Saturday, March 3, 2012

Karak Castle

Trip to Karak Castle ni tak plan sangat pun,cuma angan2 nak p sini ja alang2
dah bermukim di Mu'tah cuti hari tu. Kebetulan ada En.Atiqullah ni nak jalan2 ke sana,
 maka kakaknya Awatif roger2 la kami yang memang teringin
 jalan ke sana.. ^_^


Sejarah Karak Castle

Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib,namun menurut sejarah kota 
ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi .Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba . 


Pada 1142 M, Lord Pagan – Butler telah memindahkan ibu pejabatnya dari Shobak ( Montreal ) ke sini di samping sebuah istana dan penggantinya pula menambah parit dan menara di sini . Kedudukan dan keutuhannya menjadikan Istana Karak ini sebagai kubu pertahanan sisi Timur bagi Kerajaan Latin . 
tinggalan kerajaan Salahuddin

Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan . Jelas kelihatan dari sini jalan perdagangan dan laluan haji ke Makkah di Lebuh Raya di-Raja dan berhampiran dengannya adalah Laut Mati serta Jerusalem . Pada 1161 M kota ini dikuasai oleh Reynald Chatillon yang digelar Gajah Masihi dan telah berkahwin dengan Etuenette de Milly .
Chatillon dikenali kerana kekejamannya dan dia juga telah memimpin tentera mengalahkan Solahuddin al-Ayubi di Montgisart pada 1177 M seterusnya sering menyerang pedagang Arab yang berlabuh di Laut Merah di samping membina bot-bot yang dihantar ke Aqabah. 

pandangan dari atas 
Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan. Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka .

entah2 lubang tu tempat pemanah aim sasaran kot..hihi

Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya . Kurun ke-13 dan 14 menyaksikan betapa kota tersebut dikemaskini dan diperindahkan struktur dalamannya di bawah pemerintahan Islam . Sultan Baibars telah bertanggungjawab dalam memperdalam parit kota di samping membina monumen di bahagian selatan dan menara bulat dengan simbol singa di tembok timur bandar kota tersebut . Namun gempa bumi pada 1293 M telah memusnahkan kebanyakan besar bahagian kota tersebut .


Ok. Sekian sejarah. Kami pun tak tau sangat sejarah nya dengan dalam, 
cuma yang tergambar dalam kepala ialah agak2 macam mana la kehidupan masyarakat pada zaman tu. 
Setiap celah lubang kami teroka sebab nak bayangkan tempat apa orang dulu2 buat kat situ. 
Ciwi jugak la ( ada sapa tak faham ciwi tu apa? hehe )..

Betapa hebatnya umat Islam pada zaman dulu, adakah kita hanya mampu berbangga
 dengan sejarah atau kita mampu mengulangi sejarah? Tak payah tengok kiri kanan, tengok diri sendiri dulu. Anda hari ini penentu generasi masa hadapan ..yosh !!


    
p/s: Jom g tempat lain pulak =)