Bakti Huffaz 09 pengalaman yang tak dapat dilupakan.dapat mak angkat baru,ayah angkat baru,yang paling best dapat banyak adik angkat..berbelas-belas..dasyat betul..suka hati tengok kanak-kanak..suci ja..jujur..comel..argh rindunya pada mereka..6 hari berada di sna telah menimbulkan titik kemesraan antara kami dengan penduduk kampung.cara hidup mereka yang sederhana memikat hati kami..yang paling tak dapat dilupakan apabila berpeluang menaiki bot nelayan..bau hanyir tu adatlah...tapi ronda2 dengan bot..tu yang best tu..tergambar di mata hebatnya ciptaan Allah ...air yang mengalir tenang,siapa sangka mampu memusnahkan banyak jiwa dan harta benda..Kuasa Allah..'kun fayakun' apabila Allah mengkehendaki sesuatu terjadi,maka terjadilah..
Kita sebagai manusia haruslah mengambil iktibar dari setiap kejadian yang Allah timpakan..sama ada sebagai peringatan kepada manusia atau sebagai penghapus dosa.Pasti tersingkap seribu satu hikmah yang kekadang tak terjangkau dek fikiran manusia.Apa yang ana kagum rata-rata penduduk di sana ialah mereka redha dan mampu menerima segala yang terjadi dengan tabah.Bayangkan dalam sekelip mata sahaja mereka telah kehilangan segala harta benda mereka..apa yang tinggal hanya apa yang ada di badan.
Menurut cerita dari mak angkat ana,satu keajaiban yang membuktikan kekuasaan Allah,seorang makcik yang sedang solat ketika kejadian tsunami berlaku,tidak terkesan pun dengan ledakan ombak tsunami berhampiran rumah mereka.Sedangkan suaminya yang sedang makan di ruang makan telah hampir lemas diputar oleh air laut yang telah menerjah ke rumah mereka yang berada beberapa kilometer dari laut.Maha Kuasa Allah.Seorang yang sedang khusyuk mengabdikan diri pada Allah tidak tersentuh pun oleh deruan air yang mengganas itu..
Subhanallah..tidak dapat digambarkan bagaimana keadaan cemas tika itu.Pada waktu itu hanya pada Allah tempat mereka mengharapkan pertolongan.Tiada satu kuasa lain yang dapat menyelamatkan mereka selain dari Allah.
hemm banyak lagi nak cerita ...tapi x sempat pulak...
Tinggal berapa jam lagi dah nak bertolak balik..rasa x best pulak.dh best duk umah walaupun xsampai 2 hari...hmm nak buat macam mana tuntutan sebagai seorang pelajar harus dipenuhi..di sana banyak lagi tanggungjawab yang perlu diselesaikan.zaman berehat di rumah nampaknya dah berakhir..huhu sat nya....now i'm going back to college!!!