Monday, November 8, 2010

Maka aku katakan ..inilah jalan Nya..

Assalamualikum...

Fatrah prk yang semakin memuncak...fatrah yang perlukan kesabaran dan pengorbanan diri yang tinggi..apa pun medan perjuangan ni takkan sama dengan medan perjuangan yang sebenar di luar sana..mungkin ia sekadar medan latihan pentarbiyahan diri.
.

Beberapa malam tidak dapat tidur..bukan terfikir tentang tesis yang semakin melewati kesuntukan masa( duk ngadap tesis pun xdapat fokus ).. Tetapi, mungkin kerana sering terfikir tentang masa hadapan yang berkaitan dengan diri serta perjuangan Islam itu sendiri. Masa hadapan yang difikirkan bukanlah sekadar angan-angan, tetapi masa hadapan yang di fikirkan adalah suatu keputusan perlu diambil kira seorang sebagai warganegara Malaysia yang mahukan Islam itu diletakkan di tempat yang tinggi, dan bukanlah di simpan di celah-celah almari.



Bagaimanakah nak sentiasa nak meletakkan hati kita untuk kekal dengan perjuangan Islam? Mungkin bukan sekadar hati, tetapi aqal, jasad, roh dan segala-galanya adalah untuk Islam. Berdasarkan pengamatan dan kajian yang telah saya lakukan di kalangan sahabat-sahabat, ada beberapa elemen yang perlu kita jaga, barulah kita katakan kita mantap dalam tarbiah. Diantaranya adalah :


1. Al-Quran itu dibaca dan ditadabbur. Inilah yang menjadi kekuatan kepada umat Islam sejak Zaman Rasulullullah SAW. Kewujudan Al-Quran sebenarnya sedikit sebanyak menggugat agenda zionis dan kristianisasi dalam mewujudkan huru-hara dikalangan orang Islam. Sebagai satu contoh, setiap muslim itu telah diperingatkan bahawa orang Yahudi dan Kristian itu tidak akan redha kepada Islam hingga kita mengikuti mereka... Jadi, apa tunggu lagi? Jadikanlah Islam itu sebagai panduan hidup kita...


2. Qiamulail itu umpama lampu yang menerangi. Masya Allah, inilah kehebatan umat Islam. Barangsiapa yang mampu mendirikannya, Insya Allah, kita akan sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. Masalahnya, kita kadang-kadang tak mampu nak konsistenkan diri untuk bangun merintih kepada Ilahi.


3. Solat itu adalah perkara pantang untuk ditinggalkan. Huh.... Cerita tentang pantang, memang orang Islam yang betul-betul berada dalam perjuangan memang tak patut lalai dalam Solat. Apatah lagi dalam solat jemaah! kalau solat pun dah ditinggal dan tidak dititik beratkan, nescaya anda sebenarnya tak layak untuk fikirkan tentang perjuangan, Astaghfirullah... Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita.


4.Bergabung dengan jemaah. Huhu... Apaka benda ini? Merujuk kepada kitab "Apakah ertinya saya menganut Islam" karangan Al-Marhum Ust Fathi Yakan, bergabung dengan jemaah itu adalah satu sunnah yang wajib. Hm... Patutlah Islam itu gemilang di Zaman Nabi, rupa-rupanya nabi memang dah bentuk sebuah jemaah dalam perjuangan Islam suatu ketika dahulu di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Formula yang terbaik untuk perjuangan, so... Apa tunggu lagi, marilah berusaha mencari jemaah yang betul-betul syumul dan rabbani dalam menegakkan Islam dimuka bumi Allah ini!


5. Carilah seorang isteri mujahidah. Masya Allah..., amat beruntung kalau dapat isteri sebegini solehah. Teringin seorang isteri mantap ditarbiah lantaran membawa diri kita sentiasa kekal dengan perjuangan Islam. Cuma, persoalannya... Siapakah kita pada isteri yang solehah itu? Kita bukanlah seorang suami yang soleh umpama Rasulullullah, janganlah terlalu dambakan seorang isteri sebaik Khadijah. Jadi, andaikata kita mahukan isteri solehah, jadikan diri mantap bertarbiah! walaupun itu mungkin agak susah untuk kita laksanakan... Tapi, ingat... Target itu perlu ada untuk menjadikan Islam itu berada dalam cemerlang dan gemilang :)


Ada lagi? ya... Memang ada cara nak commit dengan perjuangan Islam. Ini baru sebahagian. Kadang-kadang satu perlima daripada diatas pun masih belum dilaksanakan dengan terbaik. Tetapi, kita perlu ingat... Sesungguhnya seseorang muslim itu apabila dia berjalan di jalan dakwah, dia tidakberjalan dengan hatinya sahaja, bahkan di bawa bersama hati saudaranya...Justeru, setiap pahala yang di dapati pasti akan terbias buat sahabat seperjuangannya, Insya Allah...


No comments:

Post a Comment