Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Sentuhan MUROBBI...T_T


Hari itu, seorang gadis bertanya pada gurunya

“Wahai guruku...bahagia itu apa menurutmu?”

“Adakah seronok itu tandanya bahagia, sedang duka itu tandanya sengsara?” Gadis itu bertanya lagi.

Gurunya lantas menjawab.

“Ya Binti....tanyalah pada hatimu...”

Gadis itu lebih penasaran.

“ Bahagia itu ada pada hati yang lapang wahai anakku” Guru itu meneruskan bicara.

“Hati yang lapang itu pula umpama air lautan yang luas, sedang hati yang sempit umpama air di dalam segelas balang”

“Cuba direnungkan nak...”

“Andai setitis najis dimasukkan ke dalam segelas balang yang menakung air itu, apa akan terjadi?” Giliran guru itu bertanya.

“Oh, pastinya air di dalam balang itu juga akan bertukar menjadi najis” Jawab gadis itu.

“Nah anakku...benar katamu, sedang setitis najis tadi tidak akan sedikit pun mempengaruhi air samudera lautan yang luas”

“ Anakanda…begitulah bahagia yang kau cari. Bahagia itu ada pada hati yang luas. Sedikit masalah tidak akan membuat hatimu jadi gundah ..Sedang hati yang sempit tempat menyimpan penyakit. Secebis masalah yang menimpanya sudah cukup membuatkan fikirannya terbeban. Jiwa dan akalnya bisa jadi tak keruan.”

“Lapangkan hatimu ya binti...nescaya disana akan kau temui bahagia”

Gadis itu mengangguk–angguk. Matanya bercahaya.

“ Apabila hati menjadi lapang, suka dan duka tetap akan membahagiakanmu kerna kedua-dua itu datangnya dari Tuhan-Mu”

Guru itu akhirnya merangkul bahu anak muridnya dan berkata.

“ Anakku.. Masukkan yang besar-besar di dalam hatimu supaya ia bisa luas dan lapang”

“ Apakah yang besar itu wahai guruku yang mulia?”

Guru itu tersenyum sambil menjawab:

“MASUKKAN ALLAH KE DALAM HATIMU.”

Sunday, January 16, 2011

Anda rasa marah?..... Cut!!!

(kena marah..huhu..cool sudah)
Salam..

Anda pernah dimarah?
Anda pernah rasa marah?
Setiap kali anda rasa marah,apa anda buat..?

Teringat tagline seorang sahabat ' bila enti rasa nak marah,katakan pada diri CUT!!!'..
haha tersenyum sendiri saya bila terkenang kata2 sahabat saya ni..mmg betul pun,bila rasa nak marah ja,katakan pada diri "CUT!! STOP!!"..^_^

Berhentilah dari terus-terusan berperasaan begitu..tak ada faedah nya pun,hanya boleh menyebabkan kita hilang kewarasan (eh..betul ke ayat ni)

Selalunya kenapa kita rasa marah?
Apabila apa yang diimpi tidak menjadi kenyataan?
Arahan tidak dituruti?
Permintaan tidak ditunaikan?
Atau apabila kita dikritik??? ( arghhh!!!)
hoho...sangat tak best apabila dikritik di belakang bukan?
Namun tidak semua kritikan itu tidak baik atau bertujuan menjahanamkan kita..sekiranya sudut pandang kita terhadap kritikan itu positif..so its all about ur persepsion..how u intepret the critism...

A'la kullin pada hari ni saya cuma nak berkongsi tips je bagaimana menguruskan rasa marah apabila dikritik..anda mahu tahu???

Jom!!!

Khas untuk anda yang down apabila dikritik ^_*

Jika anda dikritik, apa yang sepatutnya dibuat supaya anda kekal bermotivasi?

Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif terhadap kritikan - kritikan negatif.

01.Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.

Kemaafaan adalah cara paling penting untuk membuat anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat.

Lupakan kata-kata yang mengkritik anda, ambil ia sebagai satu pengajaran sahaja. Jadikan kritikan sebagai cara anda mempelajari sesuatu.

Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar anda membuat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat anda tidak bermotivasi.

02.Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.

Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati anda membara, panas sebab dikritik dan telinga anda pedas mendengar suara si pengkritik.

Turunkan ego anda(bukan mudah nak turunkan ego ni..pandai2 la ye). Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik.

Untuk kekal bermotivasi, anda juga perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan adalah salah satu cara untuk memberitahu anda bahawa tindakan anda salah, sehingga tidak memenuhi sesetengah 'standard'. Like??? hoho..

Bertekadlah untuk membuat yang lebih baik di lain kali sekiranya anda mempunyai peluang.

03.Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Untuk Berubah dan Perbaiki Diri.

Sehebat manapun anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri anda lebih bagus dari orang lain. (Allah tak suka orang yang takabur)

Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan.

Bentuk diri anda agar menjadi semakin baik dari sehari ke sehari!

Pelajari cara yang betul, kemudian lakukanlah. Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya anda berpuas hati dengan apa yang anda berjaya capai.

Dengan itu, anda akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian yang lebih tinggi. Jika anda mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, anda hanya akan kecewa apabila dia semakin maju.

Lantas anda tidak akan bersemangat disebabkan oleh rasa iri hati, dengki dan tidak berpuas hati dengan kemajuannya.

Cara terbaik yang dapat dilakukan adalah menyembunyikan kehebatan dan pamerkan kesanggupan untuk terus berubah dan memperbaiki diri. Setkan matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat itu!

Ingatlah bahawa Mindset persaingan membunuh semangat, manakala mindset yang berusaha mencapai matlamat akan menyuburkan lagi semangat. Dengan ini, anda akan sentiasa bermotivasi!

So, be motivated everyday..

Special dediication bagi orang yang asyik kritik orang ^_* (saya tak marah anda pun)

Dalam kite menilai,kita juga turut dinilai..bukan hanya dari pandangan manusia..tapi pandangan dari segala pandangan,yang tidak ada satu pun terlepas dari pandanganNya..ALLAH!

Sayangilah setiap insan disekeliling anda..Ikhlaslah dalam memberi teguran kerana sayang kepada sahabat bukan kerana nafsu semata...

Untuk yang terakhir nya ingatlah kata2 ini " من لا يرحم لا يرحم "
Siapa yang tidak mengasihi,tidak akan dikasihi..
Anda nak ke?

Jadi fikir2kan..
Jika kita tidak suka dikritik di belakang,maka begitulah sahabat kita..
Apa yang kita tak suka jika orang buat pada kita,maka janganlah perkara yang sama kita lakukan pada orang lain..
Bersemuka itu lebih baik dan jalan keluar paling mudah untuk selesaikan masalah..
Anda setuju?
Terpulang pada pendapat masing2..
Ini sekadar pendapat saya..

Pesanan terakhir untuk semua ,insan yang marah kerana dikritik ataupun insan yang marah lalu mengkritik.... SENYUMLAH senyuman kita kuasa mengubat hati yang lara

^_^ PEACE NO WAR



Sunday, January 9, 2011

Senyum kan sedekah ^_^

^_^

Assalamualaikum...

Di pagi yang indah ni teringin untuk berkongsi salah satu dari sekian akhlak terpuji Rasulullah yang terkadang mudah untuk kita men'teori'kannya namun amat payah pula untuk mempraktikkannya..

Apakah ia???

Senyum...

Banyak kisah mengenai senyum ni..senyum ini sebenarnya berkait rapat dengan sabar..Mana tak nya, setiap kali ditimpa musibah,orang yang masih lagi mampu tersenyum ialah orang yang mampu bersabar..

Saya tidak berniat untuk mengarang mengenai topik ini pada pagi ini,namun sekadar berkongsi artikel yang saya 'curi' dari portal iluvislam..

^_^




Bukan sukar untk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.


Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.


Subhanallah...hebatnya akhlak Rasul kita..

p/s: Senyum la ye kawan2..tak kira la anda tengah marah ke,serabut ke,senyum je..senyuman kita ni ubat yang mampu meredakan hati yang sedang dilanda taufan...kalau kita asyik masam je,orang yang elok2 happy pun boleh hilang mood tengok muka kite..buruk rupanya masam2 ni..bak kata orang Perak ' hudoh bebenor..'

pEACE ^_^

Monday, December 20, 2010

Daun yang gugur itu...tidak pernah menyalahkan angin..

Usrah yang mengikat jiwaku di medan ini.ana sayang antunna


“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

Insan yg sukakan ikatan persahabatan...dan sayang akan sahabat.... bertuah sahabatnya....


Entry ini ditujukan khas kepada semua sahabat2 ana sama di Darul Quran,Kolej Matrikulasi Pulau Pinang,Maktab Mahmud,Sk Sri Taman,Sk Sg Korok dan juga semua insan2 yang pernah mengenali diri ini...

Semoga ukhuwah ini tidak akan sirna biarpun zaman berganti waktu..ameen..

Saturday, December 11, 2010

Muliakah kita orang yang ditarbiyah?

'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

'Ada sesiapa yang boleh jawab?'

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.

'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'

Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'

'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.

Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'

'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.

'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.

Keadaan sepi sebentar.

'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.

'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'

'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.

'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.

'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'

Mereka menggangguk.

'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.

'Antum faham tak maksud ana?'

"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.

'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.

'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'

'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.

'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'.

'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.

'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.

Subhanallah.

'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'

Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.

'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.

'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.

'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.

Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."

***

Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan. Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.

Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.


p/s: Peringatan dan ketukan buat diri yang hina ini...

Wednesday, June 17, 2009

Tanda-tanda Anda Dilamun Cinta

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.

Disini dititipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.

Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.





www.iluvislam.com
oleh : zulkamal
Editor : doraemong13