Thursday, May 26, 2011

Adik, kamu sakit ya? II


....Assalamualaikum....

Pengalaman berada selama 2 hari di hospital adalah pengalaman yang menarik . Bukan menarik kerana nurse nya yang cantik2, ataupun doktornya yang baik2, tetapi erti kasih sayang dan pengorbanan yang terlihat..

Ops bukan saya yang sakit..tapi budak kecik ni ha.


Seorang ibu sanggup bersengkang mata jaga anaknya yang sakit kerana sayang pada anaknya, tapi tak semua anak sanggup berkorban untuk seorang ibu..

Seorang ayah sanggup ke hulu ke hilir mencari wang mencukupkan biaya hospital yang mahal agar anaknya mendapat khidmat kesihatan terbaik, tapi tak ramai anak yang sanggup mengorbankan masa pun untuk menziarah ayahnya yang terlantar sakit di rumah..

Kadang kita rasa hebat dengan jawatan yang ada, dengan kelebihan yang dikurnia , tapi kita lupa tangan yang sering menadah doa untuk kesejahteraan kita.Kita lupa..

Berbalik pada kisah di hospital , ditempatkan di wad yang mempunyai seramai 4 orang pesakit memperlihatkan bermacam kisah kehidupan manusia..Ada bayi perempuan yang berumur 9 bulan, bayi lelaki berumur hampir 2 tahun , kanak2 berumur 7 tahun dan adikku yang paling tua,haha..9 tahun..




Kasihan adik kecil 9 bulan yang mengalami masalah penghasilan darah putih yang terlalu sedikit menyebabkan sistem imun badannya lemah.Si ibu yang tidak dapat cuti terpaksa meninggalkan kerjanya begitu sahaja demi menjaga anaknya.. ( memang comel pun budak kecik ni.. bila bosan jaga tuan puteri Nawal Nabeeha ni , boleh jugak la main dengan adik Batrisya..hi )

Ada satu peristiwa mencuitkan hati berlaku di hari terakhir kami akan meninggalkan wad..Seorang 'roomate' wad adik saya , lari satu floor hospital apabila dapat tahu dia akan disuntik untuk diambil sample darah..hi..Takut barangkali..Hampir 4 orang nurse diiringi seorang doktor terpaksa pegang budak ni.Riuh satu floor dengan jeritan budak ni.Nawal dengan banngganya cakap ;

'hi tak sakit la.Nawal cucuk jarum kat tangan tak sakit pun,macam kena semut ja'...haha...pandai la dia kata kat orang..Sedih ja muka budak umur 7 tahun tu..hii

Setelah selesai proses ambil darah , saya lihat adik tersebut memeluk erat ibunya..an andian boy..saya menghampiri adik tersebut (lupa pulak tanya nama)..



'Adik , sakit ya '
~Angguk kepala
'Sakit kat mana'
' my fingger ' slow je suara nye...( owrr..speaking ek ..hi )
' Which one '
' Here ' sambil menunjjukkan jarinya yang berbalut..
'sikit je ni..tak sakit lah..macam kena gigit semut je..soon u will be okay , ok boy?'
~Angguk kepala..kali ni dah ternampak sedikit senyuman..hui yang ni lagi manja dari adik ku..haha...

*******

Masa kita kecik, ibu bapa susah payah jaga kita siang dan malam...agak2 bila tua kita mampu tak jaga macam tu???

Betullah cakap Ust Hasrizal ,kasih sayang ibu bapa, kasih sayang Allah s.w.t adalah kasih sayang tanpa syarat. Jika kasih sayang Allah disyaratkan hanya solat yang penuh khusyuk , nescaya kita tidak dapat menebus kasih sayang yang Allah limpahkan pada kita..Allahu ta'ala A'lam..sekadar pandangan peribadi


p/s: Adakah aku pulak yang bakal menyusul selepas ini? Huhu