Monday, February 14, 2011

Panas? oh Dunya...



Saya tahu masa dah makin singkat,tapi saya nak cerita juga. curi masa exam yang berbaki 2 hari lagi..he..menghilangkan gundah yang menyelubungi diri..dengar ya =)


..........................................

Qalisha : Mediha, ada taklimat exam kejap lagi, nak pergi tak?

Medina : Ish,malasnya rasa..iadah tak habis lagi ni..

Qalisha : Iadah takkan pernah habis sahabat :)

Medina : Ustazah kata kalau tak habis iadah lagi,tak payah pergi pun xpe..hi

Qalisha : Mediha !

Mediha : sengeh :)

...........................................

Mediha : Lama nya taklimat nie..lapar pulak rase..takpelah sabar kejap lagi. Allah kan suka orang yang sabar .

Farhah : Laparnye..bile nak habis ni..jom keluar la..

Mediha : Eeh..tadi semangat sangat..ni nak keluar dah?..sabar jap..sikit je lagi..

Farhah : Dahaga la acikkk....

Menoleh. buat muka mushkil

Mediha : Haih! Kata nak puasa..??

Farhah : Macam tak jadi kot..
oh dunya2x...alharu biru..

..............................................

"Bilal bin Rabah, sedih sangat bila nak meninggal dunia."

"Sebab apa?.."

"Sebab rasa sedih dah tak dapat puasa ketika panas terik.."

Termenung.

"Bila kita akan dapat hati macam itu ya?"

oh dunya2x....

******
Perhatian kepada semua pelajar semester Itqan,sekejap lagi kita akan ada sesi pengambaran gambar bersama penasihat.Harap dapat tunggu di padang Dewan Muktamar.

"Woaa...ade lagi? Nak iadah ni..banyak lagi tak ngulang ni..ades!!"

Harap2 la cepat,jangan la lama2

"Medi,Liyani,Arba'ah, jom pergi tunggu kat padang ..nanti lagi lama ,lagi makan masa"

"Ha'ah..jom..cepat2 ..nak iadah pulak ni" macam bajet rajin je Mediha ni,hu2

"Mana la mereka-mereka ni..orang nak cepat ni..aduuyaii"

Mediha muka dah merah dah, tahan geram..

"Begitulah..fenomena biasa what" Farhah menyampuk

"Aku dah malu dah tercegat kat sini awal2 ni..kang dikatanya pulon nak amik gambar pulak,padahal orang nak cepat urusan je" tambah Liyani

"Nak tanggal kulit muka dah..maluuu" Arba'ah memang pemalu ..hehe..kelima2 muka mengadap dinding Dewan Muktamar.Mereka dikelilingi kumbang2 di depan dan belakang..

"Haiz..nak pergi padang tu,pergi aje lah..yang jalan slow2 kat sini tu apehal pulak"

~'Macam mana boleh ada yang tersesat kat sini nih'~ suara besar melintasi cuping telinga Mediha..

~'Macam nak masuk dalam dinding ja'~

"Adoiyai..ni paneh ni..bukan saje2 nak tunggu sini..molut tu xdo insurans ke..playar kang baru tawu"

"Sabar je lah..diorang memang macam ni..tortoise!" Farhah tersengeh2 menyumpat..biar! padan muka.

"Bila lah nak cukup semua orang ni..dah le lapar,panas terik lagi..oh dunya.."

"Tunggu 5 minit lagi je,kalau xde,nak balik!" Liyani dah mencebik muka

"Balik2x...jom" Mediha menusuk jarum yang patah..Nakal~

******

"Dah jadi macam tenaga nasional dah kat sini..hui..goramnye" Mediha menaip abjad pada skrin handphone comelnya,mnencuba meredakan 'simtom pertukaran ke warna hijau' yang ada.

"aik..ape tu"

"Ni ha,dah boleh jadi penyalur tenaga suria dah tunggu diorang kat bawah matahari ni,baik punya port"

"haha..owh redupnya kat sini"

"Amboi..bahagia nampak budak ponteng!"

":) "
*****

Dia ditinggalkan di tempat yang kering kontang tiada berpenghuni..

"Mengapa aku ditinggalkan bersama anakku di padang pasir yang tiada berpenghuni ini wahai suamiku"

Diam

"Jika ini perintah dari Allah untukmu,maka aku redha,aku yakin Allah akan memelihara diriku dan anakku"

Bekalan makanan buat mereka berdua semakin sedikit..Hajar mula resah gelisah..apakah yang akan berlaku kepada dirinya dan anaknya..adakah dia berpeluang menemui suaminya lagi.

Siti Hajar mendaki sebuah bukit untuk meninjau dari jauh agar dapat melihat kalau-kalau ada tempat menakungkan air. Dari puncak bukit itu dia melihat dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari sekuat hati ke tempat itu agar cepat dia mendapat air itu bagi diberi minum kepada puteranya.

Namun, setelah sampai di tempat itu, apa yang dilihatnya tadi hanyalah fatamorgana. Dari tempat itu pula dia melihat ada tempat lain seperti ada air bertakung. Lantas dia terus berlari ke tempat itu. Sekali lagi dia kecewa kerana apa yang dilihatnya itu juga fatamorgana.

Tetapi, dilihatnya sekali lagi ada tempat seperti air bertakung. Dia terus berlari tanpa mengenal penat bagi memastikan anaknya dapat minum. Begitu besar sekali pengorbanan seorang ibu. Dia tidak sedar dirinya sendiri semakin lama tidak berdaya lagi untuk bergerak.

"Panas terik sungguh hari ini.Aku semakin kelelahan.Namun aku tidak boleh membiarkan anakku kelaparan..Ya Allah bantulah aku"

Selepas dirinya tidak lagi berdaya bergerak untuk mencari air, dengan rasa hampa dan memikirkan nasib anaknya yang ditinggalkan seketika itu, dia kembali ke tempat anaknya ditinggalkan.

Nabi Ismail yang kehausan ketika ditinggalkan telah menghentak-hentak kakinya ke bumi. Dengan rahmat Allah, tempat hentakan kaki Nabi Ismail itu terpancut mata air.
Melihatkan keadaan itu, Siti Hajar gembira bukan kepalang. Serta merta semangat Siti Hajar kembali pulih. Dia menerpa ke arah mata air yang terpancut itu lalu ditadah dengan tangan terus dititiskan air itu ke mulut Nabi Ismail.

*****

Saya nak jadi macam Siti Hajar

Sabar dan tabah dengan segala ujian yang menimpa

Itu ujian untuk saya hari ini

Dan saya ingin belajar dari ujian itu (kes simple je kan?)

Sungguh ujian itu tanda Allah tidak pernah melupakan hambaNya

Mencuba menjadi sesabar dan setabah Siti Hajar

Insyaallah


p/s: bagaimana menghilangkan gelisah menghadapi finale ni..huu..tak boley buat ape da ni..

No comments:

Post a Comment