Sunday, February 6, 2011

Down! down! Mubarak!!

"Down, Down, Down Mubarak!", laungan Ustaz Ridhuan Md Nor (Exco Pemuda PAS Pusat) bersama rakyat jelas kedengaran dari jauh.

Himpunan Solidariti Ummah 2011 (atau dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Mesir) ini bukan sahaja menghimpunkan rakyat Malaysia dalam menyatakan bantahan terhadap rejim Mubarak semata-mata, bahkan penyertaan sebilangan rakyat Mesir di Malaysia juga turut hadir pada waktu itu.


Di hadapan Ampang Par
k, kelihatan orang ramai berpusu-pusu mengikuti Himpunan Solidariti Ummah

Di hadapan Tabung Haji, orang ramai terus berarak, namun laluan kenderaan tetap terkawal

Bukan 'orang biasa' : Kelihatan polis dari Special Branch (SB) sedang menunggu arahan dari pegawainya

Beberapa polis dan FRU mengadakan 'brainstorming' terhadap perhimpunan

Muslimat power! :Bukan sahaja penyertaan datang dari muslimin semata-mata, bahkan ramai juga muslimat yang turun!

Kelihatan FRU menutup jalan, memaksa rakyat mengikuti laluan lain untuk berhimpun

Sebahagian ribuan rakyat yang menyertai himpunan


Unit Amal Malaysia : Sentiasa hadir membantu rakyat, merekalah bakal pejuang Islam yang impikan Syahid !

Helikopter polis yang membuat pemantauan dari udara



YB Khalid Samad berucap dihadapan ribuan rakyat

Down !! Down !! Down!! Mubarak!

Polis mula menunjukkan 'taring' untuk mencetuskan provokasi setelah himpunan selesai

Sebahagian Unit Amal membantu rakyat untuk tidak mengendahkan provokasi polis

Kelihatan orang ramai bersurai setelah himpunan selesai

Himpunan Solidariti Ummah benar-benar memberi ibrah kepada saya dan sahabat-sahabat dalam menghargai kewujudan Gerakan Islam di Malaysia. Dapat juga merasai bau 'pewangi' polis, huu~~

Akhirul kalam, marilah sama-sama kita saksikan kezaliman 'polis Malaya'. Kejadian ini berlaku SELEPAS himpunan, bukan SEWAKTU. Adakah polis sedang menghukum rakyat ?



p/s: polis2 malaysia ni makan apa ye sampai jd mcm ni???

No comments:

Post a Comment