Saturday, February 26, 2011

Manis nya kamu


Minta maaf..entry kali ni xda pengisian sangat..saja nak cerita..kenangan saat2 terakhir di kampus..T_T..dengar ya?


Gula dengan madu, mana lagi manis?

Gula?

Madu? ( pahit kot..=) )

Salah2x....meh saya cerita..apa yang manisnya.. ^_^

******
Situasi pertama : Malam exam syafawi

Tempat : Bilik B305

"Mayah, ngantok dah ni..suara pon tadak dah"

Lirik Mediha pada Sumaiyah. Itu la study last minute lagi .. hobi.. menjawab2!

"Mengantok gak..takpa2 sikit lagi kak Medi"

Tiba- tiba...

Tok..tok..tok..

'Sapa pulak ketuk pagi2 buta ni'

"Assalamualaikum kak.. kami datang ni nak bagi kopi.Akak minum kopi Radix tak?" datang dua orang adik Irsyad.

'Gulp...biar betul adik2 ni..rajin nye..terharu nih'

Mediha dan Sumaiyah saling berpandangan.Kedua-duanya terkedu tak terkata.Bersyukur dikurniakan adik2 yang prihatin..Segan nak jawab padahal dalam hati , 'Ya, nak2, kami minum je!'

"Err..heh..rajinnya ..memang round 1 asrama ke bagi air ni, boleh la juga" jawab Mediha.
Mediha memang pemalu, kalau tanya kucing yang alim tu pun, dia mesti jawab Mediha lagi pemalu Perasan ^_^


" Haa'ah kitorang memang bagi kat akak2 sem 6..sebagai tanda sokongan kami pada akak2 semua "


" Ya Allah baguihnya hampa..terharu kak2..terima kasih banyak na" * Macam mane..terharu tak? Sweet kan..tak pernah2 adik buat macam ni kat akak2 sebelum ni..thanks adik2 PERKEMAT..thumbs up for ya :)
******

Situasi Dua

Tempat : Padang asrama

tut..tut..tut..tut...bunyi handphone berdering..lagu Durrani, Hakikat..

"Akak,tak nak datang padang ke..meh la kejap"

"Eh,jap2..lupe..hehe..kat masjid lagi ni..japg akak terbang pergi sane ek" Sembang dengan adik2 Fizik ( sem paling kecik) memang kena macam tu. tak leh serius sangat...
...eleh ke hang memang macam tu Mediha..

Di tengah padang,seorang adik FIZIK sedang memberi ucapan..Ahh terlewat ..

" Terima kasih pada akak2 ITQAN kerana menjadi role model terbaik bagi kami..Seperti mana kita tahu batch akak2 ITQAN lah yang menjadi penaung kepada segala program pentarbiyahan kita di Darul Quran..Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada akak2 kerana sudi menerima kami sebagai adik2 kalian..Semoga majlis Sayonara ini menjadi kenangan manis buat akak2..Tiada apa yang mampu kami berikan kepada akak2 melainkan doa dan harapan agar tidak melupakan kami di sini"

Wawa...terharu adik2 buat majlis perpisahan untuk kami..Tak pernah sebelum2 ni adik2 buat majlis perpisahan untuk kak2 tahun akhir..cayalah antunna!!

Sebagai menghargai aturcara yang adik2 FIZIK aturkan untuk kami, maka kami pun nyanyikan sebuah nasyid sebagai pembakar semangat untuk mereka..

sedap tak? walaupun tak sedap, dengar je lah ye..isi lagu tu yang n
ak disampaikan sebenarnya

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu

Takkan kubiar dia berlalu

Berjuanglah hingga ke akhirnya

Dan ingatlah semua ikrar kita


* Sweet kan? Rupa2nya penat lelah kami selama ini dihargai..syukur ke hadrat Ilahi..ukhuwah yang terbina atas dasar satu aqidah memang indah..





******

Situasi tiga : Bilik anak usrah

"Ayong, boleh datang tak?" satu mesej diterima dari angah

"Kejap2, ayong isi borang smutem jap ye"

"Ayong,dah nak datang ke?"

Senyum..Hai anak2 usrah ku..dah besar dah kalian..

" gimme 5 more minutes"

Mediha pun berjalan lah ke bilik yang dimaksudkan..dari jauh kelihatan macam ada spy je tengok gerak langkah dia..

' :) apa2 aje la diorang ni buat..haih..macam2 perangai'

Pintu dikuak dari luar..tiba2

"Tadaa...ayong...masuk la..masuk la.." tersusun sebaris deretan gigi diorang..cukup 9 orang anak usrah..

"Wah, ada apa ni..banyak nya makanan"
Bersusun makanan dari belakang pintu sampai la plug electricity kat hujung nu..

"Ok2..everyone ready..kita dah nak mulakan usrah" Anjang sebagai mc pada malam itu..excited benar rupanye..

"Mulakan dengan ucu bagi tazkirah"

"Eh ,ape pulak..orang yang paling kecik, bagi orang lain la"

Mediha senyum..budak2 ni..bile la nak besar..

Tiba2 lampu dipadam..lilin dipasang..lagu dipasang..disertai dengan suara2 sayu..

Telah tiba
saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu Luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati


"Ingat lagi tak ,suatu waktu dulu kita pernah bergelap macam ni..ditemani lilin ini..ayong dan along buat muhasabah kat kita.." satu suara sayu bergema dalam billik itu..

"Pada hari ini..kita akan mengulangi kembali detik itu..dipersilakan kepada ayong untuk memberi sepatah dua kata"

Haih...jangan la buat macam ni..ni sedih ni...

Nak tulis kat sini ke apa saya cakap kat diorang..emm tak yah lah..biarlah ianya menjadi rahsia antara diriku dan diri mereka..

*Tiada kata dapat diungkap bila dihargai sedemikian rupa..benarlah kata orang..yang pahit pada awalnya akan ketemu manis di akhirnya..Ya..Kamu memang manis :) ..thanks anak2 usrahku..sayangnya along xda sekali malam tu kan? Kalau tak,lagi best... hu..

Terima kasih juga untuk keychain dan frame gambar tu..CANTIK nye...

******

Benarlah Allah itu Maha Adil..Dia bagi kita kepayahan, Dia ganjari kita kesenangan..Dia bagi kita kepahitan, Dia gantikan dengan yang lebih manis.. Dia beri kita ujian..Dia beri kita jalan penyelesaian..Dia berikan rasa sedih..di akhirnya Dia berikan kegembiraan yang tiada noktah..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيم

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَلِكُمْ

خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Soff : 10, dan 11

Wahai orang2 yang beriman,mahukah aku tunjukkan kamu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari api neraka?

Kamu beriman dengan Allah s.w.t dan RasulNya, berjihad pada jalan Allah s.w.t dengan harta dan jiwa kamu.Itu lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.








1 comment:

  1. salam

    penuh pengisian dan refleksi diri :)
    moga esok lebih baik dari hari ini..

    ReplyDelete