Wednesday, July 13, 2011

Pelangi (DQ Mates)

(convo mood)

Senja ini mentari menyinar malu,
Ku lihat langit,
Terhampar luas kebiruan,
Ku renung lagi,
sehingga terlakar wajahmu di dada awan...

saat ini,
Ku terkenang kisah suka dan duka kita,
Sepanjang mengikat tali persaudaraan,
Terlalu banyak cubaan yang datang,
Betapa Allah mengatur setiap takdiran,

Dengan cukup teratur dan teliti,
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri,
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi...

Duhai angin,
Sampaikan padanya,
agar sabar dan tabah menghadapi hidup,
Kerana erti sebenar hidup ini,
Dalam erti 'memberi' bukan menerima...

Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu,
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu,
Namun ku sedari,
Hujan jua adakalanya akan turun,
Dan menghilangkan seri pelangi itu...

Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan,
Bila muncul menyinarkan,
Bila sembunyi tidak menghilang,
Ia ada di balik awan,
Cuma kadang-kadang tidak perasan,
akan erti sebenar sebuah kehidupan...

Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah.

Teruskan melangkah,
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,


Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat,
menghadapi gelombang ujian,
kerana itulah sebenarya ukuran iman,
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang...

iluvislam


p/s: Admin macam jiwang pulak..haha..sahabat2,lepas ni,semua pakat bawak haluan masing2 ..bila dapat kawan baru, kawan lama jangan pula dilupakan ya,bila ada masalah still boleh sharing caring lagi macam dulu..kepada cik madihah, tolonglah jangan confuse lagi..hu

Life is not just getting what you want , it is more wonderful when you can give happiness to others


ok...hujan ni berkilat2 pulak~

2 comments:

  1. Awat admin sejak akhir2 ni..? sedih nk tgglkan org malaysia ka? tula, org suruh stay x mau. x lama dh nk kluar upu ni..=)
    stay dlm lah..hehe

    ReplyDelete
  2. haha...ha..sedih tgai orang malaysia la ni...=) ..permohonan anda akan dipertimbangkan..aiwah..hehe

    ReplyDelete