Thursday, January 27, 2011

ISU SALAM MUSLIMAT : DULU ISU KAMPUS, SEKARANG ISU NASIONAL !


Rasa nak ketawa pun ada, bila isu yang sebelum ini berlaku di kampus, tiba-tiba dah jadi isu nasional. Isunya : "Muslimat tak salam tangan lelaki!" Haha.. Kalaulah saya diaju soalan oleh orang-orang Melayu yang beragama Islam tentang isu ini, jawapan saya senang : "Kau dah gatal ke nak pegang tangan muslimat?". Selamat lah yang bertanya itu orang Cina.

Saya minta maaf kerana artikel kali ini agak kasar bunyinya, bahkan dalam artikel-artikel saya sebelum ini pernah menyentuh isu tentang salam. Ya, saya menyetujui pendapat ulama'. Ulama kontemporari sendiri mengakui bahawa tidak ada dalil yang benar-benar mencapai tahap sohih dan boleh di instinbatkan (dikeluarkan) hukum bahawa bersalaman tangan antara lelaki perempuan ajnabi adalah haram. Tetapi, jika itu sudah menjadi satu kebiasaan bahawa seorang MUSLIMAH memelihara kesucian tangannya dari dipegang lelaki ajnabi, kenapa mahu bising?

Apa yang saya boleh simpulkan disini, Allah sebenarnya memuliakan kaum Muslimah. Isu salam ini dijadikan satu indikator memelihara kesucian wanita, biarpun ia masih belum boleh dibuat hukum. Tidak ada perkara lain yang boleh kita bezakan antara seorang MUSLIMAH dan seorang Muslimah biasa melainkan 3 perkara :

1. Aurat. Bila tudungnya labuh, memakai pakaian yang tidak menjolok mata, menutupi dadanya dengan pakaian yang sesuai, maka kita boleh katakan dia seorang MUSLIMAH. Tetapi, jika sekadar bertudung kecil, tidak kurang bajunya seperti membungkus nangka, maka ia Muslimah juga... tetapi belum sempurna.

2.Ikhtilat. Bila berada atau berhampiran muslimin @ lelaki, maka jaraknya tertolak seolah-olah bertembung magnet yang mempunyai kutub yang sama. Bercakap dengan lelaki pun dengan menahan pandangannya, tidak terlalu lentok suaranya, dan sentiasa straight forward. Bila terrrr.. sentuh tangan lelaki atau disangka lelaki, seolah-olah terkena eletrik yang mempunyai beratus watt! Seolah-olah terkena luka dari pisau yg sangat tajam!

3. Couple. Merasai bersalah sekiranya, ditaqdim secara langsung. Apatah lagi bila dibuat pacar sebagaimana perempuan-perempuan biasa. Sebab itu MUSLIMAH boleh memberi kata 2, sama ada berkahwin dengan ku atau kita putus contact ! Biasanya, Allah memelihara MUSLIMAH ini dengan seorang MUSLIMIN yang baik sepertinya. Mereka percaya tentang ini, sebab itu mereka tidak perlu risau...

Jika masih ada lagi mereka yang memegang prinsip terhadap tiga-tiga perkara diatas, barulah boleh dikatakan ia seorang MUSLIMAH. Menariknya, MUSLIMAH ini bukan lahir sejak lahir, dan kadang-kadang bukan datang dari Sekolah Agama... Tetapi : Ia mungkin lahir dari kalangan Ghuraba' (terasing) yang sentiasa mencari sesuatu hidayah dalam dirinya, mungkin dirinya seorang perempuan SEKSI sebelum ini, jangan terkejut bahawa ia adalah seorang MUSLIMAH SOLEHAH yang lebih hebat dari Muslimah biasa!

p/s : Sumber dari muslim24hours ..(.tak sempat menulis..) Isu pilihanraya semangat panas..doakan sahabat2 seperjuangan kita di Tenang.Moga kemenangan milik Islam .Takbir!

No comments:

Post a Comment