Friday, October 12, 2012

=)

"One Big Family"

I wonder why you and me fight each other
Don't you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips - you can't deny

Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don't tell me it's by chance

Oh, you're my brother
You're my sister
We're one big family
Oh, you're my brother
You're my sister
Just one big family

It doesn't matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry
We sleep and dream
Sometimes we're sad, sometimes we're happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk and we smile

Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don't tell me it's by chance

Oh, you're my brother
You're my sister
We're one big family
Oh, you're my brother
You're my sister
Just one big family

I care about you
And I wish you could realise
There's no difference between us two
We're part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one

Oh, you're my brother
You're my sister
We're one big family
Oh, you're my brother
You're my sister
Just one big family

Monday, June 11, 2012

Bukankah kita saudara?


Tasek itu damai. Setenang kelopak air membelai. Sehingga membuatkan dia lalai. Bagaikan suatu keajaiban. Memandang tasek itu bagaikan menerbangkan segala keserabutan yang berada di jiwa. Tidak pernah dia lihat tempat setenang ini. Sungguh indah ciptaan Ilahi. Dan dia masih duduk bersimpuh di situ. Untuk yang kesekian kalinya.

*****
' Oih..termenung sorang-sorang '
sergah Khadijah dari belakang pada sahabat karibnya, Nurul.

' eee..apa ni..terkejut orang. Bagi la salam sikit. Mana pergi ni..lama tau orang tunggu ' cebik Nurul manja.

' Aloh, sori la..dari dewan makan tadi. Tapau makan lebih sikit, buat berbuka nanti'

Nurul masih lagi merenung jauh. Ada perkara yang merungsing fikirannya.

Khadija memang seorang sahabat yang baik. Selalu menemani tika suka. Selalu menghiburkan kala duka. Dia sangat istimewa.

'Saya akan minta surat pelepasan kuliah dari HEP. Tidak tahu untuk berapa lama.Mungkin seminggu, mungkin dua minggu, mungkin satu sem. Sehingga ibu sembuh'

Mata Nurul membesar dan membulat. Kaget.

*****
Semua orang sibuk menghantar hafalan masing-masing. Tinggal Nurul masih terkial-kial di halaman yang sama. Padahal dari petang semalam lagi dia memulakan hafalan. Hati telah mula rasa resah, kalau tak lancar jugak tasmik hari ni mesti ustazah marah ni.

'Sape tak tasmik dengan ustazah lagi berdiri'

Aduh, konfem aku sorang je yang kena berdiri ni. Monolog dalaman Nurul.

Nurul berdiri perlahan-lahan. Sambil mukanya ditunduk ke bawah. Bagaikan pesalah yang menanti dijatuhkan hukuman.

'Kamu tak boleh rehat. Jumpa ustazah lepas ni. Yang lain boleh keluar'

*****
Airmata mengalir laju. Tiada ungkapan yang dapat diluahkan. Persoalan itu dibiarkan begitu sahaja.

'Kamu ada masalah apa ni Nurul. Kenapa dua tiga hari ni  prestasi bacaan kamu mulai menurun? Ustazah kecewa dengan kamu.'

Hati rasa sedih. Dalam masa yang sama menyalahkan insan-insan yang selalu memberi tekanan untuk dia menghadiri liqo, dan juga memberi timbunan kerja-kerja untuk disiapkan.

'Arghh..ini semua salah mereka. Kerana tekanan mereka aku tidak dapat fokus hafalan.Dahlah result sem 4 aku jatuh merudum,takde sape nak datang jenguk aku' huh!

Pendam yang lama membuncah. Rupanya Nurul masih lagi menyimpan rasa amarah itu.

Syaitan mula menyebarkan hasutan. Membisikkan kata-kata benci kepada kebaikan yang tiada pulangan.

'Tu la, pasal kau buat kerja-kerja tu la, kau tak sempat menghafal. Ini semua salah mereka, bukan salah kau'
Bisikan itu berbunyi lagi.

Diammm!!

*****
Sahabatku,jangan lepaskan tanganmu.


Hari berganti hari. Nurul hanyut dalam dunia sendiri. Tiada lagi menghadiri usrah, tiada lagi menghadiri majlis ilmu. Tiada lagi beban kerja untuk ditunaikan.

'Mulai hari ini, aku tidak mahu lagi berkepit dengan mereka. Aku dah letih'

Sudah dua minggu lebih begini. Nurul banyak menyepikan diri di dalam bilik. Mula menghindarkan diri dari kawan-kawan yang biasa dengannya. Berdendam dengan mereka. Kerana tidak ada sewaktu dia memerlukan.

'Macam ni lagi best. Rilex. Banyak masa nak study'

 Earphone dimasukkan ke dalam telinga. Dari mendengar radio IKIM, beralih pula ke siaran Hot.fm. Dari mendengar mp3 al-Quran beralih pula ke lagu hiburan.

*****
"Tok..tok..tok.."

'Assalamualaikum..Nurul...Khadija ni, saya tahu awak ada kat dalam, bukalah pintu'

Pintu dikuak dari dalam. Tidak dapat menyembunyikan lagi rasa rindu pada sahabatnya. Akhirnya kau pulang juga sahabat.

'Nurul sihat?'

'Emm..'

'Kenapa ni, tak suka jumpa saya lagi?'

Matanya berkaca. Bukan aku tak mahu jumpa engkau sahabatku. Aku berkecil hati. Merajuk pada mereka yang bergelar sahabat. Tidak ada yang  bersimpati terhadap kesusahan yang aku alami.

'Tentu awak dengar mereka bercakap belakang pasal saya kan?' duga Nurul. Suaranya perlahan. Menahan sebak.

Khadija senyum. Masih seperti dahulu. Tiada sangkaan negatif yang dilemparkan.

'Saya dengar. Tapi saya lebih suka dengar dari mulut awak sendiri'

Tangannya diletakkan di atas bahu sahabatnya. Menghadiahkan pelukan dari sisi.

'Malam tu, saya dah cakap dengan mereka. Saya minta direhatkan dari hadir usrah. Saya nak fokus hafalan. Hafalan saya dah merosot. Tapi mereka tak dengar. Paksa juga saya hadir.'

'Lepas tu apa yang berlaku?'

'Saya kena tegur dengan ustazah. Saya makin tertekan. Sudahlah result saya baru-baru ni jatuh merudum. Takde sape datang tenangkan saya. Saya kecewa dengan mereka. Bila khidmat saya diperlukan, semua datang, tapi bila saya dalam kesusahan, takda sape peduli. Mungkin mereka hanya nampak saya apabila khidmat saya diperlukan'

Syaitan semakin galak menencucuk gegendang telinga Nurul. Memberikan dalil-dalil untuk membenarkan kebatilan.

'Jadi, apa yang Nurul lakukan sekarang?'

'Saya menjauhkan diri dari mereka. Saya tidak mahu lagi buat apa-apa.Saya nak study'

'Hati rasa tenang sekarang?' tanya Khadija bersungguh.

Anehnya Nurul tidak dapat mengiyakan bahawa hatinya makin tenang sekarang. Walaupun masanya tidak lagi sibuk melakukan urusan kerja, anehnya masa itu kian singkat. Sekejap sahaja masa berlalu. Entah ke mana masanya dihabiskan.

'Tak' jawab Nurul ringkas.

'Nurul merajuk dengan mereka ya?'

Khadija senyum. Khadija tahu. Sahabatnya itu bukan hendak lari dari perjuangan. Cuma dia sedikit kabur dari tujuan asalnya.

'Nurul, kita buat gerak kerja bukan untuk mereka. Bukan juga kerana mereka. Kita buat kerja kerana Allah.  Jadi buat apa Nurul nak berhenti buat kerja Islam ni sebab mereka tidak memenuhi perasaan Nurul. Sebab mereka tidak ada waktu Nurul perlukan mereka. Ingat Nurul, manusia itu Allah hantar sebagai wasilah. Mungkin ada masa mereka akan ada untuk menguatkan kita. Tapi tak selamanya kita boleh bergantung dengan mereka untuk memberi kita kekuatan. Kerana sumber kekuatan kita adalah Allah. Setinggi mana kepercayaan kita pada Allah. Setinggi mana keikhlasan kita semasa kita melakukan kerja Islam'

'Nurul, anggaplah kegagalan awak sebelum ini sebagai medan Allah menguji seikhlas manakah awak bekerja untuk Nya. Adakah semata-mata kerana mengharapkan pujian dunia atas sebaliknya.'

Nurul sebak. Dia tahu masalahnya yang sebenar bukan kerana beban kerja yang banyak. Dia yang semakin longgar hubungannya dengan Allah sehingga menjejaskan hafalannya. Tidak wajar dia meletakkan kesalahan itu pada bukan tempatnya. Bukan kesibukan melakukan gerak kerja Islam yang merosakkan mutu pengajiannya namun tipu daya dunia yang telah membuatkan hubungannya dengan Allah renggang.

'Nurul, saya tahu awak pun tak suka jadi macam ni. Saya kenal awak. Awak bukanlah orang yang mencari-cari alasan untuk lari dari perjuangan. Awak cuma berehat sebentar melepaskan lelah, kan sahabat? Berbicaralah dengan hatimu. Kau akan temui kebenaran itu '

Nurul tersentak dengan ayat terakhir itu.
'Berbicaralah dengan hatimu. Kau akan temui kebenaran itu'

Terima kasih sahabat. Tuturmu sentiasa memberi inspirasi. Ya, aku banyak menuding kesalahan pada diri orang lain, sedangkan kesalahan itu berpihak pada diriku. Terima kasih kerana sentiasa percayakan aku. Terima kasih kerana menghulurkan tanganmu.

"Wahai orang beriman Mahukah aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasul dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu"                      
      As-soff 10 & 11

 Ketenangan itu ada di sini. Tak jumpa kerana kau tak menghayati. 

 TAMAT
"Kekuatan Allah bersama-sama dengan jemaah. Sesungguhnya serigala itu hanya akan (dapat) memakan kambing yang terpisah (kumpulannya)"-Riwayat Abu Daud.

 Moral of the story, buat sahabat-sahabat, adik-adik yang merasa penat dan lelah dalam bergerak kerja, sentiasalah tajdidkan niat, betulkan visi dan misi perjuangan. Tolonglah jangan duk sorang-sorang.

Bila kita berseorangan, tiada teman mengingatkan maka tiada rasa semangat untuk menghidupkan Islam.Masa tu mudahlah serigala datang mengorat. Kawan-kawan pun tolonglah alert sama.


Dan juga buat sahabat-sahabat yang melihat sahabatnya mulai futur dalam perjuangan, janganlah bersikap sukdzon padanya. Hulurkanlah tanganmu. Sentiasalah bermanis muka, kerana percayalah tidak ada siapa yang mahu hari-harinya lebih buruk dari hari sebelumnya..

Bukankah kita saudara?

p/s: Sapa nak hulur tangan masa Missa Albiruni jatuh? Dia selalu ditinggalkan berseorangan tu.Harap2 ada la.

Nafas baru ^_^




Asal lama tak update je mesti orang akan kata blog bersawang.
Padahal bersawang kat mana pun tak tau..hoho
Biasala musim exam,tak sempat nak update (alasan!!..main fb sempat pulak )
Alla kullin setelah berhempas pulas akhirnya exam final berakhir sudah.
alhamdulillah 
segala puji bagi Allah atas nikmat yang diberikan..admin dapat upper Jayyid Jiddan
"yaka upper JJ"
"..entoh..calculate sendiri.."
"eleh, orang lain dapat mumtaz tak hingaq pon.."
"takpala yang penting syukur..kan3x"
"exam dunia saja..exam akhirat lagi patut risau"
Setakat ni ja la..sekadar update. Kalau tak update si kura-kura berleter pulak..hoho


First entry sempena bulan Rejab..



Saturday, April 14, 2012

Number One For Me



I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I’m all grown up now
Its a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
Mum I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face every day
And now I finally understand
Your famous line
About the day I’d face in time
‘Cause now I’ve got a child of mine
And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever Im around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me





p/s : Mom, I'm grown up now ^_^

First time tengok video clip ni senyum sendiri. Nakalnya Maher Zain ( konon2nya )..
But then flash back few years later, aku pun lebih kurang ja, cuma baik sikit..hihi..
Boleh dengan innocentnya buat ' notes abc ' kat dinding bilik yang baru cat (yaka baru cat..lupa dah..hii) dengan kapoq jahit baju berwarna merah..wiwi bestnyaa..dan ada lagi la kisah kanak2 aku yang apa la yang aku pikiaq time tu  adventurous. tak boleh la nak cita semua kat sini kan accept fpr special one later..hoho..only mom knows..hehe..aku kecik lagi mana ingat semua..Thanks mom for being a mother, a friend, a good listener for me..err...a money provider?? haha..and other things u always do for me..i love you mom..hoho
Sekian nota lepas tension study.. =.=

Sayangilah ibu anda ^_^

Monday, April 2, 2012

Pearl of Waqofan


Pagi yang dingin..
Mentari dhuha yang menenangkan..
Tempat yang jauh dari leka..

Lantunan kalamullah sentiasa terdengar dari binaan ini..
Lantas burung berterbangan seakan asyik mendengar alunan zikrullah..

Air berkocak tenang..
Angin rahmat yang bertiup halus..
Akan ada saja manusia di sekelilingnya
Mengutip secebis ketenangan 

Ketenangan sentiasa ada
Pada jiwa yang selalu ingat tuhanNya

Its ok to be sad

Apa yang kau tangiskan,
Sedang kau sendiri keliru akan perasaan,
Lagaknya kau memberikan kuntuman senyuman,
Sedang hati kau menangis kekecewaan.

Mungkin tika ini luka di hatimu bertopeng kebahagiaan,
Belum tentu akan datang sketsa kau bisa bertahan.

Sedarlah kau tidak akan dapat apa yang kau mahukan,
Kerna janji Tuhan untuk berikan apa yang kau perlukan..

Serahlah dirimu pada Tuhan,
Agar dapat diinfaq pada perjuangan..








p/s: Exam kali ni mcm extra harder ja
Nak balik..nak balik............


Thursday, March 29, 2012

أليس الله بكاف عبده ؟

Allah,
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there's hearts all over the world tonight

What can I do?
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there's hearts all over the world tonight

Wish I was smarter, when I was younger.
Found something better - made me a winner and,
I'm so glad to be Yours!
It's my life that you own.


I start my journey when You forgive me 
I swear my whole world stops.
You are in my heart and, I'm so glad that its fine 
You are One truly kind...

You lighten me!
(I) Feel it, through and through, and
For sure ya Rabbee, there ain't nothing You can't do!
Because if I got You,
I don't need money!
I don't need cars!
Lord, you're my all!

And...Oh!
I'm into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..
And now I know I can't be the only one,
I bet there's hearts all over the world tonight,
with the Love of their life who feel...what I feel when I'm

With You, with You, with You, with You, ya Rahman! 
With You, with You, with You, ya Raheem!

I don't want nobody else
Without You there's no one left and, 
the Master of judgment day,
I got to have Your love and I cannot do without,

If I got You,
I don't need money!
I don't need cars!
Lord, you're my all!

Oh!
I'm into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..

With You, with You, with You, with You, ya Rahman! 
With You, with You, with You, ya Raheem!

And I will never try to deny,
That You are my life,

Because if You ever let me go I would die!

So, I won't front!
I don't need another mission,
I just need you as my vision!
If I got You, I'll be straight,
Rabbee I need you every day!

I need Allah...
And the hearts all over the world tonight,
I said there's hearts all over the world tonight
What can I do?

I need Allah...
And the hearts all over the world tonight,
I said there's hearts all over the world tonight

Rab ighfirly
Fantal kareemuu!

Wa3fu ya rabbee
Fantar raheemuu!

With You, with You, with You, with You, ya Rahman! 
With You, with You, with You, ya Raheem!


p/s:"Is not God enough for His servant?" (Quran 39:36))

Monday, March 26, 2012

Penantian suatu proses


Semalam, ketika mencatat sesuatu dalam buku sempat saya bersembang-sembang dengan sahabat sebilik.

Ada sesuatu yang kami sembangkan sehingga saya menyebut satu ungkapan.

“ Penantian adalah suatu penyiksaan.”

“Bukan.” Jawapan spontan terkeluar dari bibir sahabat saya.

“ Penantian adalah satu proses.”

Saya bagaikan baru terdengar ungkapan ini. Penantian adalah satu proses. Penantian adalah waktu yang kita habiskan untuk menanti sesuatu harapan, impian dan cita-cita. Dan bagi saya ia juga menyamai maksud ungkapan pakar pendidik iaitu “ Masa adalah rawatan.”

Bagi yang tidak sabar menunggu hasil sesuatu yang diusahakan, ia akan terseksa tanpa menyedari hakikat sebuah penantian yang menuntut ia melakukan sesuatu dengan penantian tersebut.




Bagi seorang pelajar, ia pasti akan menanti dengan penuh kesabaran untuk mengenggam sebuah ijazah sebagai tanda dan kayu ukur ia telah berjaya menamatkan di satu tahap proses pendidikan keilmuan. Penantian dengan ketekunan, kesungguhan dan keseriusan adalah proses untuk melihat hasilan yang dicita-citakan itu berhasil dengan kejayaan, kepuasan dan kecemerlangan.







Bagi seorang ibu dan seorang bapa, ia mengimpikan mempunyai seorang anak yang soleh, berjaya dan membuatkannya mereka tersenyum. Namun proses menjadikan seorang anak itu sebegitu adalah proses yang memakan masa yang panjang, lama dan sukar. Sebuah penantian untuk melihat anak-anak membesar dengan hasil didikan Islamiyah adalah proses yang menuntut kesabaran yang bukan sedikit tetapi kesabaran yang luar biasa.





Bagi seorang pemuda dan pemudi, sudah tentu menanti untuk mengalami perubahan yang besar dalam kehidupan mereka daripada fasa hidup bersendirian kepada berteman. Menanti untuk dirisik atau bersedia untuk menimang suri sehinggalah memiliki adalah fasa-fasa penantian yang sangat getir dan memerlukan kekuatan hati dan jiwa yang kental dan penuh kesabaran. Proses penantian demi penantian ini ditunjukan oleh baginda Rasulullah SAW dengan panduan yang tarbawi lagi terdidik. Inilah indahnya Islam, segalanya ada di dalam ajaran yang lurus dan benar ini.





Bagi seorang pendidik, murabbi dan dai pula, proses kesabaran mendidik anak murib atau mad’u adalah proses penantian yang harus dilalui dengan memahami konsep fitrah manusia dalam soal perubahan ke arah lebih baik. Murabbi yang baik, menanti dengan penuh kesabaran, dan juga ketenangannya dalam mendidik anak didik akan menyerlahkan kewibawaan sebagai qudwah dan contoh kepada anak didik. Tanpa sifat terburu-buru dan tergesa-gesa, ia bijak mencari peluang dan masa yang sesuai untuk memberikan didikan kepada sesiapa sahaja, terutamanya anak didiknya agar proses didikan itu selari dengan fitrah pembesaran insan itu sendiri.

Penantian itu suatu proses

Sebuah penantian dalam melihat sebuah kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan perlu dilalui dengan membayar sebuah pengorbanan yang tinggi harganya. Pengorbanan yang luar biasa dan kesabaran yang tinggi adalah kata kuncinya. Firman Allah SWT :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”

( Al-Baqarah 2 : 153)

Bagi muda mudi khususnya, semoga penantian mu dalam memelihara diri dalam soal kasih, cinta dan perasaan ini dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran yang dipenuhi kemanisan dan kebahagiaan.

Kini sangat sukar, mencari pemuda-pemudi, dan para remaja yang mampu menjaga hatinya daripada disentuhi oleh cinta keremajaan. Fitrah ingin disayangi dan menyayangi membuak-buak dalam diri sehingga hilang kewarasan dan kesabaran. Dan akhirnya, kecundang ditewaskan oleh nafsu sendiri dan terjerumus dalam lembah kehinaan.

Semoga penantian ini, adalah proses membaiki diri dan hati agar benar-benar ready.

Bersabarlah diri

Teguhkan naluri insani

Peliharalah maruah diri

Agar penantian yang panjang ini, membuahkan bibit kebahagiaan yang hakiki

Setiap kali menantikan sinar sesebuah pengharapan yang bercahaya diufuk keberhasilan, saya selalu terkenangkan satu kalam nasihat daripada seorang murabbi saya. Kata-katanya ini, sentiasa saya sematkan di dalam diri dan seringkali saya kongsikan dalam sesi perkongsian jika ada kesempatan. Katanya :

“ Semailah keimanan dan keazaman agar kita akan menuai keberhasilan dan kejayaan.”

“ Siramilah ia dengan ilmu agar berputiknya cita dan harapan”

“ Cantaslah kekecewaan dan keputus asaan agar berdiri megah pohon keyakinan dan kepasrahan.”

“ Bajailah dengan pesanan dan pengalaman agar subur dan berbuahnya kebahagiaan.”

Berdoa, bermunajat dan berharap kepadaNya

Duhai adik-adikku,

Dalam penantian ini, perhebatkanlah munajatmu di sepertiga malam dengan pengharapan hanya sanya kepada Allah SWT.

Tadahkanlah tanganmu itu dengan ketundukan, kerendahan dan penuh rasa perhambaan. Hadapkan wajahmu dengan penuh ketulusan, keikhlasan dan kemurnian hati. Mohonlah dengan kesungguhan, ketabahan, kesungguhan dan keteguhan :- bahawa dirimu benar-benar berhajatkan keampunan, kerahmatan dan keredhaan-Nya.

Linangan air matamu saat itu, penuh hangat membasahi pipi keringmu. Ketahuilah, manik-manik air mata yang bercucuran hanya kerana-Nya agar memberikan kemanisan yang tiada taranya. Saat ini, engkau tidak akan kecewa malah akan lebih kuat dan tabah.

Matamu yang berkaca-kaca, akan membersihkan dan menjernihkan hatimu. Detik ini, hembusan bayu ketenangan dan kebahagiaan akan menyapa relung jiwa dan hatimu. Dan kepuasan, kenikmatan dan kebahagiaan semakin mewarnai setiap sudut kehidupanmu.

Bersabarlah dengan penantian yang panjang. Saat ini – ketahuilah – Allah SWT sedang mengujimu. Sedang melihat kesabaran hambaNya. Menguji ketabahan, keteguhan dan kecekalanmu.

Bersabarlah
Bersabarlah
Bersabarlah

Penantian ini sangat perit, sukar dan sangat mengoncangkan jiwamu. Tetapi, ketahuilah disebalik ini ialah kepuasaan, kenikmatan dan kelegaan yang akan membuatmu tersenyum dengan perhambaan yang membulat kepada-Nya.

Penutup : Komentar Seorang Hamba

1)- Sewaktu kecil, seringkali saya mendengar ungkapan bahawa Penantian adalah satu penyiksaan. Sebenarnya, selama saya berpegang kepada kata-kata ini – jiwa saya resah, tertekan dan tiada hubungan ketauhidan yang membina perhambaan. Dengan izinnya satu hari, saya mulai nampak sebuah sinar pengharapan dengan ucapan : “ Penantian adalah suatu proses.” – Alhamdulillah, saya belajar sesuatu daripada perkara ini.

2)- Buat adik-adik, bersabarlah dalam proses menuntut ilmu. Kepuasan akan kejayaan di hujung genggaman ijazah akan memberikan seribu kenikmatan yang sangat-sangat mengembirakan dan melegakan setelah bertahun berhempas pulas di menara gading.

3)- Dan, khusus untuk teman-teman dan sahabat-sahabat, bersabarlah dalam proses menanti insan yang teristimewa dalam hidup. Letakan Allah SWT dan nilaian syara’ di hadapan. Dahulukan pandangan dan nilaian Allah SWT, insyaAllah keberkatan dan kemudahan akan menyusul selepas ini. Ketika itu, kebahagiaan akan diberikan oleh Allah SWT dalam bentuk yang asli, suci, murni dan jernih. Benarlah, penantian itu adalah suatu proses penantian!

p/s : Perkongsian dari sebuah blog..Penantian untuk menghabiskan ijazah pertama masih lagi panjang...Harus bersabar dan menanti untuk seketika waktu lagi..ada lagi penantian yang perlu ditunggu...

Artikel yang diterbit semula gara2 talk dengan Dr MAZA..haha

Wednesday, March 14, 2012

The Climb~


I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what is waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

Keep on moving, keep on climbing
Keep the faith
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith

Joe McElderry~ 

p/s : There's no shortcut to success in life.
 I never know what He has planned for me. I'm just keep moving. 
Be strong Madihah!!!


Thursday, March 8, 2012

Surat Cinta Untuk Jiwaku



Assalamualaikum

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah. 

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. 

Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.

Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah? 
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. 

Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain. 

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya 

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "


Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".


p/s: Artikel tahun lepas...

Wednesday, March 7, 2012

Hidup Untuk Kehidupan

Sebuah pagi yang cerah..
Terpancar musim bunga yang membahagiakan..
Lalu ku senyum dengan kebaikan yang kau tunjukkan..
Seperti selalu..
Kau ibarat cahaya yang mendamaikan..


*****
Pena ligat menulis, menghabiskan saki baki nota yang perlu dibuat untuk memudahkan hafalan.
Satu demi satu helaian kertas ditarik. Fuh, banyaknya nota. Sempat ke hafal ni. Exam 3 hari lagi.
Kepala semakin sakit. Kerja banyak lagi yang belum disiapkan. Tensionnya!!!


"Sakinah, kau tahu apa perkembangan Syria sekarang?"
Tersentak Sakinah apabila pintu biliknya dikuak tiba-tiba. Apa kena minah sorang ni, tiba-tiba tanya soalan ni.
"Aku dengar makin agresif si Basyar tu bom saudara-saudara kita kat sana."


Gulp..


"Dua ribu buah keluarga di Homs dah lari ke sempadan Lubnan untuk mintak perlindungan"
"Haah..aku ada tengok berita kat Al-Jazeeraa"
"Kau ada tengok tak video yang seorang ayah ni bawa mayat anak dia tanpa badan?"
"Err..aku takut nak tengok"
"Tengokla, moga kau bersemangat sikit nak berjihad Khamis ni"


Satu senyuman dihulur. Ikhlas. Terima kasih sahabat. Dan seperti selalu katamu menusuk tepat ke sanubari.




*****
Kau menangis sendirian..
Kehilangan mereka yang kau cintai..
Bersendirian mengadu pada kekasihmu..
Meluah resah yang tersimpan..
Ya Muhammad engkau tidak sendiri..

*****
Duduk bersimpuh di masjid. Menunggu azan sebelum ke kelas. Mengenang keadaan iman. Apa khabar iman ku sekarang? Tiba-tiba mata terpandang sesuatu yang membahagiakan. Dan pandangan itu mulai pudar.

"Enti ada masalah? Kenapa enti macam dah lain sekarang"
"Takdelah..ok je" Pandangan mata dilarikan.
"Tak. Macam takda semangat. Dah tak macam dulu"
'Kalaulah engkau tahu'

Mata berkaca-kaca.

"Enti boleh kongsi dengan ana." 

Berjuang hanya setitik nila, diuji sedikit ujian, sudah mula berkeluh kesah. Kawan di kiri kanan tiada yang membahagi simpati sudah mula berkecil hati, lantas rajuk membawa diri ke medan kealpaan, mula mencari kepuasan dimensi lainnya, maka saat iman mula menjerit kesakitan, adakah tiada yang sudi menghulurkan tangan? 


"Nanti ana dah bersedia, ana cerita ya"
"Ana tahu apa yang enti lalui sekarang,ana juga pernah lalui, ana cuma nak bagitahu, kami semua sentiasa menunggu enti kembali seperti dahulu.SEMANGAT =) "

Terima kasih kerana menghulurkan tangan sahabat.


Papp! Bahu disentuh..aduh, nak bunuh orang ke ni.
Lukisan kenangan itu hilang.

"Oit cik kak, berangan apa sorang2?"
"Kan best kalau ada yang hulurkan tangan sekarang"
"Ha?? cakap apa tadi?"
"Eh takda apa2. Tengok dua orang anak Arab tu. Comel " 

Di sana mereka sama-sama pernah melalui zaman kita ibarat satu banggunan yang kukuh, saling menguatkan antara satu sama lain ~ As-soff-4

*****

"Pelikla, macam mana ada orang begitu commited study? Aku study sejam pun dah tak senang duduk"
"Tu sebab diorang rasa diorang gain something dari apa yang dibaca, bukan untuk exam semata-mata, tapi sebab passion"
"Patutla aku tengok sorang member aku ni asyik melekat kat buku ja. Dari zaman sekolah kot"
"Kau nak tips belajar tak rasa jemu tak?"
"Nak3"
"Ubah cara berfikir kau"
"Ubah cmne"
"Setiap saat kau study tu, jangan pikir apa kau dapat kat dunia, tapi kau pikir setiap saat yang kau habiskan tu sebagai ibadah.Kau bayang setiap saat tu Allah redha dengan kau"
"Woh..sampai cmtu."
"Saje je hihi..but who knows. Dunia kan ladang akhirat =)"
*****

Langsir putih akhirat itu tersingkap.
Di ikat kemas.
Bila ditarik,
Terlihatlah dunia.
Dan mereka sedar, dunia ini.
Rupa-rupanya hanya sebuah mimpi.

Terus berlari-lari ke atas gunung.
Melaungkan,
"Islam itu tinggi! Islam itu tinggi"
Terasa amat letih, amat lesu.
Mereka tetap menarik senyum.
"Demi redha Allah, demi redha Allah.."

*****
Ketenangan ada di sini
Tak jumpa kerana kau tak mencari
Kebahagiaan tersirat di hati
Tak rasa kerana kau tak menghayati

p/s: ada sape2 nak hulurkan tangan ..? ^_^