Thursday, January 20, 2011

KITA LAWAN....AYUH!!!

Sila baca ayat di bawah :

Etika Freemasonry.

Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka.

1) Persaudaraan

Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar pendirian mereka mudah diterima.

2) Menderma dan beramal kebajikan .
Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan dem
i untuk menarik lebih ramai pengikut mereka.

3) Kebenaran

Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik.

sumber : di copy paste dari tesis Madihah Bt Md Yusof

Tertarik kan baca etika kat atas?

Baca di bawah,lagi best..

Prinsip Freemasonry

6) Para anggota saling menolong antara satu sama lain.

Di dalam buku Anzimatul Masuniyah (Peraturan-peraturan Freemasonry) ada menyebutkan bahawa setiap ahli baru yang menguasai pertubuhan ini perlu mengingati lafaz yang diajarkan kepada mereka iaitu:

“Aku mesti bekerja dengan rajin dan tekun demi kepentingan keluarga Freemasonry.Aku mesti mencintai saudaraku anggota Freemasonry dalam keadaan bagaimana sekalipun.Aku harus menjaga ketetapan dan rahsia gerakan yang menjadi dasar Freemasonry.”

sumber : di copy paste dari tesis Madihah Bt Md Yusof

Menarik bukan?

Apa kata kita buat sedikit pertukaran

Tukar perkataan Freemasonry dengan perkataan Harakah Islamiyah.

Ok..bagi masa..cuba try dulu..

Dapat?

Apa anda rasa?

Sebagaimana kita dapat lihat kejayaan mereka pada hari ini begitu mengkagumkan. Mereka telah berjaya menyusup ke setiap negara,dan akan berterusan begitu tanpa ada yang terkecuali sehinggalah Israel Raya terbina.

Antara faktor kekuatan mereka selain ekonomi adalah betapa kuatnya mereka berpegang pada sumpah mereka seperti yang termaktub di atas.Bahkan mereka diwajibkan untuk menghafal lafaz ikrar di atas.

Kalau mereka boleh, kita pasti lebih boleh.Kita berada paksi kebenaran sedangkan mereka berada di persimpangan kebatilan.

Masih ingatkah lafat baiah yang kita lafazkan di hadapan Allah s.w.t ?

"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi Rabbil A'lamin"

"Sesungguhya solatku ibadahku hidupku matiku hanya kerana Mu Ya Allah"

Saudaraku, malu la...mereka pun mampu,kita apatah lagi..

Ayuh !

No comments:

Post a Comment