Sebuah pagi yang cerah..
Terpancar musim bunga yang membahagiakan..
Lalu ku senyum dengan kebaikan yang kau tunjukkan..
Seperti selalu..
Kau ibarat cahaya yang mendamaikan..
*****
Pena ligat menulis, menghabiskan saki baki nota yang perlu dibuat untuk memudahkan hafalan.Satu demi satu helaian kertas ditarik. Fuh, banyaknya nota. Sempat ke hafal ni. Exam 3 hari lagi.
Kepala semakin sakit. Kerja banyak lagi yang belum disiapkan. Tensionnya!!!
"Sakinah, kau tahu apa perkembangan Syria sekarang?"
Tersentak Sakinah apabila pintu biliknya dikuak tiba-tiba. Apa kena minah sorang ni, tiba-tiba tanya soalan ni.
"Aku dengar makin agresif si Basyar tu bom saudara-saudara kita kat sana."
Gulp..
"Dua ribu buah keluarga di Homs dah lari ke sempadan Lubnan untuk mintak perlindungan"
"Haah..aku ada tengok berita kat Al-Jazeeraa"
"Kau ada tengok tak video yang seorang ayah ni bawa mayat anak dia tanpa badan?"
"Err..aku takut nak tengok"
"Tengokla, moga kau bersemangat sikit nak berjihad Khamis ni"
Satu senyuman dihulur. Ikhlas. Terima kasih sahabat. Dan seperti selalu katamu menusuk tepat ke sanubari.
*****
Kau menangis sendirian..
Kehilangan mereka yang kau cintai..
Bersendirian mengadu pada kekasihmu..
Meluah resah yang tersimpan..
Ya Muhammad engkau tidak sendiri..
*****
Duduk bersimpuh di masjid. Menunggu azan sebelum ke kelas. Mengenang keadaan iman. Apa khabar iman ku sekarang? Tiba-tiba mata terpandang sesuatu yang membahagiakan. Dan pandangan itu mulai pudar.
"Enti ada masalah? Kenapa enti macam dah lain sekarang"
"Takdelah..ok je" Pandangan mata dilarikan.
"Tak. Macam takda semangat. Dah tak macam dulu"
'Kalaulah engkau tahu'
Mata berkaca-kaca.
"Enti boleh kongsi dengan ana."
Berjuang hanya setitik nila, diuji sedikit ujian, sudah mula berkeluh kesah. Kawan di kiri kanan tiada yang membahagi simpati sudah mula berkecil hati, lantas rajuk membawa diri ke medan kealpaan, mula mencari kepuasan dimensi lainnya, maka saat iman mula menjerit kesakitan, adakah tiada yang sudi menghulurkan tangan?
"Nanti ana dah bersedia, ana cerita ya"
"Ana tahu apa yang enti lalui sekarang,ana juga pernah lalui, ana cuma nak bagitahu, kami semua sentiasa menunggu enti kembali seperti dahulu.SEMANGAT =) "
Terima kasih kerana menghulurkan tangan sahabat.
Papp! Bahu disentuh..aduh, nak bunuh orang ke ni.
Lukisan kenangan itu hilang.
"Oit cik kak, berangan apa sorang2?"
"Kan best kalau ada yang hulurkan tangan sekarang"
"Ha?? cakap apa tadi?"
"Eh takda apa2. Tengok dua orang anak Arab tu. Comel "
Di sana mereka sama-sama pernah melalui zaman kita ibarat satu banggunan yang kukuh, saling menguatkan antara satu sama lain ~ As-soff-4
*****
"Pelikla, macam mana ada orang begitu commited study? Aku study sejam pun dah tak senang duduk"
"Tu sebab diorang rasa diorang gain something dari apa yang dibaca, bukan untuk exam semata-mata, tapi sebab passion"
"Patutla aku tengok sorang member aku ni asyik melekat kat buku ja. Dari zaman sekolah kot"
"Kau nak tips belajar tak rasa jemu tak?"
"Nak3"
"Ubah cara berfikir kau"
"Ubah cmne"
"Setiap saat kau study tu, jangan pikir apa kau dapat kat dunia, tapi kau pikir setiap saat yang kau habiskan tu sebagai ibadah.Kau bayang setiap saat tu Allah redha dengan kau"
"Woh..sampai cmtu."
"Saje je hihi..but who knows. Dunia kan ladang akhirat =)"
*****
Langsir putih akhirat itu tersingkap.
Di ikat kemas.
Bila ditarik,
Terlihatlah dunia.
Dan mereka sedar, dunia ini.
Rupa-rupanya hanya sebuah mimpi.
Terus berlari-lari ke atas gunung.
Melaungkan,
"Islam itu tinggi! Islam itu tinggi"
Terasa amat letih, amat lesu.
Mereka tetap menarik senyum.
"Demi redha Allah, demi redha Allah.."
Bila ditarik,
Terlihatlah dunia.
Dan mereka sedar, dunia ini.
Rupa-rupanya hanya sebuah mimpi.
Terus berlari-lari ke atas gunung.
Melaungkan,
"Islam itu tinggi! Islam itu tinggi"
Terasa amat letih, amat lesu.
Mereka tetap menarik senyum.
"Demi redha Allah, demi redha Allah.."
*****
Ketenangan ada di sini
Tak jumpa kerana kau tak mencari
Kebahagiaan tersirat di hati
Tak rasa kerana kau tak menghayati
p/s: ada sape2 nak hulurkan tangan ..? ^_^