Saturday, December 27, 2008

Putera puteri

Putera Puteri(feat: Hisyam)
Album : Nur InsaniMunsyid : Inteamhttp://liriknasyid.com

Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalm sepi kau penyeri
Dlam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda

Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai pewira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu

PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian
Puteta puteri harapan masa depan

LAGU:AMIN INTEAM
Lirik :AMIN INTEAM

Diskusi tentang couple

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua€

¦Ø Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina€

¦Ø Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum
€ ¦ ’adakah itu menghampiri zina

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan€ ¦Ø

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis€ ¦Ø

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?€ ¦Ø

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud)Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan€ ¦Ø

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?€ ¦Ø

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.Study group€ ¦’

¥?nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!€ ¦Ø

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia€ ¦Ø

Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula€ ¦Ø

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.€ ¦Ø Tentu ada cinta secara IslamCinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia€ ¦Ø

Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!€ ¦Ø

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang€ ¦Ø

Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah:

Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A€ ¦’²araf:ayat 19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.€ ¦Ø

Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.€ ¦Ø

Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?€ ¦Ø

Tanya sikit€ ¦’¥adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke?

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya angkat´sebebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan€ ¦Ø

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.€ ¦Ø

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orangyang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3)

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.€ ¦Ø

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik€ ¦Ø

Kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.€ ¦Ø

Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang € ¦’±second hand€ ¦’² sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goring dan segelas air sirap bandung,bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya€

¦Ø Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)€ ¦’¥Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar(Al-Ahzab: ayat 35)€ ¦Ø

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariMya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya€ ¦Ø

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan
3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul

Ya Allah.hambaMu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa€ ¦’¥

Jangan Merajuk Wahai Dai'e

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati

Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Allah. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

Alhamdulillah...

Untaian Mutiara

Pesanan untukku dan sahabat.
.Jika Allah menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu wahai manusia,
dan Dia datangkan umat yang lain (sebagai penggantimu). Dan adalah Allah Maha Kuasa berbuat demikian." (An-Nisa' : 133)

Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. [Ali Imran : 191]

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah .Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga.Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...

Friday, December 26, 2008

Talfiq

Fikirkan sejenak

Hari ini tanggal 26hb Disember,merupakan hari pertama ana meng'edit' blog ana setelah 3 minggu kewujudannya.Dalam kepayahan meng'edit' blog dengan ilmu yang kurang ini akhirnya terhasillah juga blog seperti yang dapat kalian lihat. Semasa melayari blog sahabat2 tiba2 ana ternampak satu blog yang ana begitu menarik perhatian ana.Lalu ana petik untuk kita renungkan bersama.

NEGARA ISLAM DAN AHLUL ZIMMAHMUQADDIMAH

Firman Allah SWT, maksudnya; "Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela ugama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat)." ( At-Taubah : 11-12
Orang-orang kafir musyrik yang telah mengisytiharkan permusuhan terhadap Islam, kesudahan dan keadaan mereka setelah itu ialah sama ada :
Pertama- Bertaubat dan insaf dari kekufuran, perbuatan membatalkan perjanjian dan penentangan mereka terhadap Islam. Realiti ini berlaku dengan mereka menerima Islam sebagai anutan. Apabila mereka telah beriman dengan Allah SWT, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, maka bertukarlah mereka dari reality mereka sebagai musuh kepada hakikat mereka sebagai saudara kepada golongan muslimin.
Kedua- Diperangi selepas mereka membatalkan perjanjian yang telah dimertai. Di dalam ayat di atas, disebut ‘ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir’ adalah kerana merekalah yang menjadi tonggak kepada kekufuran, dan merekalah yang telah mengalakkan para pengikutnya untuk melakukan kebatilan.Ayat ini menjadi dalil bahawa golongan kafir zimmi yang bernaung di bawah Negara Islam, apabila mereka menghina dan mencerca Islam, ia bererti mereka telah membatalkan perjanjian yang telah mereka metrai. Lalu, peperangan pun diisytiharkan ke atas mereka. Dari situ jelas bahawa peperangan di dalam Islam tidak ada tujuan keduniaan atau untuk menunjukkan keangkuhan dan kehebatan, jauh sekali bertujuan untuk membalas dendam, tetapi ia adalah bertujuan untuk memastikan laluan tetap terbuka untuk dakwah Islam itu tetap diterima oleh umat manusia. Sehubungan dengan itu, lahirnya kafir zimmi adalah setelah tertegaknya daulah atau Negara Islam. Hukum Islam membahagikan bukan-Muslim kepada beberapa kategori, bergantung pada hubungan mereka dengan negeri Islam. Kristian dan Yahudi dan lainnya yang hidup dibawah pemerintahan Islam dikenali sebagai zimmi ("orang yang dilindungi"). Menurut pakatan ini, keselamatan peribadi dan keselamatan harta awam zimmi telah dijamin dengan pulangan membayar ufti (jizyah) kepada negera Islam dan mengakui ketuanan Muslim. Secara sejarah, zimmi menikmati ukuran autonomi dibawah ketua keagamaan mereka, tetapi disubjek kepada batasan pengesahan, sosial dan keagamaan yang bertujuan untuk menekankan kelemahan mereka. Oleh kerana lahirnya kumpulan kafir yang diistilahkan dengan zimmi ini berkait rapat dengan negara Islam, memahami tentang Negara Islam adalah suatu keperluan yang tidak dapat disangkal lagi keperluannya.

TAKRIF NEGARA ISLAM
Kebanyakan pengkaji yang menulis tentang topik sekitar negara Islam sama ada sedar atau tidak sedar, pengistilahan negara Islam sebenarnya tidak diberikan secara langsung oleh fuqaha’ terdahulu. Kebanyakan dari kalangan mereka hanya menyebut ciri-ciri yang wajar wujud untuk sesebuah negara untuk dikenali sebagai negara Islam sahaja. Bagaimanapun ciri-ciri yang dikemukakan itu mirip menyerupai takrif/definisi. Sehingga menyebabkan ciri-ciri yang disebutkan oleh fuqaha’ mazhab itu telah disalah anggap sebagai takrif/definisi oleh pengkaji terkemudian.Sememangnya tidak dinafikan terdapat perselisihan di dalam perbahasan mengenai ciri-ciri negara Islam. Ada di kalangan fuqaha’ yang menyebut bahawa sesebuah negara dikenali sebagai negara Islam dengan menggunakan sandaran kepada kekuasaan, pendudukan umat Islam, perlaksanaan hukum, keamanan berpihak kepada muslimin dan sebagainya. Di dalam kesempatan yang ada ini kita dapat memetik beberapa pendapat fuqaha’ terdahulu mengenai negara Islam bagi menjelaskan terdapatnya khilaf yang dinyatakan.Al-Imam Abu Yusuf berkata: “Negara yang dikira negara Islam dengan terlaksananya hukum Islam di dalamnya walaupun kebanyakkan penduduknya adalah di kalangan orang-orang Kafir. Dan dikira sesebuah Negara itu ‘kufr’ kerana berjalannya hukum kafir padanya walaupun kebanyakkan penduduknya adalah dikalangan orang-orang Islam.” Al-Imam As-Zarkhasi; menyebut: “Negara Islam adalah apa yang dinamakan pada suatu kawasan yang dikuasai oleh umat Islam, dan umat Islam berada dalam keamanan.”Berkata Al-Imam Ar-Rafi’e: “ Tidak disyaratkan sesebuah negara Islam itu padanya umat-umat Islam, berpada dengan penguasaan berpihak kepada kepimpinan yang Islam.”Berkata Ibnu Muflih Al-Hambali, “Setiap negara yang dikuasai hukum Islam, maka negara tersebut adalah negara Islam, dan jikalau dikuasai hukum kafir, maka negara tersebut adalah negara ‘kufr’.”Berkata Ibnu Hazm Az-Zahiri, “Sesuatu negara boleh dinisbahkan kepada pengaruh, penguasa dan orang yang merajai negara tersebut.” Walau bagaimanapun Ibnu Qayyim Al-Jauziah menukilkan bahawa Jumhur Fuqaha’ sepakat berpendapat: negara Islam didefinasikan sebagai: “Sebuah kawasan (Negara) yang didiami dan dikuasai oleh umat Islam dan terlaksana padanya hukum-hukum Islam. Maka, negara yang tidak menjalankan hukum Islam tidak dinamakan negara Islam.”Kesimpulan; Dapat difahami melalui takrif yang dikemukakan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziah bahawa sesebuah negara Islam dikenali kerana padanya terdapat dua asas utama yang disebut sebagai “tertegak pemerintahan umat Islam, dan terlaksana hukum-hukum Islam.” Oleh itu negara yang tidak didiami oleh umat Islam sekalipun sekiranya terlaksana hukum-hukum Islam dan dikuasai umat Islam juga boleh dinamakan negara Islam.Perbahasan Ulamak Muasarah:Antara Ulamak dan cendiakawan Muasarah yang terlibat mendefinisikan negara Islam adalah seperti Al-Mujaddid Al-Maududi, Syeikh Abu Zahrah, Al-Ustaz Sayid Qutub Syeikh Abdul Qadir Audah, Al-Marhum Sheikh Abdul Wahab Khalaf, Dr. Wahbah Az-Zukhaily, Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi, Dr. Abdul Karim Zaidandan Dr. Muhammad Khair Haikal di dalam tesis PHDnya yang berjudul Al-Jihad Wal-Qital fi al-Siasah As-Syar’iyahKesimpulan;Takrif-takrif yang dikemukakan oleh para ulamak muasarah tidak jauh bezanya dengan ciri-ciri negara Islam yang disebut oleh para ulamak silam terdahulu. Ini kerana sebahagian mereka cenderung dengan apa yang dikemukakan oleh ulamak terdahulu sebagai ciri-ciri negara Islam untuk dijadikan takrif sesebuah negara Islam. Melihat kepada beberapa takrif yang dikemukakan oleh ulamak muasarah tersebut bolehlah dibuat beberapa kesimpulan antaranya:i. Negara Islam didefinisikan sebagai sebuah negara yang terlaksana padanya hukum-hukum Islam. ii. Ditadbir oleh imam atau pemerintah Islam.iii. Keselamatan dan keamanan berpihak kepada umat Islam.Perkara (i) dan (ii) yang dinyatakan adalah titik pertemuan di antara pentakrifan yang dikemukakan ulamak muasarah dengan pencirian yang diberikan oleh ulamak terdahulu sedang perkara (iii) adalah titik perselisihan di mana sebahagian menyebut dan sebahagian yang lain tidak menyebut.

MUAMALAH ISLAMIYAH BERSAMA AHLUL ZIMMAH, MU’AHAD DAN HARB
Hukum bermuamalah dengan orang kafir:
1. Boleh melakukan urusan perdagangan dan sewa menyewa selama alat tukar, keuntungan dan barangnya dibolehkan oleh syari'at Islam.
2. Wakaf mereka selama itu pada hal-hal di mana wakaf terhadap kaum muslimin dibolehkan.
3. Muslim laki-laki boleh menikahi wanita ahli kitab (Yahudi maupun Nasrani).
4. Pinjam meminjam walaupun dengan menggadaikan barang.
5. Orang kafir boleh berdagang di negeri muslim asal dibolehkan secara syar'i dan 10 % keuntungan harus diserahkan untuk kepentingan umum kaum muslimin.
6. Jizyah bagi ahli kitab yang dalam perlindungan keamanan kaum muslimin.
7. Jika tidak sanggup bayar jizyah maka dibebaskan, jika miskin maka dibiayai dari Baitu Mal kaum muslimin.
8. Haram membolehkan mereka membangun rumah ibadah dalam Negara Islam, gereja yang sudah dibangunkan tidak boleh dihancurkan, tetapi bagi yang sudah runtuh tidak boleh dibangun kembali.
9. Hukum yang berlaku kepada mereka harus dihapus jika dalam agama mereka membolehkan. 10. Jika perbuatan itu haram dalam agama mereka lalu mereka melakukannya maka harus dihukum.
11. Orang Zimmi dan Mu'ahad tidak boleh diganggu selama mereka komitmen dengan perjanjian.
12. Hukum qisas atas nyawa dan juga berlaku bagi mereka.
13. Perjanjian damai dengan mereka atas permintaan mereka atau kita, selama mana itu ada maslahat umum bagi kaum muslimin dan pemimpin kaum muslimin sendiri cenderung ke arah itu. Namun perjanjian damai ini bersifat sementara dan tidak mutlak.
14. Darah, harta dan kehormatan kaum Zimmi dan Mu'ahid adalah haram.
15. Ahlul Harb (harus diperangi), tidak boleh memerangi mereka sebelum diberi peringatan dan mereka boleh dijadikan hamba, baik laki-laki atau wanita selama belum ada perjanjian damai. 16. Orang kafir yang tidak terlibat ( pendapat, perencanaan, diri) dalam memerangi kaum muslimin seperti anak-anak, wanita, rahib dalam rumah ibadahnya, orang tua, orang sakit dan seumpamanya tidak boleh diganggu dan diperangi.
17. Orang yang berlari menghindari perang, dengan mereka tidak boleh dibekali dan apa yang ditinggalkan menjadi rampasan perang.
18. Pemimpin kaum muslimin yang menyatakan sah dan benarnya kepemilikan (tanah) mereka. Namun mereka harus membayar pajak, tanah itu dinyatakan tanah wajib pajak. Jika tidak mahu membayar, harus diserahkan kapada kaum muslimin untuk dibangunkan di atasnya. Ini jika negeri mereka dibebaskan dengan perang, karena statusnya adalah harta rampasan perang.

MALAYSIA KE ARAH NEGARA ISLAM

Islam adalah satu cara hidup manusia yang berdasarkan kehendak Allah. Setiap Muslim wajib melaksanakan segala perintah dan hukum Allah sama ada bersifat individu atau kolektif. Hukum-hakam Allah yang dibawah tanggungjawab kolektif selalu dikaitkan dengan soal kemasyarakatan dan kenegaraan yang melibatkan hukum muamalat, munakahat, jinayah, hudud, khilafah dan urusan pentadbiran, qanun dan kehakiman, ketenteraan dan keselamatan, dakwah dan jihad, baitulmal (perbendaharaan) dan ekonomi dan lain-lain.Hukum-hakam Allah yang berkait dengan dengan kemasyarakatan dan kenegaraan tidak dapat dilaksanakan tanpa pemimpin dan Kerajaan Islam. Kerajaan Islam bermaksud kerajaan berdaulat yang memerintah secara Islam. Melaksanakan perundangan, pemerintahan dan penghakiman negara berdasarkan Syariat Allah itu adalah satu ibadah dan hukumnya wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya Kerajaan Islam. Maka mewujudkan Kerajaan Islam adalah wajib. Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan Kerajaan Islam yang dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui proses demokrasi dan pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib.Seseorang itu tidak dapat mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihanraya untuk melantik pimpinan dan Kerajaan adalah wajib. Turutan tindakan ini selaras dengan tuntutan kaedah feqah: “Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”

.KEWAJIPAN MELANTIK PEMIMPIN DI KALANGAN ORANG BERIMAN

Setiap Muslim wajib melaksanakan tanggungjawab mengundi untuk memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang akan membentuk kerajaan yang sah dan berdaulat pada hari pilihanraya yang ditetapkan. Pengundi muslim hendaklah memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang berjuang atas Dasar Islam dan Kebajikan Ummah untuk pastikan Kerajaan Islam diwujudkan. Pengundi Muslim hendaklah memilih seseorang calon pimpinan (wakil rakyat) itu hanya berdasarkan kelayakan (Amanah, Alim, Ahli, Adil) dan matlamat syariat seperti mana hadith Rasulullah SAW yang menyebut lafaz bai‘ah: “Aku memberi bai‘ah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.Ciri-ciri kepimpinan Islam adalah sebagaimana Firman Allah berikut; Maksudnya: “Sesungguhnya, hanyasanya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat serta orang-orang yang ruku’ (tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT)”(Surah al Maidah: 55).Arahan memilih pimpinan yang mukmin (beriman) adalah sebagaimana arahan Al Qur’an: Maksudnya; “Barangsiapa yang berketuakan Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya golongan yang taat kepada Allah yang akan mencapai kemenangan.” (Surah al Maidah: 56)Larangan memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang tidak Islamik adalah sebagaimana firman Allah SWT:Maksudnya; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan (pemimpin atau ketua) daripada kalangan orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahli Kitab yang sebelum kamu, dan (janganlah kamu jadikan) orang-orang kafir sebagai ketua, dan takutlah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al Maidah: 57).Ibnu Abbas RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa melantik seorang lelaki ke atas sekumpulan orang ramai sedangkan terdapat di kalangan mereka orang yang lebih diredhai oleh Allah dari lelaki tersebut, maka ia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang mu’min.” (Hadist Riwayat al-Hakim dan as Sayuti).Kepimpinan para ulamak, muttaqin dan solehin sangat releven dalam konteks masyarakat Islam. Ini dinyatakan di dalam Al-Qur’an;Maksudnya;“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama” (Surah al Fathir:28).Rasulullah SAW bersabda :“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut maka ia telah mengambil bagian yang banyak” (HR At-Tirmizi)Jika setiap Muslim memilih majoriti calon-calon pimpinan (wakil rakyat) yang mukmin dan berdasarkan tuntutan Islam, mereka akan membentuk Kerajaan Islam. Dengan kewujudan Kerajaan Islam dan kuasa yang dimiliki maka syariat Islam mampu dilaksanakan. Mereka mendaulatkan Islam dan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar. Sebaliknya jika memilih calon-calon pimpinan (wakil rakyat) bukan berdasarkan Islam, mereka akan membentuk kerajaan yang tidak Islamik seperti kerajaan Sekular, Kapitalis, Komunis, Sosialis atau apa-apa bentuk kerajaan jahiliyyah yang menolak syariat Allah dan membiarkan kefasikan serta kemunkaran di bumi Allah. Sekiranya Muslim tidak memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang mampu melaksanakan dasar dan tadbir urus negara mengikut prinsip Islam, maka pimpinan (wakil rakyat) yang tidak Islamik akan menguasai Dewan Perundangan dan kuasa pentadbiran Negara. Mereka memerintah berdasar logik akal dan kepentingan nafsu. Kegagalan membentuk Kerajaan yang beriman dan beramal dengan Islam adalah merupakan tanggungan dan dosa kita umat Islam keseluruhannya di hadapan Allah nanti. Kecuali mereka yang telah berusaha ke arah itu.

KEDUDUKAN WAKIL RAKYAT NON-MUSLIM

Sekiranya tiada terdapat calon pimpinan (wakil rakyat) dari kalangan muslim yang bertanding dalam satu-satu pilihanraya, pengundi muslim hendaklah membuat pilihan calon wakil rakyat golongan zimmi yang lebih baik dari segi manafaatnya dan kurang mudharatnya kepada Islam dan ummahnya, atau memilih calon wakil rakyat golongan golongan zimmi yang kurang keburukan (korupsi, rasuah, kronisme, pemborosan, kejahatan, kemaksiatan) dan kezalimannya (manipulasi, penyelewengan, penipuan, penindasan, jinayah, keganasan) kepada rakyat atau memilih golongan kuffar zimmi yang sedia bekerjasama dalam konteks prinsip Islam, kemanusiaan, kebajikan dan keadilan sejagat. Hal ini selaras dengan prinsip kaedah feqah yang menyatakan: “Mudharat/keburukan hendaklah dihindari”, “Mengambil mudharat yang kecil untuk menolak mudharat yang lebih besar” dan “Menolak bahaya adalah lebih penting daripada mencari kemanfaatan”.
Dipetik dari http://tarbiyahdppnk.blogspot.com