Tuesday, September 28, 2010

Metafora Jiwa Insani~


LELAKI ITU..

Biarlah dia seorang yang buta

Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya


Biarlah dia seorang yang bisu

Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran


Biarlah dia seorang yang bakhil

Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliq-Nya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia


Biarlah dia seorang yang papa

Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah.




SEORANG GADIS ITU..


Seorang gadis itu..

hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya,

cinta untuk diberi..cinta untuk dirasa..

namun manjanya bukan untuk semua,

bukan lemah, atau kelemahan dunia..

ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong,

pahlawan-pahlawan dunia..begitu unik tercipta,

lembutnya bukan lemah,

tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah..


Seorang gadis itu..

bisa seteguh Khadijah,

yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya,

teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya..

bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara,

dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,

dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah..


Seorang gadis itu..

perlu ada yang membela,

agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara..

dengan kenal Rabb-Nya, dengan cinta Rasul-Nya..

dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya,

dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua Rasul-Nya,

dalam ketaatan penuh setia,

pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya..


Seorang gadis itu..

yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman,

era hidup perlu berdikari..

dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah,

cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah,

dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista,

hanya kerana dunia memperdaya..

kerna seorang gadis itu,

yang hidup di zaman ini..

perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya,

dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama..

dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya,

dalam perjuangan menggapai cinta,

nikmat hakiki seorang hamba,

dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan,


Seorang gadis itu..

anugerah istimewa kepada dunia.

p/s: yang tersurat itu tersirat..yang tersirat itu tersurat..

Friday, September 17, 2010

Kaca mata Syariah

 Syariat Allah Mendidik Manusia









MANUSIA dilahirkan dalam fitrah, dan sesuai menerima sesuatu pembalasan atau nikmat sesuai dengan fitrah kejadiannya. Penciptaan setiap yang hidup adalah mengikut sunnah Allah yang telah dipatri serasi dengan perjalanan alam, semua berhubung antara satu sama lain.

Kita perlu sedar, apa sahaja yang disyariatkan oleh Allah Taala sepertimana terkandung di dalam Quran adalah bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Kegerunan yang lahir bukan disebabkan kerana terasa kejam setiap hukuman dikenakan, tetapi kurang gerun kita kepada Tuhan Pencipta semesta alam. Bila sahaja ada pihak yang tegar menegakkan hukum Allah ini bermacam-macam alasan yang dibuat.

Kenapa saya berkata sedemikian?

Diri kita, lebih jauh mengjangkau sistem yang lahir hasil ciptaan manusia yang berani melawan sistem yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi s.a.w ketika mengepalai Kerajaan Islam Madinah. Cara kerja kotor ini telah diperluaskan dan ditanam jauh ke dasar dalam sistem cara hidup manusia. Pusat-pusat pengajian diajar sistem ini, silibus-silibus sekolah mendaulatkannya.

Penjajahan kotor ini bukan sahaja mengubah sistem politik, sosial dan ekonomi Islam kepada sistem ciptaan manusia, malah penjajah turut berjaya melahirkan umat Islam yang berfikiran penjajah melalui sistem pendidikan yang begitu memberi kesan besar hingga hari ini. Kerana itulah pada awal kewujudan sekolah aliran Inggeris ianya ditentang oleh golongan ulama’ terutama dari aliran pondok dan sekolah agama.

Golongan ulama’ ini telah nampak bahawa matlamat pendidikan Inggeris bukan sahaja menjurus ke arah memberi pendidikan secara formal tetapi turut menanam pemikiran agar lebih yakin kepada sistem penjajah berbanding Islam. Paling parah meracuni pemikiran umat Islam bahawa Islam hanya perkara yang berkaitan dengan ibadat khusus sahaja seperti solat, puasa, haji dan zakat tanpa mempedulikan masalah sosial, perundangan, politik, ekonomi dan sebagainya.

Pemikiran yang dikenali sebagai sekulerisme ini terus subur dalam diri umat Islam di negara ini dari dulu hingga kini dan ia semakin membarah sehingga suburnya fahaman Islam Liberal walaupun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Oleh itu, hasil daripada pembawaan agama penjajah telah menyebabkan lahirnya begitu ramai umat Islam tidak lagi yakin kepada sistem Islam dan apa yang lebih malang lagi betapa ramai umat Islam yang telah murtad secara terang-terangan dan berani pula mencabar melalui mahkamah sivil untuk menukar agama.

Sistem penjajah semakin dijulang ketika sistem Islam semakin terhakis. Sistem penjajah menjadi pujaan ketika sistem Islam dijadikan bahan cacian, sistem ciptaan manusia dijadikan suatu kebanggaan manakala sistem Allah didakwa punca kemunduran.

Umat Islam lebih berbangga dan gembira berada di bawah sistem penjajah yang telah menghina bangsa mereka dunia dan akhirat.

“Kalau setiap hari orang mencuri dipotong tangan, alamatnya hari-harilah kita makan sup tangan” 

“Daripada batu dibuat rejam pesalah zina, baik dibuat rumah banglo besar”

Apakah ada yang peduli? Tepuk dada tanya Iman.

HIKMAH TERSIRAT

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” al-Maidah (5:17)

Hanya hudud yang mampu menyelesaikan masalah jenayah. Negara barat terlalu takut dengan hudud, mereka bimbang Islam akan naik jika ada negara Islam yang menjalankan hukum hudud dengan betul serta mengamalkan sistem pentadbiran Islam, sebab itu mereka sentiasa memburuk-burukkan imej Islam dengan menggambarkan agama suci ini ekstrim.

Hudud adalah ubat terbaik untuk masyarakat yang kian parah dalam kerosakan.

Apa yang menghairankan, hukuman sivil tidak pernah pula sesiapa yang mempertikaikan walaupun hakikatnya lagi kejam. Ada yang beralasan, Hudud perlu diberi faham kepada masyarakat baru boleh dilaksanakan, namun undang-undang sivil yang ada hari ini, berapa keratkah dari kita yang memahaminya?

Kengerian hudud itulah tujuan sebenarnya diadakan. Melahirkan takut pada hati-hati yang ingin berbuat dosa. Belum difikirkan lagi kengerian hukuman neraka yang sudah tentu tidak terjangkau oleh akal manusia.

Jenayah seperti zina, arak, dan jenayah lain berleluasa menjadi perkara biasa kerana sudah tiada lagi rasa takut dalam hati-hati manusia. Bagi manusia yang lemah Imannya, kengerian hudud adalah antara satu peringatan terakhir yang kuat.

Allah Taala sentiasa berkomunikasi dengan para hamba-Nya, lebih cepat Tuhan berkomunikasi bilamana kita berjaya menolong agama-Nya. Allah Taala tahu apa yang terbaik buat para hamba-Nya.

Kita ini adalah makhluk. Makhluk sifatnya adalah ciptaan, daripada tiada kepada ada. Mestilah ada yang menciptanya, sudah pastilah yang pencipta itu Dzat lebih hebat, bijaksana, sempurna, serba-serbi tahu pasal bahan ciptaanya.

Seorang jurutera yang mencipta kereta, pastilah jurutera itu lebih pandai pasal kereta yang diciptanya sebab dia yang ciptakan kereta itu dengan segala kecanggihan model terkini, sudah pasti didirikan dari tiada kepada ada. Dia tahu selok belok, bahan sesuai dan sebagainya sebab dia mencipta, kalau jadi begini buat ini, jadi itu buat itu dan sebagainya.

Apatah lagi kita bahaskan tentang keupayaan Allah Taala, dan sistem yang dicipta oleh-Nya, untuk mendidik bukan mendera.

DEKAT DI HATI

Hati itu milik Allah. Ketakutan itu hadir bila kesedaran pada hukum Allah Taala. Hati itu mudah berbolak balik, sekali didekatinya pada kebaikan, sekali jatuh pada keburukan. Hanya teguran Allah yang menyelamatkan.

Membezakan antara fitrah hukuman Allah Taala dalam mendidik hamba-Nya dan kekejaman hukum ciptaan manusia yang dangkal.

Bila hukuman Allah Taala dibelakangkan, bila pertimbangan nafsu diletakkan di hadapan maka yang mulia jadi terduduk, yang bermuka sesat terus nampak warna keburukannya. Manusia lawan Allah Taala, hukum manusia lawan hukum Allah Taala. Manusia yang bertuhankan diri, dan membelakangkan Allah. Manusia yang berajakan nafsu, dan dipejamkan mata akan panduan dan seruan Allah Taala (al-Quran).

Benar, Islam itu kotor bukan kerana kotoran yang terpalit dari luar, namun kekotoran itu terzahir akibat manusia Islam yang bergelar muslim hilang muslimnya. Ini adalah pemahaman dakwah yang terus di serukan. Ini peluang pentas dakwah perlu terus dicerahkan dan dilaksanakan.

Dengan mengenal diri akan mengenal Pencipta, iaitu Allah Taala. Hati ibarat cermin melihat segala rahsia-rahsia dan segala hikmah alam yang tersurah mahupun tersirat dan mengenali Dzat Maha Agung ini. Dari hati akan membawa kepada 
The Ultimate, iaitu Allah Taala. Hati membawa kepada asal (fitrah), iaitu pencipta kita. Tanpa Allah Taala tiadalah kita.

Tanyalah hati kecil kita, siapakah kita, dan di manakah kita dikembalikan kelak.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “
Sebagai sunnatullah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnatullah” al-Ahzab (33:62)


p/s: Dipetik dari blog seorang sahabat..semoga mendapat manfaat bersama

Apa nak jadi dengan negara..

Kepekaan Yang Dibius







MALAYSIA tanah air ku tercinta, setiap masa saban tahun negara mengalami revolusi dari struktur pembangunan dan pentadbiran. Kemampuan negara bersaing dengan negara maju lain dianggap sebaris dan boleh menghasilkan sumber ekonomi sendiri berkelas antarabangsa. Namun di balik kemajuan yang menjadi kebanggaan semua, negara kita juga terpalit dengan isu sosial yang cukup hebat. Tanpa pengawalan dan penerapan nilai murni, kemajuan tadi begitu pesat bersaing dengan keruntuhan moral di kalangan masyarakat, hingga pada suatu masa masyarakat dilihat hilang sensetiviti kepada merebaknya penyakit sosial yang berkudis ini.

Kalau dijadikan bahan perbandingan, penyakit berkudis ini bisa membawa kepada kematian dan lebih parah boleh berjangkit dengan sesiapa sahaja yang kurang anti-biososial ini, berupa iman. Kes berprofil tinggi dilaporkan sejak seminggu dahulu, kehilangan jutawan kosmetik bersama tiga orang lain yang dikaitkan kes pembunuhan semalam. Pedih dan sedih menatap akhbar harian bernama, sungguh memalukan. Tanyalah, siapa sepatutnya dipersalahkan... sedangkan undang-undang telah pun diwartakan namun masih tidak menimbulkan kegerunan di kalangan rakyat, mana puncanya kalau bukan kerana sistem yang ada tidak memenuhi piawaian fitrah manusia.

Oh Malaysia ku, Allah Taala jua tempat mengadu...

Tuesday, September 14, 2010

I've got Tears In My Eyes~

~ Air mataku~

Mata ini...sudah lama tidak kebasahan...Hakikatnya, aku sedih...dimanakah air mataku?dimanakah air mata taubatku?? dimanakah air mata keinsafan yang dahulu sering membanjiri pipi ini...??? Ya Allah, adakah hambaMu ini telah menjauhiMu..? Ya Allah, aku mohon air mata yang takutkan azabMu... Ya Allah....bantulah aku dalam usaha meningkatkan keimanan terhadapMu.. Ya Allah...betapa kerdilnya diri ini, betapa hinanya diri ini.. Ya Allah, Lindungi aku dari segala malapetaka dan kerosakan.. Thabatkan diriku dalam jalan ini.. Kuatkan aku ketika aku lemah, Bantu aku bila aku buntu, Istiqamahkan diriku untuk beramal kepadaMu, Ingatkan aku tika aku alpa... Kurniakan aku insan yang mendekatkan aku kepadaMu.. Rabbi yassir wa la tu assir..permudahkanlah segala urusanku..Diri ini sedaya upaya menangis kerana sudah air mata yang merindukanMu sudah lama tidak menitis.

Rasulullah S.A.W telah bersabda,

“Bahwa tidak akan masuk neraka orang yang menangis karena takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril mengumumkan," telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

Dalam sebuah kitab lain, Kitab Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyala api yang sangat menggerungkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Ketika mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kemarahan api neraka dengan nyala apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyala api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah), kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung menuju umat Nabi Muhammad, Rasulullah berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang dari umatku yang ahli sholat, demi hak orang-orang dari umatku yang ahli sedekah, demi hak orang-orang dari umatku yang berpuasa, supaya engkau kembali.”Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mau kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”.Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril . “Wahai Jibril, Air apakah itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang-orang di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api neraka itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.Setelah itu bersabda Rasulullah S.A.W, ”

Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis karena takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemukannya air mata.”

~Jom ubah persepsi diri :) ~


Salam..masih lagi dalam mood lebaran?? lupakan seketika,kerana ada sesuatu yang ingin ana kongsikan bersama..Seringkali kita tertipu dengan persepsi diri kita tentang sesuatu perkara dan perkara sebenarnya yang berlaku..tak percaya?? Jom kita check!!


1)Siapakah orang yang sibuk?


Persepsi diri: orang yang masanya sering di isi dengan aktiviti/program; kita jarang nampak orang tersebut meluangkan masa bermain dan berehat.


Yang sebernarnya: Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


2)Siapakah orang yang manis senyuman nya?


Persepsi diri: orang yang apabila dia senyum semua senang dan suka untuk melihat senyumannya.


Yang sebenarnya: Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


3)Siapakah orang yang kaya?


Persepsi diri: orang yang mempunyai banyak harta kekayaan, rumah besar, dll.


Yang sebenernya: Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



4)Siapakah orang yang miskin?


Persepsi diri: orang yang hidup serba kekurangan, tidak cukup makan, dll.


Yang sebenernya: Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang adasentiasa menumpuk-numpukkan harta.


5)Siapakah orang yang rugi?


persepsi diri: orang yang tidak mengambil segala peluang yang ada di hadapannya.


Yang sebenarnya: Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


6)Siapakah orang yang paling cantik?


Persepsi diri: orang yang mempunyai muka yang bersih, bibir semerah saga, hidung mancung, dll.


Yang sebenarnya: Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


7)Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?


Persepsi diri: orang yang mempunyai rumah berekar-ekar luasnya.


Yang sebenarnya: Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


8)Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?


Persepsi diri: orang yang mempunyai rumah yang terlalu kecil


Yang sebenarnya: Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang matitidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


9)Siapakah orang yang mempunyai akal?


Persepsi diri: orang yang mampu membezakan baik dan buruk.


Yang sebenarnya: Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.




*Ubahlah persepsi kita! jadilah AGEN PERUBAH yang merubah segala yang MAZMUMAH kepada MAHMUDAH!! renung-renungkan dan salam juang!!

Tuesday, September 7, 2010

~Aku Dikhitbah~ Bahagiakah Aku?~

Assalamualaikum. Pasti pembaca sekelian (khususnya sabahat2 yang mengenali diri ini) terkejut dengan berita ini. Mohon maaf kerana tidak memberitahu dan menjemput kalian. TETAPI, minta teruskan pembacaannya..terima kasih.
___________________________________________________________________________

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

edited from: iluvislam
___________________________________________________________________________

Ini bukan kisah hidupku. Namun, aku yakin dan pasti, aku bakal menemui Hari Bahagia itu. Tapi adakah dengan jalan cerita yang sama???? Ayuh fikirkan!

Hati sedih berbaur pedih jika ia berlaku dekat denganku..Adakah ia sama dengan kehidupan yang sedang anda lalui..Bangga aku dengan Insyirah, apabila dia telah disahkan telah 'dikhitbah', dia semakin mendekatkan diri padaNya.

Apabila kita menyingkap tirai kehidupan reality, ada, apabila seseorang dikhitbah sebegitu, orang itu mahu menghabiskan masanya untuk 'enjoy', menghabiskan masa bersama kawan2, makan sepuas2nya. Kerana berfikir bahawa selepas ini, tidak akan ada masa lagi untuk semua itu-putus asa dengan kehidupan dialam selepasnya. Dimanakah kita??? Semoga Kisah perunangan Insyirah ini dapat dijadikan pedoman..

Fikirkan: Adakah kita telah 'dikhitbah'? ya, mungkin tanpa pengetahuan.. Sangat sedikit yang mengetahui akan waktu itu.. Semoga sama-sama kita membuat persedian untuk 'hari bahagia' itu..Jangan ditunggu hari itu untuk beramal dan mendekatkan diri padaNya. Jadikan QURAN sebagai teman sepanjang masa dan dimana jua. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberi hidayah kepada kita semua. amin

p/s: Artikel ini dipetik dari blog seorang diari muslimah..Semoga ada mauidzoh yang dapat kita renung2kan

Sunday, September 5, 2010

Aku

Muhasabah Ramadhan

Menjadi diri sendiri itu terasa sulit,tetapi itu yang terbaik...
Menjadi diri sendiri itu terasa kekurangan,tetapi itu suatu kenyataan...
Menjadi diri sendiri itu membuatkan kita ceria,bila hati mula belajar menerima...
Oleh itu, belajarlah menerima hakikat iaitu,Apabila fantasi menjadi hakiki,
Semua yang goyah akan menjadi pasti


p/s: copyright from adik madihah