Monday, May 2, 2011

Terasingkah kita???

Mindset 'ghuraba' saya kongsi dengan adik-adik. Bukan untuk menjadi kera sumbang, tetapi menjadi individu musleh yang mana tahu menilai antara baik dan buruk.

Sama ada kita lupa atau kita ingat, kita memang dilahirkan menjadi ghuraba' (terasing). Dari setitis air mani yang hina, kita adalah satu-satunya sperma yang berjaya menembusi ovum (Betulkan?).

Tetapi, bila kita sudah besar remaja, kenapa kita rasa bosan, keliru, tidak ada hala tuju, seolah-olah berkawan itu matlamat, bercinta a.ka. berpacaran itu caranya, jika duduk di gurun, kita tidak ada tempat bergantung?

GHURABA' ITU APA?

Ghuraba' (terasing) yang dimaksudkan bukanlah pengasingan bangsa, jantina, agama dan perkara-perkara yang memberi signifikan kepada fizikal atau sifat kemanusiaan. Ghuraba' yang dimaksudkan adalah suatu golongan yang tidak terasing dari sifat kemanusiaannya, tetapi terasing dari segi sikapnya yang kebiasaan.

Sebagai contoh yang mungkin sangat sinonim, kebanyakan remaja berpacaran, kebanyakan lelaki suka merokok dan menjadi suatu kebiasaan. Maka, hendaklah seseorang itu menjadi ghuraba' dengan menjauhkan perkara-perkara tersebut, biarpun 'fatwa' pengharamannya bukanlah sesuatu yang qot'ie (tetap), apa yang tidak baik, maka kita tolak.

GHURABA' VS INDIVIDU

Menyamai ghuraba' dengan sifat keindividuan (menjadi seorang diri) adalah satu konsep yang sangat jauh tersasar. Bahkan, istilah jama' taksir yang dipakai pun jelas menunjukkan bahawa ghuraba' itu meliputi sekelompok manusia, tidak kira latar bangsa dan jantina, mahupun agama, atau mempunyai matlamat dah hadaf yang sama, bila ia berbeza kerana sikapnya, maka ia adalah suatu pengasingan yang mungkin sesetengahnya mengenali sebagai konflik budaya. Konflik budaya yang wujud itulah adalah hasil ghuraba'.

Namun konflik budaya yang dihasilkan ini bukanlah merujuk kepada konsep individu yang jelas membawa kepada kehancuran ukhwah. Maka, tidak hairanlah bila mana kita disuruh mengasingkan diri, maka ramai mereka yang tidak faham mempercayai bahawa istilah 'kera sumbang' itu dikatakan lebih sinonim.

Hakikatnya, ghuraba' itu berJAMAAH... Bagaimana?

Dengan mengajak rakan dan sahabat-sahabat kita menjadi baik. Bukankah orang-orang baik ini dilihat terasing dari kelompok manusia kebiasaannya?

p/s : Allah menguji kita dengan keberadaan seseorang manusia dengan ghuraba'. Bila terasing itulah, maka kita merasai ditinggalkan, kebosanan, nak berteman, dan sebagainya. Bukankah Allah itu ada??

No comments:

Post a Comment