Husnudzon ke kita???
Suatu hari, seorang sahabat muslim A meminjamkan buku kepada seorang sahabat muslim B untuk kegunaan akademiknya. Kebetulan, akademik sahabat muslim B agak kurang baik berbanding rakan-rakan lain. Atas dasar sahabat se-generasi dalam satu kos yang sama, sahabat muslim tersebut memberi buku kepada beliau memandangkan dia sendiri tidak menggunakan buku tersebut kerana style pembelajaran masing-masing agak berlainan. Kadang-kadang, ada individu yang belajar menggunakan buku teks, tak kurang juga ada yang menggunakan soalan peperiksaan yang lepas.
Suatu hari, seorang sahabat muslim A meminjamkan buku kepada seorang sahabat muslim B untuk kegunaan akademiknya. Kebetulan, akademik sahabat muslim B agak kurang baik berbanding rakan-rakan lain. Atas dasar sahabat se-generasi dalam satu kos yang sama, sahabat muslim tersebut memberi buku kepada beliau memandangkan dia sendiri tidak menggunakan buku tersebut kerana style pembelajaran masing-masing agak berlainan. Kadang-kadang, ada individu yang belajar menggunakan buku teks, tak kurang juga ada yang menggunakan soalan peperiksaan yang lepas.
Mungkin silap si muslim A itu, bantuan yang amat kerap terhadap muslim B tersebut menimbulkan tanda tanya kepada sahabat muslim yang lain. "Ada apa-apakah?" kata sahabat-sahabat lain. Tidak kurang juga pada muslimah, cuma bezanya muslimah yang lain tidak akan bertanya pada si muslim A untuk penjelasan, tetapi lebih cenderung bertanya si muslim B berkenaan. Sahabat muslim B apatah lagi.... Soalan bertubi-tubi ditanya pada si muslim B sehingga membuatkan beliau tidak senang duduk. Dengarlah sahabat muslim B desas-desus yang mengatakan " B ganggu A buat kerja dakwah lah... dsb."
Akhirnya, si muslim B meletakkan 'gap' kepada si muslim A yang banyak membantu agar 'kes ditutup' dan si muslim A pun mulalah terpinga-pinga... Tak tahu apa yang telah berlaku antara A dan B. Namun, si muslim A itu apa kesah, sebab tak boleh bersangka buruk kepada Si B, maka Si A, buat biasa sahaja. Kesian nya pada si muslim B itu....
CERITA DIATAS ADALAH REKAAN SEMATA-MATA. Jikalau ianya berlaku, mungkin ia berlaku secara kebetulan dan dirancang oleh Allah Taala. Persoalan yang timbul adalah : Sejauh manakah kita mempraktikkan Husnu Dzonn (sangka baik) dikalangan sahabat?
Kisah ni mungkin berlaku dikalangan orang yang terlibat dengan mana-mana aktivis dakwah ataupun jemaah. Tapi mungkin juga pernah berlaku dikalangan sahabat-sahabat kita yang lain. Persoalan yang timbul disini ialah masing-masing sudah faham akan erti husnu dzon tapi sejauh mana praktikalnya di dalam kehidupan seharian mereka.
Istillah tu seakan-akan mencurah air ke daun keladi. Mana taknya. Belajar...tapi tak tau untuk apa. Dan akibatnya tidak meninggalkan sebarang kesan dihati untuk melaksanakannya. Kenapa perkara ini masih lagi berlaku walaupun masing-masing boleh dikatakan kuat dalam amal fardunya,faham dalam ilmu-ilmu agama , hebat dalam aktivis dakwah mereka dan hal-hal yang sewaktu dengannya. Dimanakah puncanya?orang lain atau diri sendiri.
Yakinilah, jika satu jari telunjuk mengarah kearah lain, maka jari yang selebihnya tertunjuk kepada diri sendiri. Jawapannya mudah sangat.."HATI" jawapannya. Dari jawapan ni timbul pulak persoalan yang kedua iaitu dimanakah kedudukan amalan-amalan kita yang "hebat" ni?Diterima atau tidak? jawapnnya..Allahualam ..
Ingatlah sahabat, Janganlah kita mengungkit apa yang sudah kita lakukan kepada orang lain, barangkali ianya menyusahkan tapi adulah apa yang kita sudah lakukan kepada Ilahi, barangkali ia akan menjadikan kita lebih baik apa yang kita sangkakan. Akhir kalam, "HATI-HATI" dengan "HATI".
No comments:
Post a Comment