Wednesday, August 3, 2011

Antara Dua yang Aku Inginkan



Izzayyik?

Shelonak?

Kef Halak?

Apa khabar sume?

Ramadhan kini menjengah. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bernilai dari tahun yang sebelumnya. Ya. Ramadhan itu tetap sama. Yang membezakannya adalah amalan kita. Entahkan sempat atau tidak menghabiskan hari-hari berikutnya. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna =)


Semua orang telah bulat dengan keputusannya. Tinggal aku yang masih berkira-kira untuk membuat pilihan. Seperti biasa lazimnya diari hidupku , saat terakhir baru segala keputusan dibuat. Ironinya untuk seorang yang tidak berani untuk membuat pilihan , namu seringkali masih diberikan ruang untuk memilih . Aku seharusnya bersyukur kerana punya ruang untuk memilih yang terbaik dibandingkan dengan rakan-rakan yang telah 'dipilih' .

'Keluar dari kepompong itu. Berada dalam keadaan susah dan mencabar baru kita dapat lihat potensi diri kita yang tersembunyi'

Yesza! Memang tepat sekali. Selagi mana kita berada dalam zon yang selesa , selagi itu kita tidak akan memaksa diri kita untuk berusaha menghasilkan yang terbaik. Contoh yang paling sinonim untuk saya dan rakan-rakan DQ adalah apabila menjelangnya saat-saat terakhir kami untuk menghantar modal hafalan, boleh pula sehari hantar 4 hingga 5 maqro', kalau tidak hantar 1 maqro' sehari pun semput..kan? =) hihi . Lepas tu mula rasa teruja dengan diri sendiri
' Wah, tak sangka boleh hafal banyak' .

Begitulah kita. Bila dalam keadaan terdesak , baru kita 'push' diri kita untuk menghasilkan sesuatu yang optima . Jika tidak ada desakan , sampai bila kita tidak akan tahu dimana kelebihan dan kekuatan kita kan? ( ayat penyedap hati je ni..hihi )


Didiklah diri untuk sentiasa berani memajukan diri . Berani menghadapi suasana yang baru . Teruja untuk menghadapi kesusahan demi kejayaan yang gemilang . Katakan pada minda
'Its okay to work hard' . Jangan takut pada kesusahan dan kesakitan. Kerana itu lumrah untuk kita mendapat apa yang kita inginkan.

*********
Pandang sisi akhirat

'Begin with the end in mind'

Kenapa para salafussoleh begitu teruja berjuang berhabis-habisan untuk menegakkan syiar Islam? Walaupun mereka tahu , kesusahan yang terpaksa ditempuhi? Kerana mereka bijak . Mereka bijak dalam berjual beli . Kerana mereka tahu perniagaan yang mereka pertaruhkan akan memulangkan pulangan yang maha besar untuk mereka. Jadi mereka tidak takut menghadapi kesusahan dan penderitaan demi mengharapkan kebahagiaan yang tiada tandingan.

'Hidup segan , mati tak mahu'

Ramai antara kita, bila hidup pun sekadar hidup . Malas untuk beramal ibadah, malas juga untuk bekerja , malas juga untuk merubah taraf hidup sama ada semakin rajin melakukan amal kebaikan, bekerja ataupun belajar bagi pelajar. Kalau semua nya malas , lebih baik ber'hijrah' sahaja. Istirehat di negeri kekal abadi . Namun, tak mahu pula untuk mati. Kerana ibadah yang masih banyak kurangnya. ( peringatan terutama untuk diri )

Jadilah manusia yang bijak. Hidup di dunia ini tidak akan ada benda berharga yang kita akan dapat dengan mudah melainkan dengan usaha, doa dan rahmat dari yang Maha Esa. Pilihlah selagi masih diberi pilihan. Anda bijak kan? =)

*********

Antara Dua yang Ku Inginkan

Yang mana terbaik untuk diriku. Segalanya ku pasrahkan pada kehendakNya. Semoga jawapan isthikharah ini semakin teguh dari hari ke hari. Takut memang takut. Namun perjalanan hidup harus diteruskan. Pasakkan tekad untuk menuju gerbang kejayaan. Insyaallah.

p/s : Jordan am Malayzi???
Allahu ta'ala a'lam