Sunday, November 7, 2010

Aku bekerja untuk Dia

Assalamualaikum...

Dari kecil bila ditanya..
"Apakah cita-cita adik?",

kita akan jawab

"Cita-cita saya adalah saya mahu jadi seorang doktor, saya nak jadi seorang peguam, saya nak jadi seorang jurutera... ". Kalau jawapan yang agak baik sedikit, "saya nak jadi guru, saya nak jadi ustaz, saya nak jadi pensyarah". Kalau agak adventure, "Saya nak jadi tentera, saya nak jadi polis, saya nak jadi commando..."


Pernahkah sahabat-sahabat terfikir bahawa, pemikiran kita sebenarnya sejak dari kecil telah terbiasa meletakkan diri kita dibawah 'perhambaan hamba' secara tidak langsung? Ana tidak katakan bahawa pekerjaan-pekerjaan yang ana sebutkan itu adalah suatu yang salah cuma ana ingin melontarkan satu pandangan yang agak logik bila dikaji secara ilmiah. Antara kita sedar atau pun tidak, kita tidak pernah letak cita-cita kita seperti berikut, sedangkan kita dah belajar subjek Pendidikan Islam sejak tahun satu di sekolah rendah lagi :


1. "Cita-cita saya adalah syurga. Ustazah kata, syurga itu untuk orang-orang baik, saya nak jadi orang baik... "


2. "Cita-cita saya adalah syahid. Saya nak jadi Summayyah r.aha. Saya nak pergi palestin tolong orang Islam kat sana... "


3. "Cita-cita saya adalah pendakwah. Saya nak bagitahu pada orang supaya buat kebaikan..."


Ya,memang tidak nampak logik.Anak kecilyang berumur 7 tahun di Malaysiabelum tentu dapat fikirkan semua itu... Tetapi bagaimanakah anak kecil yang berumur 7 tahun di Palestin? Mereka sudah bersedia dengan batu-batu mereka untuk menyerang tentera Israel Laknatullah. Syahid itu adalah cita-cita mereka.


Ana yakin dan percaya, syurga itu sudah diperkenalkan kepada budak sekolah rendah di dalam subjek Pendidikan Islam, di bawah tajuk beriman kepada hari Akhirat.. Cerita tentang Zaman Awal Islam pun tentu ada diceritakan. Berita tentang Gaza juga pernah terpapar dalam televisyen. Namun, hakikat yang kita harus terima adalah bahawa mereka masih belum terdedah dengan semua itu dan merasakan bekerja di bawah majikan adalah kerja yang terbaik termasuk lah si penulis ini.


Oleh itu, marilah sama-sama kita ubah mind setting kita tentang cita-cita. Seorang mahasiswa yang matang bukanlah seorang yang mempunyai fikiran yang dijajah dengan sekularisma dan adat, tetapi mereka adalah golongan intelek yang sentiasa memikirkan masa depan Islam walaupun dalam peringkat tarbiatul Aulad.


Perkongsian..ana ada terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa segala bentuk pengurusan yang kita katakan sebagai pengurusan secara profesional adalah dibentuk di bawah Benedict Order yang akhirnya akan membawa kepada kejayaaan New World Order..sebagai contoh kita sibuk mengejar pangkat manager, assistant manager,ceo dan sebagainya..sebenarnya jawatan2 ini telah dirancang dan diatur di bawah satu sistem Benedict order yang akhirnya akan melahirkan manusia yang gilakan pangkat ,harta dan nama...Apabila satu dunia menggunakan sistem ini,maka mereka yang menaungi sistem ini,akan dapat menguasai kita tanpa kita sedari..mohon pandangan pembaca yang budiman sekalian...


No comments:

Post a Comment