Thursday, November 18, 2010

Lalu kau katakan kau seorang huffaz???




"Subhanallah"...itulah kalimah pertama yang terpacul dari bibirku...

Kagum..takjub..ajaib..aneh..sedih..gembira semuanya bergaul satu dalam satu rasa yang tidak terungkapkan..beliau adalah seorang pemuda yang cacat mental nya..tapi dalam jiwanya hanya ada kalam Allah yang Esa..dalam ingatan nya hanya ada Allah yang Satu..dalam hatinya hanya ada Allah...

Menghayati video ini kelihatan pemuda ini begitu teruja setiap kali mendengarkan ayat al-Quran diajukan kepadanya..tapi bila kalam lain yang diucapkan kepadanya,beliau seakan tidak mendengar satu apa pun..seolah-olah hanya kalamullah sahaja yang dapat menerobos ke telinganya..subhanallah..

Dalam video ini dapat kita lihat apabila diajukan soalan kenapa kamu menghafal al-Quran?,beliau menjawab 23 juz..

Ketika dijelazkan untuk apa ya kamu menghafal al-Quran?
Beliau bingung dan menjawab 7 juz..

Apabila ditanya lagi bagaimana kamu menghafal al-Quran?
Beliau bingung dan menjawab seperti mana soalan yang diajukan kepadanya..

Sehingga penemu-bual mengatakan kepada nya,tidak ada dalam fikirannya melainkan al-Quran sahaja..

Namun ajaibnya, apabila diajukan mane2 soalan berkaitan ayat al-Quran..seperti kalimah ini terletak di surah mana,ayat mana,ataupun sila sambung ayat mutasyabihat ini,beliau mampu menyambungnya dengan baik sekali...fi ayyi surah ,beliau mampu menyambungnya..
hanya disebutkan "hum Fi ha Kholidun" beliau mampu menyambung...subhanallah..bayangkan sahabat-sahabat..

Ya Allah..hebatnya mukjizat yang engkau turunkan kepada hamba Mu..

Melihatkan video ini terasa kerdil diri apabila al-Quran yang dihafal sudah hampir sampai ke helaian terakhir,namun sekadar mana ia benar2 lekat di ingatan,benar2 tersemat di jiwa..alangkah kerdilnya diri..

Lalu kau katakan engkau seorang huffaz??? Bandingkan dirimu dengan insan istimewa ini..layakkah engkau digelar sang Huffaz???

Tidak kisah lah sama ada sesiapa yang ingin mempercayai video ini atau ada yang mahu mencari kesalahan dari video ini,apa yang pasti sama-samalah mengambil ibrah yang ada dari video ini..

p/s: Moga Allah membantuku kuatkan tekad dan azam untuk terus memperbaiki hafalanku..ameen

No comments:

Post a Comment