* short n simple story .another story of balik kampung..
Rasanya sahabat2 yg mana kampung jauh dari kampus maklum dah suka-duka perantau ilmu nak balik kampung..tambah2 sahabat PAKSU..highlight sikit PAKSU.. Rasanya ni lagi 1 pengalaman kami balik kampung..nama pun bulan puasa..maka mencabar sikit la ujian nya...
Nak balik on the spot ni memang kena berani tanggung risiko la..habis kelas 11.30 pg.masa tu lah baru buat keputusan nak balik rumah...kenapa? ha sebab jeles tengok semua orang pakat nak balik la..duit bukan ada pun time ni..tinggal Allah dan Rasul ja..walau mcm mana pun,tak kira,nak bukak posa dengan family jugak..nak tarawkh kat msjd zahir jugak...(mcm la x sempat dah tunggu hbh exam nanti..haha)
Men ikut ja trip yang nak ke Tanjung Malim..tapi nasib malang,,tiket bas habis..huhu..yang ada pun pukul 8 malam..jadi terpaksa bertukar destinasi ke Bukit Jalil..tapi 1 masalah..tak reti nak pergi sana..aduh2x....tiket pun x konfem ada ke tak lagi..berbekalkan tawakal n keazaman yang nak balik jugak tak kira mcm mana pun,maka kami pun redah je lah..tanya2 orang sikit peta ke Bukit Jalil tu..akhinya sampai la jugak..kalau nak cerita apa yg terpaksa dilalui sblm smpai B.J memang panjang n mencabar..tp redho ja la...
Sebenarnya hati ni risau kat adik2 Perak yang turun Tj.Malim ni sebab tiket ke Ipoh and so on dah habis..jadi nak tak nak terpaksa la ambik bas lompat..sabar la ya..doa ja mengiringi kalian..
Sesampai nya di stesen bas Bukit Jalil...
Memang banyak la ulat tiket time ni,tapi kena pandai2 la nak hidup..jgn terpedaya ..
Kisah nak beli tiket,tapi semua pitih pakat xcukup jadi terpaksa la buat catuan...semua pakat keluarkan duit yang ada dalam dompet masing2,campur2 duit,tolak darab bahagi ,korek envelop duit raya tahun lepas,tengok duit celah2 buku,akhirnya cukup jugak duit nak beli tiket..Alhamdulliah selesai..syukur Ya Rabb..TAPI ...Alamak!! Masalah2x...tiket hanya ada 4 sahaja..sedangkan kami 5 orang..waa nak buat macam mana ni..bukan senang nak dapat tiket transliner time2 cmni..pikiaq punya pikiaq akhirnya sorang sahabat yang turun di Sg Petani amik bas lain memandangkan bas trans bukan singgah S.P pun..maka terpisah lah kami berempat...ait mana sorang lagi..tadi kata 5?? ha,sorang lagi sesat sampai Pudu..apa dia cari kat Pudu pun tak taw la..
BAs ke A.S bertolak jam 4.30 petang..tapi sahabat yang tersesat ke Pudu ni xsampai2 lagi..berpuluh mesej dan kol dah...pakcik bas pulak duk panggil naik dah..hai kecut perut..satgi ada yang kena tinggal..Tepattt 4.30 petang....nasib baik la beliau sampai jugak..fuhh..suspen betul...mcm drama melayu ja..
Seperti sedia maklum ..iftor kali ni atas bas ja la...makan roti sahaja la..air pun 1 botol share 4 orang..nak buat macam mana kan..tu ja duit yang tinggal...takpa,balik rumah kita qodo ya kawan2x.. :)
Cukup lah cerita sampai di situ sahaja..Apa pun perjalanan kali ni memang best..1 lagi pengalaman yang Allah anugerahkan kepada Geng PAKSU!!..Salam Ramadhan..Selamat berpuasa!!
Sunday, August 15, 2010
Special post this month
Ya ALLAH...
Rindunya aku padanya..
Antara dua belas yang kukenal..
Dia yang paling istimewa..
Sungguh istimewa..
Tidak kunafikan..
Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..
Adakah dia rindu untuk menemuiku?..
Rindukah dia kepadaku?..
Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..
Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..
Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..
Terkadang hatiku tidak tulus..
Sedangkan dia Kau kurniakan..
Dia yang Engkau tentukan..
Yang mentarbiyah aku..
Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..
Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..
Membersihkan hatiku dari noda yang silam..
Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..
Berdosanya aku..
Rindunya aku padanya..
Antara dua belas yang kukenal..
Dia yang paling istimewa..
Sungguh istimewa..
Tidak kunafikan..
Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..
Adakah dia rindu untuk menemuiku?..
Rindukah dia kepadaku?..
Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..
Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..
Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..
Terkadang hatiku tidak tulus..
Sedangkan dia Kau kurniakan..
Dia yang Engkau tentukan..
Yang mentarbiyah aku..
Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..
Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..
Membersihkan hatiku dari noda yang silam..
Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..
Berdosanya aku..
ALLAH Ya Rahim...
Ampunilah aku..
Berikanlah aku peluang kali ini..
Untukku membetulkan apa yang aku silap..
Menampal mana yang terkoyak..
Aku rindukan dia Ya ALLAH..
Sebelum mataku rapat terpejam..
Izinkan aku bertemu dengannya..
Ramadhan...
p/s:Adakah Ramadhan kali ini masih sama atau berbeza.Anda menentukannya~Selamat Beribadah
Subscribe to:
Posts (Atom)