Tuesday, March 30, 2010

Hakikat kejadian diri...

Dia berjalan-jalan di tepi asrama, melintasi dorm-dorm yang pelbagai penghuninya juga pelbagai ragamnya. lalu tergerak hatinya untuk memasuki sebuah dorm yang berada di hujung asrama Z8 itu.

Diperhatikan bilik demi bilik, ada yang study, ada yang tidur, ada yang bermain game, ada yang berbual-bual, ada yang menonton movie, ada yang makan, ada yang membaca komik, ada yang sibuk bermain facebook dan sebagainya.Namun, di penjuru bilik itu, kedengaran bunyi santunan ayat-ayat Al-Qur'an yang sungguh merdu sekali, iramanya bagai mengusik jiwa, terasa gementar untuk dia menjengau melihat insan manakah yang menghuni penjuruan bilik itu.

semakin dihampiri semakin tajam kesan pukulan bacaan kalam suci itu, dia sudah biasa mendengar orang membaca Al-Qur'an di surau-surau dan masjid-masjid, juga di dalam mana-mana majlis. Pun begitu, yang kali ini lain sekali penangannya, apakah ini, jauh di sudut hatinya bercampur sangka-sangka yang pelbagai..

Perlahan-lahan dia mengintai melalui sebuah lubang kecil yang terbentuk antara langsir yang menutupi pintu masuk bilik tersebut..Alangkah terkejutnya dia, rasa seperti hendak gugur jantung dari "medial mediasternum"nya, Subhanallah!!!...

dia pengsan..........

lelaki yang sedang asyik mengaji itu mirip wajahnya, bahkan serupa, tiada bezanya.

lalu kehadirannya disedari oleh lelaki itu. Lelaki itu mendekatinya seraya menyapa " Duhai sahabatku, mengapa kau rasa takut, adakah kau tidak kenal aku?" soal lelaki tersebut lembut

"se..siapa engkau?, aku tidak kenal kau? " dia bertanya dengan sedikit gugup.."kau tanya siapa aku? pernahkah kau bertanya pada diri sendiri akan soalan yang sama tentang dirimu..siapakah dirimu dan untuk apa kau dihantar ke dunia ini?...sahabatku nampaknya kau masih belum kenal akan diri sendiri, lalu bagaimana kau mahu mengenal Tuhanmu" nada lelaki itu sedikit tinggi

dia makin keliru dan tidak mampu berkata apa-apa, jauh di benak hatinya membenarkan apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut, selama ini dia langsung tidak pernah memikirkan siapakah dirinya dan mengapa dia wujud di dunia ini, dia hanyut dengan putaran dunia, dia tertipu...

"Sahabatku, ketahuilah akan hakikat kejadian dirimu,sesungguhnya tiada yang wujud melainkan wujudnya Allah" lelaki itu bersuara lagi sambil memberikan Al-Qur'an yang dibacanya kepada dia

dengan berhati-hati dia mengambil kitab suci dari lelaki tersebut sambil merenung tajam akan wajah lelaki itu, walaupun serupa tetapi wajahnya penuh bercahaya "Ya Allah, apakah gerangan manusia ini, siapakah dia sebenarnya.." bisiknya dalam hati

lalu perlahan-lahan dia menagmbil mushaf Al-Qur'an yang berwarna putih itu dan membukanya..rasa sebak yang entah dari mana tiba-tiba datang menyelubungi diri sebaik sahaja merenung ayat-ayat Kalam Allah 'azzawajalla yang mulia tersebut...

menitis air matanya...

dia tersedar!!..Ya Allah, astaghfirullahal 'azim,mimpi rupanya...didapati Al-Qur'an pemberian lelaki tadi benar-benar berada di pangkuan tangannya, jantungnya berdegup kencang.....

2 comments:

  1. Seringkali kita lupa hakikat kejadian kita di dunia..terlau asyik dgn kenikmatan dunia..hingga kita tidak sedar kita terlalu banyak menyimpang dari asal tujuan kejadian kita..serulah wahai diri...bangunlah dari keasyikan duniawi..

    ReplyDelete