"Takda xpalah. Saja tanya. Nak kunyah-kunyah" 

Diam. Menunggu bas memulakan perjalanan.

"Acikk..hang nampak tak handphone aku? Aku rasa macam nampak ada pakcik kutip handphone aku kat luar bas"  sedikit terlompat dari tempat duduknya.Cemas.Handphone yang tersemat seribu kenangan.

"Haa???"
*****

'Moga Allah memberikan aku rezeki yang lebih baik pada hari ini' Monolog Ibrahim sendirian. Sambil berjalan dari bas ke bas.Mengharap ada insan yang sudi membeli surat khabar darinya.

'Eh, handphone siapa ni?' Sambil membongkok mengambil handphone di atas tanah di sisi bas. Cantik handphone ni. Kepunyaan siapakah? Ahh..mungkin milik penumpang dalam bas ini. Baik aku pulangkan.

"Ya ammu, hatif ana. Ini handphone saya" Lega. Bertemu semula.

"Yallah..nah" Selesai. Lega dapat memulangkan pada yang empunya. Bahagia. Dapat melakukan satu lagi kebaikan. Moga dalam nilaian Ilahi.

"Syukran! Ya ammu, syukran!" Gembira tidak terkata. Masih lagi ada insan setulus ini. Warga di dalam bas memerhati dengan senyuman.

"Syukrann..syukran..terima kasih Ya Allah" tidak henti lafaz terima kasih dan syukur pada Ilahi.

Kosong.Tidak diendahkan lagi ucapan bertalu-talu itu. Tidak mengharapkan balasan dan pujian. Cukup sekadar kewajipan dilakukan. Bukan itu yang jadi bekalan. Hanya ingin meraih redha tuhan.


******

Bahagia itu bukan pada jutanya harta
Bukan jua pada indahnya rupa.
Apatah lagi pada pangkat dan nama
Tapi bertakhta pada hati
Yang kaya denga cinta tuhan


******

PANTAI AQOBAH

Maisarah tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa semalam. Sungguh aturan Allah itu cukup cantik. Secantik pantai Aqobah. 

Pertolongan datang tanpa diduga. Ibarat putaran kebaikan itu berpatah kembali pada siapa yang melakukan kebaikan.

 Benarlah, sedekah itu tidak sesekali mengurangkan wang mu , bahkan sebenarnya wang mu sedang digandakan dalam gandaan ganjaran tuhan.


Maka nikmat tuhan yang manakah lagi engkau dustakan?


******

TAMAT



p/s: Tajuk entry macam tak da kaitan sangat kan? Tak kisah lah.

      Kepada insan2 yang telah sudi tolong penulis selama jadi musafirat ni, moga2 Allah pulangkan 
      kebaikan kalian dari sudut yang tak disangka-sangka. ^_^

      Okay! Kejap lagi nak 'winter sonata'. Tata. 


      (maffela xde lagi ni.Ada sapa nak bagi? ngee ^_*) 



HARAPAN ITU SELALU ADA

dekat Jerash ni
Jika kamu punya harapan, apa harapan itu?
Jangan kamu berhenti untuk menggapainya.

Jangan kamu berniat mundur sebelum saatnya
Kerana pada hakikatnya harapan itu selalu ada

Sahabat
Kamu pasti tahu jika setiap hari punya kesusahan tersendiri
Maka jangan biarkan kesusahan esok hari
menghilangkan kegembiraanmu hari ini

Sahabat
Harapan adalah secerah cahaya
Yang membuat dunia semakin indah

Jangan pernah kehilangan harapan

Tebarkan kasih, bukan kebencian
Tebarkan damai, bukan permusuhan

Sahabat
Sudah pasti dirimu tidak akan bahagia
Selama mana engkau larut dalam kesedihan

Bertebaranlah di bumi Allah yang luas
Kejarlah redhaNya dan mohon petunjukNya
Yang lalu biarlah berlalu,
Tataplah masa depan dengan ikhlas dan semangat yang baru.

Petra

Sahabat
Berjalanlah dengan penuh harapan
Walau hidup tak selalu bahagia

Sedekahkanlah senyuman
Walau dirimu tak mampu lagi bertahan

Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka
Jagalah sikapmu agar orang lain selalu menghargaimu

Sahabat
Jadilah orang yang sentiasa positif
Selalu berusaha melihat sesuatu dari sudut positif
Bahkan dalam situasi yang buruk pun

Dia lebih suka berkata tentang kebaikan dari keburukan orang lain
Lebih suka bicara tentang harapan dari keputus asaan
lebih suka mencari solusi dari frustasi

Sahabat
Apa yang tidak mati hanyalah HARAPAN
Jangan sampai kita kehilangan harapan
Harapan tidak akan pernah mati
Hanya manusia mematikannya
dengan keputus asaan yang mendalam


Smart kan binaan?

Apa yang mendorong seorang pesakit meminum ubat yang pahit.
Ia adalah HARAPAN untuk kesembuhan

Apa yang mendorong petani berkeringat dan bekerja keras.
Adalah HARAPAN untuk memetik hasil dari tuaiannya

Apa yang mendorong seorang yang beriman menahan hawa nafsunya.
Adalah HARAPAN memohon redha dan syurga dari tuhannya.

MAKA jangan kamu pernah kamu kehilangan harapan
Walau kamu berada di saat sulit sekalipun

Just do the best, let God decide the rest~

Edited

Madihah Yusof , Irbid , Jordan

p/s: Allah kan ada ^_^ .
 Mood happy sebab dah buat layout baru..ngee
Adakah cantik? hi









Tuesday, January 3, 2012

AUKU


Mansuh AUKU, Bukan Hanya Pada Seksyen 15 !



"Problem cannot be solved by the same level of thinking that created them.."
~Albert Einstein~

Saya berasa terpanggil untuk menulis sesuatu, sebagai dedikasi khusus kepada semua pecinta keadilan yang masih komited membumikan perjuangan. Ianya tentang masa depan Malaysia, sebuah negara pengamal demokrasi,kemudiannya juga serba-serbi mengenai anak muda.  

Malaysia, Adakah Masih Sebuah Negara Demokratik?

Secara pribadi saya menjawab tidak, kerana walaupun Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan menjamin Artikel 10 ( setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak berpolitik seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, kebebasan mengadakan perhimpunan dan kebebasan berpersatuan), namun hak itu lebih banyak dinafikan atas sebab keselamatan negara kononnya. 

Bahkan Artikel 10 (3) dan (4) membataskan lagi hak-hak ini dengan ditambah keputusan-keputusan mahkamah yang menunjukkan bahawa hak-hak ini tidak wujud sedangkan ianya diperuntukkan di bawah Piagam bangsa-Bangsa Bersatu 1945 dan Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia 1948 dan perlu ditekankan Malaysia menjadi salah satu daripada anggotanya. Pelik bukan?

AUKU dan Masa Depan Mahasiswa

Pengetahuan bukan sekadar buku,tapi disertakan kesedaran
Saya melihat AUKU langsung kaitannya dengan masa depan mahasiswa. Malah saya cukup teruja apabila Pesepsi (Kelab Persatuan Sejarah,Politik & Strategi) sebagai persatuan akademik pelajar di FSSK tampil mendepani isu ini lantas menjemput kepimpinan mahasiswa UKM membincangkan perihal ini. Namun, malangnya Aspirasi mengulang perkara yang sama, masih tidak meyakini saya untuk mengundi mereka.Jauh sekali !

AUKU memang akta drakonian,mengubah senario universiti di Malaysia.Kelihatan seperti universiti hanya mengeluarkan "robot-robot" bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Akta ini menghakis institusi universiti sebagai taman ilmu lantaran terlalu menyekat dinamisme kelimuan yang sepatutnya diterapkan dalam diri mahasiwa. Saya memandang AUKU yang menyebabkan mahasiswa lupa bahawa diri mereka yang harus bertanggungjawab akan isu-isu semasa,lantas menangani masalah tersebut.Segala kepincangan yang berlaku seperti penyelewengan,pembaziran,rasuah dipandang sepi sahaja oleh mahasiswa.

Sekatan akta yang ketat inilah menyebabkan kecenderungan,sikap,minat dan penglibatan mahasiswa terhadap kegiatan pelajar semakin malap.Mereka tidak memandang memilih pemimpin sebagai persoalan utama kerana tidak guna memilih pemimpin atau menjadi pemimpin andai tidak boleh bersuara,lantas menyebabkan mereka cenderung dengan sikap masing-masing dan tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Lalu,bukankah AUKU melemahkan perkembangan mental pelajar?

Mansuhkan AUKU! 

" Di samping soal transformasi politik, perbincangan tentangnya perlu digunakan untuk membicarakan soal meningkatkan mutu universiti dalam ertikatanya yang sebenar, iaitu pengukuhan roh universiti, budaya ilmu, autonomi & kebebasan akademik, membentuk insan baik (bukan hanya pekerja baik) & idealisme perjuangan mahasiswa. "

~Dato' Saifuddin Abdullah.~

Hemat saya,bukan Seksyen 15 sahaja bermasalah,bahkan banyak lagi seksyen di dalam AUKU yang bermasalah. Ayuh kita lihat :

~Seksyen 10 Larangan penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen di dalam atau di luar kampus kecuali dengan izin Naib Canselor.

~Seksyen 6(1) Melarang salinan teks bagi kuliah melainkan untuk pengajiannya dengan apa-apa cara kesemua atau mana-mana bahagian dari teks itu bagi tujuan penerbitan,pembahagian atau pengedaran sama ada mendapat bayaran ataupun tidak.

~Seksyen 7(1) Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada memnaggil berhimpun / mengorganisasikan pehimpunan lebih dari 5 orang tanpa kebenaran naib Canselor atau wakilnya. 

*larangan ini bertentangan dengan konsep Natural justice iaitu kebebasan untuk berhimpun di bawah artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

~Seksyen 7(3) Tiada seorang pelajar boleh menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan kecuali mendapat kebenaran Naib Canselor atau yang diberikan kuasa olehnya.

~Seksyen 9 Larangan penggunaan bemdera,sepanduk,pelekat, poster dan seumpamanya.

~Seksyen 11 Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada menjalankan sebarang aktiviti di luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis Naib Canselor. 

*larangan ini bukankah hanya akan memisahkan mahasiswa dari masyarakat yang mana merka berasal daripadanya.

~Seksyen 12 Melarang pelajar dari mengambil bahagian dalam apa-apa perniagaan, pekerjaan atau lain-lain aktiviti sepenuh masa atau sambilan, yang menurut Naib Canselor adalah tidak diingini 

*seksyen ini menyekat mahasiswa untuk mencari wang poket dan belanja pembelajarannya.

~Seksyen 15 (1) dan (2) Melarang pelajar dan pertubuhan pelajar daripada menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Universiti atau diluluskan terlebih dahulu secar bertilis oleh Naib Canselor. 

Mahasiswa berhak bebas demi Malaysia
                           
Nah, keseluruhan seksyen di atas memperlihatkan dominasi dan tekanan yang nyata terhadap kegiatan bersosial dan berpersatuan di kalangan mahasiswa. Kejam bukan?

Atas nama Anak Muda Selamatkan Malaysia, ayuh mari bersolidariti memansuhkan AUKU !

Wallahua'alam..


credit tohttp://serbanterbang.blogspot.com