Saturday, February 27, 2010

mAkan...OH..mAkan...

Pllease take note okay??

Please beware of ur eating lifestyle after this~

nAK cito cket nih~

What is the appendix?

The appendix is a fingerlike pouch attached to the large intestine and located in the lower right area of the abdomen. Scientists are not sure what the appendix does, if anything, but removing it does not appear to affect a person’s health. The inside of the appendix is called the appendiceal lumen. Mucus created by the appendix travels through the appendiceal lumen and empties into the large intestine.

Drawing of the gastrointestinal tract with the liver, stomach, large intestine, small intestine, appendix, and anus labeled.
The appendix is a fingerlike pouch attached to the large intestine in the lower right area of the abdomen.

What causes appendicitis?

Obstruction of the appendiceal lumen causes appendicitis. Mucus backs up in the appendiceal lumen, causing bacteria that normally live inside the appendix to multiply. As a result, the appendix swells and becomes infected. Sources of obstruction include

* feces, parasites, or growths that clog the appendiceal lumen
* enlarged lymph tissue in the wall of the appendix, caused by infection in the gastrointestinal tract or elsewhere in the body
* inflammatory bowel disease, including Crohn’s disease and ulcerative colitis
* trauma to the abdomen

An inflamed appendix will likely burst if not removed. Bursting spreads infection throughout the abdomen—a potentially dangerous condition called peritonitis.

Who gets appendicitis?

Anyone can get appendicitis, but it is more common among people 10 to 30 years old. Appendicitis leads to more emergency abdominal surgeries than any other cause.

What are the symptoms of appendicitis?

Most people with appendicitis have classic symptoms that a doctor can easily identify. The main symptom of appendicitis is abdominal pain.

The abdominal pain usually

* occurs suddenly, often causing a person to wake up at night
* occurs before other symptoms
* begins near the belly button and then moves lower and to the right
* is new and unlike any pain felt before
* gets worse in a matter of hours
* gets worse when moving around, taking deep breaths, coughing, or sneezing

Other symptoms of appendicitis may include

* loss of appetite
* nausea
* vomiting
* constipation or diarrhea
* inability to pass gas
* a low-grade fever that follows other symptoms
* abdominal swelling
* the feeling that passing stool will relieve discomfort

Symptoms vary and can mimic other sources of abdominal pain, including

* intestinal obstruction
* inflammatory bowel disease
* pelvic inflammatory disease and other gynecological disorders
* intestinal adhesions
* constipation




Moral of the stories..jaga makan!!!!

Saturday, February 13, 2010

Siapa idola kita?



Teringat ana beberapa malam yang lepas atau lebih tepat lagi seminggu yang lepas,di malam perasmian logo Kelab Fasilitator Darul Quran,barisan MT dan KU KEFDA ditaklifkan untuk mencari nama samaran bagi setiap diri masing-masing(ingatkan nak buat apa,rupanya ....hui suspen2x...)
Maka bermulalah episod pencarian nama samaran masing2..

Bermacam-macam nama yang keluar..ada yang nak nama Anna Altofunnisa,Syaima',Hurul Ain( which is me),Ummu Hani,Syifa', Syaima',Nusrah,Ummu Sulaim,Zinirrah pun ada,tapi ditukar kerana merasakan terlalu hebat untuk meminjam empunya nama tersebut dan macam2 lagi..nasib baik xkeluar nama Dr M.......

namun nama yang ana paling tertarik untuk dikongsi pada hari ini adalah ZINIRRAH...
Ramai antara kita yang kenali nama ini kerana nasyid yang didendangkan oleh UNIC..Ramai jugak yang tertukar antara kisah Zinirrah dan kisah Rabiatul Adawiyah..Hari ni ana nak berkongsi sedikit pengetahuan tentang kisah sebenar srikandi ini..

Jom ...

Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan
atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan.Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya.namun dia memiliki aqidah
tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam.Biarpun fizikal wanita ini
diseksa dgn berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya
tetap kpd Allah swt. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai
yg tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kpd Allah swt. Wanita
ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi
memiliki pangkat yg besar. Namun, Allah swt memuliakan dan memberi
penghormatan yg tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas
sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yg
telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yg awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa
yg memeluk Islam, tidak seorang pun bebas drpd pelbagai penderitaan, kecaman,
kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dgn
harga yg murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi
tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya drpd diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yg paling marah ialah tuannya sendiri
iaitu Umar. Siapakah yg tidak kenal dgn Umar al-Khattab yg terkenal dgn
sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperi
kemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua
belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari.
Bayangkanlah antara seksaan yg dihadapinya. Sungguh panas padang pasir
pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dgn
batu besar dan 1001 macam penyeksaan yg diterimanya..(tabah betul srikandi ini,aku cmne la?)

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya
tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah,
Allahu Akbar, Allah lah
yg Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku
membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di
akhirat ".( cepat iadah,surah apa ayat berapa ni)

Begitulah ungkapan katanya yg menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialah
matanya dicucuk dgn besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa
kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin
menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kpd org yg menyeksaku ini.(MasyaAllah hebatnya!!!)

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah
mendapat hidayah Allah swt melalui adiknya, Fatimah.
Malah Saidina Umar menjadi sahabat yg tergolong Khulafa
Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kpd pemaaf,
bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kpd bertimbang rasa, gila
dunia kpd gila akhirat.

Kembali kpd Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi
hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun
kena mengena dgn matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu
adalah dtg drpa Allah swt. Maka Allahlah yg berkuasa mengembalikan
pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak drpd keimanan kpd Allah swt. Tiada
siapa yg boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah swt mengambil sekejap
nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kpd Zinnirah. Allah swt menggantikannya dgn mata yg lebih baik. Zinnirah bolehmelihat seperti biasa, lebih terang drpd matanya yg asal. Demikianlah pertolongan Allah swt kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar dtg menyelamatkan Zinnirah dgn membelinya dgn harga tinggi. Terselamatlah dia drpd menjadi penindasan org-org
kafir.

Di antara sifat wanita yg solehah ini, dia sentiasa merasa Allah swt memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yg mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dgn mengatakan Allah swt Maha Melihat..(Kita pula bagaimana..??) Nafsu yg mahu berbuat segera ditepis dgn
katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dgn
neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dgn akhlaknya. Hasilnya, hati
dan jiwa merasa aman drpd kongkongan hawa nafsu.Kemerdekaan jiwa inilah yg
diperolehi oleh Zinnirah, wanita yg tidak terkenal di dunia tetapi terkenal
di langit.

Jadilah kita wanita yang bukan dipandang oleh manusia lantaran kecantikan,kehebatan berpidato mahupun keayuan yang menjerat hati tapi marilah berusaha menjadi wanita solehah yang dipandang disisi tuhannya..

Marilah kita berazam dgn membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah
swt supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah.Sekiranya diuji dgn
pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah.Biarlah iman kita sekuat
dirinya. Biarlah hati kita terus celik...

Inilah idola kita, Zinnirah....

p/s; Better late than never...kalau tak dapat tiru semua,jgn tinggal semua..

Why you cry???

Why u cry??


Why Women Cry

Why are you crying, a young boy asked his Mom?

"Because I'm a woman," she told him.

"I don't understand," he said.

His Mom just hugged him and said,
"And you never will, but that's O.K."... ... .



Why Women Cry

Why are you crying, a young boy asked his Mom?

"Because I'm a woman," she told him.

"I don't understand," he said.

His Mom just hugged him and said,
"And you never will, but that's O.K."... ... .

Later the little boy asked his father,
"Why does Mom seem to cry for no reason?".
"All women cry for no reason," was all his Dad could say... ...

The little boy grew up and became a man,
still wondering why women cry.

Finally he put in a call to God and when God got back to him, he asked "God, why do women cry so easily?"

GOD answered... ...

"When I made woman,
I decided she had to be special.
I made her shoulders
strong enough to carry
the weight of the world, yet,
made her arms gentle enough to give comfort... !

I g ave her the inner strength
to endure childbirth
and the rejection
that many times will come
even from her own children.

I gave her a hardness
that allows her
to keep going and take care
of her family and friends,
even when everyone else gives up, through sickness and fatigue without
complaining... .

I gave her the sensitivity to love her children under any and all
circumstances. Even when her child has hurt her badly... .

She has the very special power to make a child's boo-boo feel better and
to quell a teenager's anxieties and fears... .

I gave her strength to care for her husband, despite faults
and I fashioned her from his rib to protect his heart... .

I gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but
sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him
unfalteringly... .

For all of this hard work,
I also gave her a tear to shed.
It is hers to use
whenever needed and
it is her only weakness... .
When you see her cry,
tell her how much you love her, and all she does for everyone, and even though
she may still cry, you will have made her heart feel good.


She is special!

Friday, February 5, 2010

Sajak to my fren

Tambahan sajak buat teman2 ku..yang berada di mane ceruk dunia pun xkisah lah..

Kata orang teman sejati sukar dicari,
teman bersuka di mana-mana,
teman ke syurga jauh sekali,
dapat dikira dengan ibu jari.



Kucuba mencarinya seorang demi seorang,
jerihnya,
bagai mencari gagak putih di Lembah Kelang,
pernah kucuba di Gurun Sahara,
malam kesejukan siang kepanasan,
juga di belantara,
berbantal lengan berbumbung bintang,
pun demikian aku tak putus asa,
kucari dan cari walau tertumpas tenggelam.

Kini aku sedar,kembali bermunajad denganMu,
dan kujadikan Kau Rafiqul A'la,
rupa-rupanya,
selama ini kusalah kira,
teman sejati bukan untuk dicari,tetapi kurniaan Ilahi.

Wahai yang ampunya diri,
serah padaNya,
nanti berduyun-duyun kau temui........

Bestnya dulu~

Awan mendung petang ni...baru lepas hujan...

Sebenarnya petang ni,xda niat pun nak update blog..sambil duk buat proposal dengan Maaruf Club ni sbnrnya...tapi curi la masa jap update blog.. nanti folowers bising..

nak cerita apa??

Emm xda nak cita apa..sekadar luahan untuk diri sendiri..

Awat rasa sedih tah petang ni..lama x balik kampung kot,rindu mak ayah, adik beradik yang ramai nun..adikk2 yang hari2 ajak main mesej ( apa sindrom xtaw la..baru pandai taip mesej kot..kdg2 confius juga mana satu yang sedang bermesej ni,, hafiy ke nawal ke hanna).kdg2 xcukup handphone mak,handphone ayah pon depa hentam jugak..aday la adik2 ku..layan ja la mana larat..x larat layan,tepon terus,habih kredit mak tolong la topup noh...:)

Haiz mcm xda isi sangat pulak entry kali ni..saja ubah angin sebentar..mungkin terpengaruh bila baca blog seorang member lama tadi kot(emm cepat terpengaruh betul)

Ish kenapa rasa sayu ni?

Teringat zaman kanak2 ria~

fASA 1
Emm teringat zaman sekolah..kawan2 lama...kawan2 di sg korok lama (ada sorang shbt yang dari mana tah tiba2 contact mintak tlg~ emm walaupun agak pelik permintaan nya tu~)
Zaman kecik2 yang xtaw apa..yang taw hanya pi sekolah mak hantaq, belajaq sambil main,rehat main lagi,masuk kelas lepas rehat main lagi,kacau kawan,balik sekolah pi beli eskrim malaysia kat pakcik juai eskrim yang nek moto depan sekolah,kalau mak ada mesyuarat jenuh tunggu..main la sorang2..lari2..sapa ligan sapa xtaw..padahal main sorang2 ja..ish2 kesian..pahtu agak2 hbh meeting mak ajak balik..emm yang tu ja reti~
Belajaq ni kiqa kat rumah ja sebab mak hari2 lepas magrib suh baca buku depan dia..salah baca satgi kena marah (Wuuuu...takot..hii..jgn marah noh mak..kenangan tuu,,tidak tak pandai mcm la..hii)Yang ayah ajaq mengaji..hari2 kena ngaji..x pun kena pi kelas fardu ain .kelas jalan kaki ja.dekat dengan rumah..
zaman kecik2 mana ada masalah..ish2 bahagianya~

fASA 2
kawan2 sri taman (yang pakat ilang beh..tinggal pon sorang dua ja yg ku kira hidup..hee )
Masa ni xdalah xtaw apa sangat dah..boleh pikiaq dah la..kira darjah 6..kira besar dah la tu..tapi xberapa matured lagi..blh lagi main tiang2 (sapa xphm xpa,xpenting pon).pengawas maain tiang memang jawab dia nak kena marah dengan guru disiplin la..Cikgu Amdah..woo guru yang digeruni oo dulu..tapi la ni blh jadi kawan bek dah la..hii...malu ja pikiaq2 balik..tp tu la budak2 lagi la katakan..
paling best bila blh p camping..join pengakap..Cikgu kehormat yang selalu bawak kami p camping ialah Cikgu Husni..merangkap tokwan dah beliau sekarang..maklumlah kak noni dah ada anak..syok la cikgu..:)
Bila ingat2 balik ganaz jugak aku dulu..pantang ada camping ..suma nak join..suma aktiviti lasak nak try..tp xda la kuat sangat..balik rumah sakit2 jugak badan ni..tapi kenangan indah camping ni
..ish2 bahagianya~

fASA 3
Zaman reinason (eja cna tah) zaman pencerahan..zaman peralihan dari hidup yang free kepada hidup yang lebih terisi.maka berkenalanlah daku dengan kawan2 maktab mahmud (wua depa ni lagi dasyat..area lembah klang ja tapi jarang blh jumpa..yang duk oversea nun lagi la ghaib.nasib baik ada lagi dua tiga orang yang keep in touch)

Zaman yang ku rasa transforming me to more femennine one is when i am in MMAS.Dah xda dah scout2 ni..yang ada PBSM dan Putri Islam ja..
Zaman yang 1st ku dengar apa itu tarbiyah..woo syadid woo tamrin maahadi..btl tak ? sapa yang ditamrin sekali taw la syadid tak syadid..tapi takpa..kebal sikit diri ni..xdala lembik sangat..
Zaman ni la baru kenai bahasa arab huwa, huma,hum,hiya,huma,hunna dan sewaktu dengannya~ :) best jugak..time ni la tuition dengan seorang cikgu Arab..Ummi namanya..
Zaman masuk maahad dulu..sorang2 ja..xda kawan.pi rehat sorang2, semua sorang2 ..hari2 merungut tak syok sekolah kt mktab mahmud ni(ish2..awat la dia ni suka bt keja sorang2..tak jumpa jemaah lagi kot) tapi semua tu sementara ja.Bila dah lama hidup di maktab mmahmud..dah telan asam garam dia..baru lah tahu bahawasanya sekolah ni lah yang paling BEST!!! sekali..
Sekolah yang menekankan soal tarbiyah dan pengisian rohani..aku senang dengan itu.

Dipendekkan kisah..tahun demi tahun,sampai la tahun turning point..form 5..zaman ni lah yang paling best..zaman jadi debaters sekolah..ketaq jgn hbq la..mmg ketaq..tp seronok bila berjidal ni..bukan apa..tajam sikit otak ni..majalah pertanian yang tak disangka akan dibelek pon boleh dihabiskan dari kulit ke kulit..debat punya pasal.
Tahun ni jugak lah tahun maut..SPM..orang kata kalau SPM ni kantoi..gelap lah masa depan..tapi sedihnya yang diterget tersasar dari target..menyebabkan terpaksa belanja kawan sebab A kurang lagi dari dia..(ada patut .orang sedih kena belanja org bahagia) tapi takpa lah..dah janji~ huu..
Moral of the value is utamakan apa yang perlu diutamakan..what u give ,u get it back.banyak mana kita usaha banyak tu la allah bagi..so be satisfied ok??

Emm len kali sambung..azan dah..

Ni lagu yang ditujukan buat sahabat2 ku..

Sebuah Pertemuan

ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
adakalanya langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan
bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan

kehadiranmu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan
tikaku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan
kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
saatku kehilangan keyakinan
kau nyalakan harapan
saatku meragukan keampunan Tuhan
kau katakan rahmatNya mengatasi segala
menitis airmataku keharuan
kepada sebuah pertemuan

kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan
cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjadi ikatan
dengan restu kasihMu oh Tuhan
titisan airmata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu

damainya hati
yang dulu resah kaliru
cintaku takkan pudar
diuji dugaan
mengharum dalam harapan
mogakan kesampaian kepada Tuhan
lantaran diri hamba kerdil dan hina
menitis airmata ku keharuan
kepada sebuah pertemuan

kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan
syukur sungguh di hati ini
dikurniakan teman sejati
menunjuk jalan dekatinya
tika diri dalam kebuntuan
betapa aku menghargai
kejujuran yang kau beri
mengajarku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi
tiada yang menjadi impian
selain rahmat kasihMu Tuhan yang terbias pada ketulusan sekeping hati
seorang insan bernama teman...

p/s : Hati ni ibarat cawan..andai kita x isi dengan air,maka molekul2 udara akan mengisinya..Fikir2 kan lah~