Tuesday, March 30, 2010

Hakikat kejadian diri...

Dia berjalan-jalan di tepi asrama, melintasi dorm-dorm yang pelbagai penghuninya juga pelbagai ragamnya. lalu tergerak hatinya untuk memasuki sebuah dorm yang berada di hujung asrama Z8 itu.

Diperhatikan bilik demi bilik, ada yang study, ada yang tidur, ada yang bermain game, ada yang berbual-bual, ada yang menonton movie, ada yang makan, ada yang membaca komik, ada yang sibuk bermain facebook dan sebagainya.Namun, di penjuru bilik itu, kedengaran bunyi santunan ayat-ayat Al-Qur'an yang sungguh merdu sekali, iramanya bagai mengusik jiwa, terasa gementar untuk dia menjengau melihat insan manakah yang menghuni penjuruan bilik itu.

semakin dihampiri semakin tajam kesan pukulan bacaan kalam suci itu, dia sudah biasa mendengar orang membaca Al-Qur'an di surau-surau dan masjid-masjid, juga di dalam mana-mana majlis. Pun begitu, yang kali ini lain sekali penangannya, apakah ini, jauh di sudut hatinya bercampur sangka-sangka yang pelbagai..

Perlahan-lahan dia mengintai melalui sebuah lubang kecil yang terbentuk antara langsir yang menutupi pintu masuk bilik tersebut..Alangkah terkejutnya dia, rasa seperti hendak gugur jantung dari "medial mediasternum"nya, Subhanallah!!!...

dia pengsan..........

lelaki yang sedang asyik mengaji itu mirip wajahnya, bahkan serupa, tiada bezanya.

lalu kehadirannya disedari oleh lelaki itu. Lelaki itu mendekatinya seraya menyapa " Duhai sahabatku, mengapa kau rasa takut, adakah kau tidak kenal aku?" soal lelaki tersebut lembut

"se..siapa engkau?, aku tidak kenal kau? " dia bertanya dengan sedikit gugup.."kau tanya siapa aku? pernahkah kau bertanya pada diri sendiri akan soalan yang sama tentang dirimu..siapakah dirimu dan untuk apa kau dihantar ke dunia ini?...sahabatku nampaknya kau masih belum kenal akan diri sendiri, lalu bagaimana kau mahu mengenal Tuhanmu" nada lelaki itu sedikit tinggi

dia makin keliru dan tidak mampu berkata apa-apa, jauh di benak hatinya membenarkan apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut, selama ini dia langsung tidak pernah memikirkan siapakah dirinya dan mengapa dia wujud di dunia ini, dia hanyut dengan putaran dunia, dia tertipu...

"Sahabatku, ketahuilah akan hakikat kejadian dirimu,sesungguhnya tiada yang wujud melainkan wujudnya Allah" lelaki itu bersuara lagi sambil memberikan Al-Qur'an yang dibacanya kepada dia

dengan berhati-hati dia mengambil kitab suci dari lelaki tersebut sambil merenung tajam akan wajah lelaki itu, walaupun serupa tetapi wajahnya penuh bercahaya "Ya Allah, apakah gerangan manusia ini, siapakah dia sebenarnya.." bisiknya dalam hati

lalu perlahan-lahan dia menagmbil mushaf Al-Qur'an yang berwarna putih itu dan membukanya..rasa sebak yang entah dari mana tiba-tiba datang menyelubungi diri sebaik sahaja merenung ayat-ayat Kalam Allah 'azzawajalla yang mulia tersebut...

menitis air matanya...

dia tersedar!!..Ya Allah, astaghfirullahal 'azim,mimpi rupanya...didapati Al-Qur'an pemberian lelaki tadi benar-benar berada di pangkuan tangannya, jantungnya berdegup kencang.....

Allah....

Ya Allah beratnya ujian yang Kau berikan untukku..aku xkuat Ya Allah..bantulah aku...

Wednesday, March 24, 2010

Cinta vs cinta???

Bismillah.

Saya tak tahu sama ada penulisan saya ini akan membuatkan sesiapa terasa. Tetapi kalau ada yg terasa ini entry utknya, simpan2 dalam hati jela dan mari sama2 kita ambil pelajaran.

Saya tak tahu bagaimana nak memulakan entry ini walaupun saya ada beberapa benda saya nak sampaikan di sini. Saya sebenarnya letih bercakap tentang isu ini, tetapi nampaknya ada juga yg masih dibelenggu perkara ini dan masih tak faham2.

CASE STUDY 1:

Saya pernah di-add (ape istilahnya ya dalam BM?) oleh seorang adik di friendster, waktu zaman2 menggunakan friendster dulula. Adik ni perempuan. Umurnya belasan tahun. Mungkin 13 atau 14. Saya tak berapa ingat. Lebih muda dari adik bongsu saya agaknya. Saya memang tak kenal siapa dia dan dia pun tak kenal siapa saya kot. Tak tahu mana dia cari saya. Hem. Saya rasa dia tidak membaca entry ini. Kalau terbaca, minta maaf la. Saya tidak sebut nama anda di sini.

Yg agak berlegar di kepala saya apabila melihat profile friendsternya itu penuh dengan ungkapan2 cinta, meminta utk dicintai, bubuh gambar tu toksah cakap..habis posing, ungkapan2 cinta, gambar2 cinta, semua nak diletakkan. Saya scroll di bahagian comment, memang ramai lelaki memberikan comments padanya. Klik tutup. Saya berfikir kembali, agaknya berapa ribu..atau juta adik2 di luar sana yg seperti ini?



Saya mula berfikir, semasa saya sebaya dengannya 8-9 tahun yg lepas, kami pun mcm ni ke? Mungkin ya. Mutahil masa zaman sekolah dahulu tak pernah terfikir bab bercinta, dikasihi, jantina berlainan ni? Tapi bila dah semakin dewasa...otak mula memproses.. "memang b.o.d.o.h kalau desperate cinta dikala umur sebegitu muda". Tolak hal tua muda. Yang dah konon2 tua (20an) ni pun lagaknya tak kurang hebat..

Saya tambah berfikir, desperate sangatkah manusia2 ingin dicintai dan dikasihi ini??? Saya akui memang fitrah manusia sebegitu. Tetapi dengan memaparkannya pada khalayak ramai, itu apa ertinya?? Lagi2 seorang perempuan. Itu sprt menjerat diri sendiri ke dalam umpan agaknya atau merelakan diri dibaham oleh binatang2 yg sedang rakus dan tidak berperikemanusiaan di luar sana?



Mula2 kata "ala..rilek la..internet je pun..". Ya rileks la sekarang. Esok2 dah bila kena ayat sampai cair, number telefon pun bagi, alamat pun bagi, ajak tengok wayang, pegi jalan2 kat shopping complex, akhirnya dibawa ke semak samun..nauzubillah! Kalau tak dibawa ke semak samun pun..dosa masih masuk dalam akaun ya~

Malah zaman sekarang melihat adik2 ni..semakin bangga pula bercinta & berkapel. Sebolehnya dalam blog tu nak tulis segala isi hati dan meluahkan cinta yg melalaikan ini?



CASE STUDY 2:

Seorang yang telah hampir patah harapan pada kekasihnya telah berkata kpd saya

"Allah tu tak adil..selalu bagi jadi mcm ni. Aku dah solat, dah doa setiap kali, aku puasa, aku buat apa yg Allah suruh..tapi asyik2 jadi mcm ni. Aku rasa mcm Allah berlaku zalim pada aku".

Bila saya tegur "apesal pulak ckp mcmtu? kalau kita tak buat ikut apa yg Allah mintak kita buat..mcm mana Dia nak tolong?"

Jawapannya "ko ingat aku nak sangat ke jadi mcm ni? mmg kalau boleh aku nak kawin dengan dia..tapi dah jadi mcm ni.."



Yg saya pelik, bukan kali pertama..tapi kali ke..entah. 2 atau 3. Agaknya terlalu memberi harapan.

No wonder saya pernah dengar cerita dari Ummi Ros, ada seorang perempuan yg telah bercinta dan putus sampai 4 kali...dah pulak tu putus kali ke-4 tu badannya dah diserahkan kpd si jantan tidak bertanggungjawab, akhirnya melacurkan diri dan mendapat pendapatan beribu2.

Saya menyambung kembali "kan Allah bagi kita choice utk buat pilihan..kenapa kita nak buat pilihan mcm ni? ko ade pilihan utk buat yg lebih baik".



Jawapannya mudah "entah..aku rasa aku takde pilihan. lagipun dia (kekasinya la tuh) baik sangat. tak pernah ada yang baik mcm dia. ex-aku sblm ni pun tak baik mcm dia..bla2..bla2" masih memuji kekasihnya walaupun telah dikecewakan..

Puji..puji jugak. Masalah tak selesai. Kemudian, menganggu pelajaran. Nak exam..dunia kacau bilau. Kepala jadi serabut, tak boleh nak study. Perasaan malas mula datang. Bosan dalam hidup. Nak cari siapa pun dah tak tahu.

Sekali sekala terasa mcm nak bunuh diri pula. Sebab give up & kecewa punya pasal. Lebih baik takyah hidup. Lepastu mula mempersoal kenapa Allah lahirkan dirinya ke dunia. Lepastu semua perasaan lain akan datang..mungkin sekali sekala menuturkan sesuatu yg berlawanan dengan prinsip aqidah yg sebenar. Ini memang bahaya.



OK.


Cukup saya bawa 2 case study sahaja. Saya boleh teruskan tetapi entry ini akan menjadi semakin panjang. Banyak lagi kes2 cinta yg saya tengok sekeliling saya ini yg sama ada saya rasa "dia ni tak sabar nak kawen kot" atau "hem...nak main2kan perempuan pulak"


NASIHAT

Saya ada beberapa perkara jela nak sebut pada 2 case di atas. Sekiranya ada yg tergolong dalam 2 case study di atas, ini utk anda.

1. Dunia tak akan kiamat sekiranya anda tidak ada bf atau gf.


2. Cuba check balik kenapa nak dicintai & disayangi? Kalau betul sebab nak kahwin, buat cara yg islam benarkan. Kalau dah mula dengan cinta monyet, sms i love u, sayang awak, baby, busuk, miss u, rindu, bla2...(the list goes on)...itu..u better check back Allah bagi tak buat semua tuh??



3. Kpd anda yg rasa nak bunuh diri itu..ketahuilah bahawa kesengsaraan yg Allah bagi kat dunia ini masih boleh disemak dan dimuhasabah. Pintu taubat Allah masih dibuka. Tapi kalau bunuh diri, dahlah buat dosa mengasihi perempuan yg bukan marham tanpa ikatan yg sah, pastu berdosa berdasarkan larangan Allah dalam surah An-Nisaa':


"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu" - 4:29


Jangan bila dah sampai akhirat nanti, kita tengok ape hadith yg menyebut tentang bunuh diri ni katad:

"Sesiapa membunuh dirinya dengan senjata tajam, maka senjata tajam itu akan sentiasa di tangannya merobek perutnya, di dalam neraka, berkekalan selama-lamanya. Dan sesiapa yg meminum racun lalu membunuh dirinya, maka dia akan meminumnya di neraka jahannam selama-lamanya. Sesiapa yg terjun dari tempat tinggi lalu membunuh dirinya, maka dia akan terjun juga dalam neraka jahannam, berkekalan selama-lamanya". (HR Bukhari Muslim)

Mungkin kat dunia kita rasa sengsara sebentar, tetapi itu mungkin 1 titik tolak utk kita menyedarkan diri dan kembali kepada Allah. Tetapi sekiranya kita tidak serik dan masih melanggar perintah Allah, ingatlah di AKHIRAT nanti sengsaranya bukan sementara tetapi sampai bila2. Dan pada saat itu kita dah menyesal kenapa tak bertaubat pada Allah.



4. Kembali jela pada cinta Allah. Allah akan bagi jodoh sekiranya Dia mengatakan sudah tiba masanya. Dia tidak akan bagi jodoh sekiranya belom masanya. So kena la berusaha utk ikut landasan yg betul.

Kalau kita tak yakin dengan Allah, lepastu buat pulak apa yg Dia larang, agak2nya Allah nak tolong banyak mana pada kita??

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Surah An Nahl : 96)

5. Ingatlah firman Allah dalam surah Az-Zukhruf, ayat 67 yg bermaksud:


"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa."


Jadi kalau tak start bertaqwa, nescaya tidak akan bahagia di akhirat. "Hidup di dunia ni is NOTHING" kata naqibku. Hanya wayang dan mainan sahaja. Tapi kita sentiasa sibuk mengejarnya seolah2 dunia ini adalah kisah benar & realiti bagi kita.

6. Hidup ni bukan diciptakan utk cari pasangan bercinta sahaja semata-mata. Banyak lagi tanggungjawab nak ditunaikan.

Seorang sahabat saya telah mengatakan pada saya, "disebabkan manusia ni sibuk dengan dunia ini lah..sibuk dok bercinta, putus cinta, cari cinta lain..lepastu sedih2 dengan cinta, habiskan masa menangis krn cinta yg murahan, tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah..maka dunia ini kekurangan mujahid & mujahidah yg nak bela islam". yet..kita complaint dunia ni tak aman, islam ditindas, nabi dihina, quran dihina..

Kalian bayangkan sekiranya esok kita diserang oleh zoinis laknatullah (of course la dia takkan serang esok sebab tengok kita ni leka dengan dunia..piece of cake kalau serang pun), kualiti tentera mana yg akan keluar mempertahankan maruah dan kesucian islam?!




agak2 diaorg nih sempat ke nak kuar dating??

Allahuakbar..ini sememangnya tazkirah khusus buat saya. Betapa kita ini masih lagi dibuai mimpi yg indah & hidup senang lenang..sampai boleh memikirkan hadiah apa nak dibeli utk awek, lokasi dating seterusnya, bila nak berjumpa & bervideo2 di telefon lagi..hem.

7. Marilah sibukkan diri dengan Allah. Serious. Kalau selama ni anda allocate masa utk manusia berjam2, kena la allocate utk Pencipta kita yang Maha Agung, Maha Pengasih, Maha Memberi Rezeki ini lebih2 lagi. Allah memang tak perlukan kita, but we do need HIM!


Divert rindu2 dan cinta anda kepada Allah. Saya petik dari blog kawan saya, Lud, yg beliau telah ambil dari IBn Qayyim al-Jauziyah, tips2 nak merawat perasaan rindu pada selain Allah:

* Sibukkan diri beribadah kpd Allah & mintak Allah sembuhkan penyakit rindu tuh
* Jaga pandangan mata (hem..yg dok simpan gambar2 tu kan =D )
* Cuba sedaya upaya utk melupakan kekasih larangan anda dari ingatan
* Menyibukkan diri dengan amal soleh
* (tambah sendiri) Sibukkan dengan kerja2 lain, selalu lepak dengan kawan2 yg soleh/solehah, jgn ponteng usrah!



berukhuwwah kerana Allah boleh menyalurkan cinta yg dibenarkan dlm islam~

9. Pada yang dah terlajak bercinta..kalau tak serious tu, elokla berhenti je. Kalau tak boleh berhenti, elokla cari solution nak kawin mcm mana. Cepat2 elakkan saham dosa bertambah pula. Saya berckp mcm ni atas dasar kasihkan sahabat & adik2 di luar sana. Sungguh kalau saya tak ckp begini, saya akan menyesal di hari akhirat kelak..


Okelah..panjang sangat dah. Harap bermanfaat. Saya mintak maaf sekiranya membuatkan sesiapa terasa hati. Semoga Allah ampunkan saya dan menjaga hati saya juga.

p/s : Insaf2x~


Wassalam

Wednesday, March 17, 2010

Kerana lelaki dan perempuan dicipta untuk satu sama lain

Artikel ni ana ambil dari sebuah blog masa tengah blogwalking..quite meaningful..jadi wahai wanita,muslimah,banat,gadis,perempuan dan sebagainya jom kita hayati bersama..(yang lelaki nak baca pun tafadhol)


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
Maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.


The best part starts here.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.


Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, Maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. javascript:void(0)

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, Maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk dadanya,
Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
dada dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,

Mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk belakangnya,
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,

Dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau meMakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada kakinya,
Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau meMakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
Maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
meMakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
umpama tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan Allah yang paling sukar untuk dijaga adalah wanita solehah


p/s:The girl that wear hijab, taking care of their aurat, solat 24/7 but, gives her body to her boyfriend is the most disgusting girl in the world, even for ringan-ringan. If you want to be the nice, be nice. If not, don't hypocrite by using all those solat, aurat and hijab." - Most of lelaki. (forum~ni pon ana copy paste jgk..he)

Sunday, March 14, 2010

Bangun2x...

Bismillahirrahmanirrahim.. selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. kekasih Allah..

"aku hambaMu yang merindukan untuk syahid bersama para mujahid
di jalan para syuhada"

Tanpa kita sedari, hari makin hari umur makin bertambah. dan apabila angka umur meningkat, maka sebenarnya semakin banyak tanggungjawab yang kita galas. Tanggungjawab dengan manusia sudah banyak apatah lagi tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada pemilik mutlaknya iaitu Allah. Tanggungjawab itu bukanlah perkara mudah yang hanya akan berakhir di dunia sahaja, malah setiap tanggungjawab itu akan ditanya di akhirat kelak sewaktu hari perhitungan. bukan mudahkan memikul tanggungjawab?? Namun, sesuatu tanggungjawab selalu dipandang remeh sehinggakan kita merasa seolah2 ianya sekadar sesuatu yang boleh dipandang ringan. Bukankah tanggungjawab itu sebagai amanah?

Banyak perkataan 'tanggungjawab' yang disebut2, namun, sejauh mana kesedaran kita terhadap perkara itu. Sedar tidak sedar, diri saya sendiri selalu leka dengan pelbagai tanggungjawab. Saya seorang pelajar, jadi saya ada tanggungjawab untuk belajar. Saya seorang anak, jadi saya ada tanggungjawab untuk sentiasa berbuat ihsan terhadap ibu bapa saya. Saya seorang hamba oleh itu saya kena sentiasa bekerja untuk Tuhan saya. Saya seorang yang mempunyai banyak tanggungjawab lain lagi sebenarnya tapi saya selalu leka. Banyak hak2 yang tidak tertunai kerana kelalaian diri sendiri.

Jika tanggungjawab yang dipegang sekarang tidak tergalas, bagaimana untuk kita galas tanggungjawab yang lebih besar? ISLAM.. ya, itu tanggungjawab yang kita perlu galas didunia untuk kehidupan di akhirat. Kalaulah hari ini tanggungjawab yang ada masih belum mampu di penuhi hak2nya, apatah lagi kalau kita katakan kita ingin bawa ISLAM.

"Islam itu adalah agama yang hebat dan tidak akan memikulnya melainkan orang2 yang hebat"


jadi, sudah hebatkah kita? Bukanlah bermakna perlu sempurna untuk memikulnya, namun kita perlulah sentiasa mengejar kesempurnaan itu kerana tiada yang lebih sempurna melainkan Allah satu2nya. tiada dua, tiga atau empat.

Tindakan kita? sentiasa muhasabah diri, mendekatkan diri dengan Allah. Bukanlah sebanyak mana amalan kita semata2 yang dikira disisi Allah , yang penting keikhlasan dan kesungguhan kita untuk menzahirkan kecintaan kita kepadaNya. Tinggalkan dahulu perkara2 yang boleh menghalang matlamat utama kita. Matlamat kita tidak sama seperti mereka, hanya mahukan kekayaan dunia. tapi kita mahukan Syurga Allah.. ya, siapa yang tidak mahukan syurga. Namun, mampukah syurga dicapai tanpa rahmat dariNya??

Firman Allah s.w.t;

والذين ءامنوا وعملوا الـصـالحات سَـنُدخِلـُهم جَناتٍ تجرى مِن تحتها
الأنـهار خـالدين فيها أبدا لـَهم فيها وَعْد اللهِ حَـقـّـًا ومَن أصدق مِن اللهِ قِيلا

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" [An-Nisa'; 122]

Ayuh, semua pemuda pemudi, kita bangkit untuk memperbetulkan diri kita. Sudah lumrah kehidupan sebagai manusia yang lemah pasti di uji dengan pelbagai perkara. Jatuh dan kembali bangkit perkara biasa, namun jangan sesekali terus rebah tersungkur tanpa mampu bangun lagi. ISLAM menantikanmu sebagai pejuang mujahid yang insyaAllah mampu menaikkan kembali syiar ISLAM.

Salah satu wasiat Imam Hassan al-Banna untuk panduan kita semua;

Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. Anda hendaklah melalui fasa bersuluk menuju keredaan Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi. Anda hendaklah mendekatkan diri anda dengan Allah Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat, antaranya sembahyang malam, puasa tiga hari setiap bulan sekurang-kurangnya, membanyakkan zikir dalam hati dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada setiap masa.

p/s; selalu leka dengan tanggungjawab yang sepatutnya digalas dengan amanah. Pelajaran itu satu amanah, menjadi seorang da'ie itu satu amanah, alQuran itu perlu dijaga sebagai amanah, dan sebenarnya terlalu banyak yang kita perlu jaga. Bantu hambaMu untuk istiqamah melafazkan ayat2 cintaMu.

Cabaran buat pada dhuat

Pernah tak kecewa bila mad'u yang kita dakwahkan tidak mengendahkan kita? geram tak? paling sakit hati bila dia perli balik 'bajet baik konon' ..

Ada 1 kisah yg pernah berlaku 1 ketika dulu..kisah sepasang couple..ada la sepasang couple ni sedang berdua-duaan di tepi tasek..maka group sahabat surau ni pun pergi la tegur~ perli~ (mungkin cara xberapa hikmah kot).Maka si lelaki ni pun teramatlah bengang..

Pastu dia pun kata 'cmni ke nk berdakwah kat orang,x berHIKMAH langsung,xhormat orang'

Fuhh !!..hebat tu,boleh jadi ustaz.sampaikan perkara maksiat yang dia buat tu jadi kecik je nak dibanding dengan cara muslimat ni tegur aktiviti diorang kat tepi tasek tu..(haiz xphm aku)manusia cmtu la,perkara yang baik ni nmpak pelik..yg xbaik tu nmpk normal ja..

Muka lelaki tadi dah semakin bengang dengan hujah2 group muslimat ni..atas faktor2 keselamatan,sebelum dia angkat kaki bek diorang cabut.tapi usaha dakwah tak terhenti di situ sahaja,maka dirojer la shbt surau muslimin yang berdekatan untuk take over.

Maka datanglah ikhwah shbt surau ni ke tempat kejadian,yang muslimat dah disuruh beredar dari situ dah.

'assalamualaikum,buat apa ni bang?'

'eh korang jgn nak masuk campur..kang aku belasah kang.nak berdakwah pun agak2 r,hormat r sikit orang.dakwah ape cmni ,perli2..bajet bagus je'
(gaya bdk ni silap hari bulan boleh bertumbuk ni..)

..ni lah antara cabaran yang terpaksa di tempuh orang yg nk perjuangkan Islam ni..baru sikit..

cuba baca kisah ni..penyuntik semangat buat para dhuat,mungkin kita perlu ubah style kita seru mad'u..kurangkan prasangka,cepat menghukum tapi lebihkan husnudzon dan kasih sayang..


Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut. Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi. “ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut. “ Emm.. insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.

Ingat ,kita hanya penyeru bukan penghukum...

wallahua'lam

KeranaMu

Entry di pagi ni kita kembali kepada main bisness kita hidup di dunia...



Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu.Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.


"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,"

kata salah seorang sahabat.


Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan

penduduk neraka."


Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu.Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam

boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah

itu.


Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya,

lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka

parah akibat ditikam oleh pihak musuh.Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya

ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam

dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung

kesakitan akibat dari luka yang dialaminya.Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah

menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan,

katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya

tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu.

Aku tidak akan berperang."


Riwayat oleh Luqman Hakim."


Duhai pejuang2... Ikhlas la dalam berjuang untuk Agama mu.. Berjuang d atas jalan yang benar mencari ilahi...

confius

Mana satu ni?? Hidup ni byk cabaran..dan kita mahu atau tidak harus tempuhinya dengan bijaksana dan penuh kesabaran..ujian itu mematangkan pemikiran..

"jangalah diminta dikurangkan ujian tetapi pintalah ditingkatkan kesabaran menempuhi ujian "(kata-kata sapa tah..lupa)

..penink2x...adui...nak sambung mana ni??

(ala lambat lg....tp kena tetapkan target dr skrg)

Thursday, March 11, 2010

........

Ini adalah untuk bacaan sdn.bhd. sahaja...nak bgtaw i'm happy today..ok thats all..

Wednesday, March 10, 2010

Kisah kanak-kanak ribena




1 kisah nak dikongsi...

lawak pun ada bila dengar cerita ni...

selebihnya fenink2..

aday....

advancenya kanak-kanak zaman sekrang..

tapi apa yang mereka faham sebenarnya???

*******
Tempat :Dalam satu kelas di sebuah pusat tuition...

Kanak-kanak A : Techear, teacher..teacher taw dak aiman suka kat Malisa
(kata seorang budak ala-ala mereport..x igt plak nama apa)

Aiman : Emh ..kami x suka kat dia aih..(sambil dok jeling ..geram kot orang
tuduh dia)

Malisa : kami pun x kebuluq kat dia..(sambil buat muka cebik..dengar dari
mana taktaw la..haha)

Aiman :kami suka kat budak kelas 2A..bwek (adoi comey la gaya budak2 ni)

Teacher : Owh..kamu suka kat lily a? (yang kebetulan satu kelas yang sama di
tempat tuition tu)

Aiman : Wua..wua..bukan ..Aiman suka kat orang len...

teacher : Sapa pulak la..

Aiman : Hehe..Aiman suka kat Nawal (muka duk ghenyih..senyum2 simpul)

Teacher : (Gulp...anak sedara aku tu)

Malisa : Ha ha taktau..esok kami nak habaq kat Nawal aih..(gaya report)

Aiman : Habaq la~ Aiman x kesah ~

*********

Ni lah cerita yang tok ana cerita masa tengah belajar masak dengan beliau...mula tu mengekek jugak gelak..Budak-budak baru darjah 2 dah pandai admire2 ni..confius2..apa mereka faham sebenarnya? apakah??? wua fenink2..

(Jap2 flashback balik,aku dulu ada dak peristiwa cmni..tink..tink..tink..owh selamat, takdak...eh ada la..haha..na~ juz kidding)

Hem tak tau nak kata apa..apa pun bimbinglah mereka supaya benda2 cmni x mempengaruhi corak kehidupan mereka..kecik sangat lagi..tak faham apa2..tak tahu apa2..hai kena jaga adik aku betul2 ni...

Apa yang merubah kanak-kanak era ini sehingga cepat benar mereka memainkan isu cmni?? mushkil.. tv kah?? orang sekelilingkah??xkn environment kot..mustahil.. biah agama dah tu sekolah tu..

Ni tak lain dajjal mata satu la ni..bukan sengaja nak tuduh..tapi memang tanpa sengaja nak tuduh pun..yahudi dah masuk dalam setiap rumah kita..very easy,very simple...buka ja tv ..emh....rancangan entah apa2 lagi..juling mata tengok..content xdak langsung..harap hiburan yang merosakkan ja..stesen tv,pantau la sikit rancangan apa yang nak dimuatkan dalam program tv hampa (tau kira untung ja,rosak anak bangsa sendiri) kerajaan pun sama,amik ihtimam la sikit pembangunan insan rakyat,jangan duk kira pembangunan non living things ja,bangunan sana-sini,duit mashuk x mashuk ..apa ni??

Hai lagi banyak membebel satgi..xpalah nak cita yang tu ja, peristiwa kelakar yang membimbangkan...

p/s: budak2 xcukup umur jgn duk gatai2 lagi aaaa.. :p

Tuesday, March 9, 2010

Pengumuman....

Pengumuman secara besar-besaran... disini ana nak minta maaf la banyak2 kat sorang sahabat ana ni..yang dah tolong ana satu benda,tapi last2 masih lagi dimarah oleh ana..minta maaf la kakak!!!! emo cikit time tuu( ada la sedikit incident yang menakutkan berlaku sebelum tu,dia pulak jadi mangsa..adeh)...tak niat pun nak marah.tapi diluar kawalan...act pertolonganmu sangat2 lah dihargai..

p/s: dah minta maaf secara besar-besaran ni..jangan ungkit2 dah ye kakakim sorry!!