Bismillahirrahmanirrahim.. selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. kekasih Allah..
"aku hambaMu yang merindukan untuk syahid bersama para mujahid
di jalan para syuhada"
Tanpa kita sedari, hari makin hari umur makin bertambah. dan apabila angka umur meningkat, maka sebenarnya semakin banyak tanggungjawab yang kita galas. Tanggungjawab dengan manusia sudah banyak apatah lagi tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada pemilik mutlaknya iaitu Allah. Tanggungjawab itu bukanlah perkara mudah yang hanya akan berakhir di dunia sahaja, malah setiap tanggungjawab itu akan ditanya di akhirat kelak sewaktu hari perhitungan. bukan mudahkan memikul tanggungjawab?? Namun, sesuatu tanggungjawab selalu dipandang remeh sehinggakan kita merasa seolah2 ianya sekadar sesuatu yang boleh dipandang ringan. Bukankah tanggungjawab itu sebagai amanah?
Banyak perkataan 'tanggungjawab' yang disebut2, namun, sejauh mana kesedaran kita terhadap perkara itu. Sedar tidak sedar, diri saya sendiri selalu leka dengan pelbagai tanggungjawab. Saya seorang pelajar, jadi saya ada tanggungjawab untuk belajar. Saya seorang anak, jadi saya ada tanggungjawab untuk sentiasa berbuat ihsan terhadap ibu bapa saya. Saya seorang hamba oleh itu saya kena sentiasa bekerja untuk Tuhan saya. Saya seorang yang mempunyai banyak tanggungjawab lain lagi sebenarnya tapi saya selalu leka. Banyak hak2 yang tidak tertunai kerana kelalaian diri sendiri.
Jika tanggungjawab yang dipegang sekarang tidak tergalas, bagaimana untuk kita galas tanggungjawab yang lebih besar? ISLAM.. ya, itu tanggungjawab yang kita perlu galas didunia untuk kehidupan di akhirat. Kalaulah hari ini tanggungjawab yang ada masih belum mampu di penuhi hak2nya, apatah lagi kalau kita katakan kita ingin bawa ISLAM.
"Islam itu adalah agama yang hebat dan tidak akan memikulnya melainkan orang2 yang hebat"
jadi, sudah hebatkah kita? Bukanlah bermakna perlu sempurna untuk memikulnya, namun kita perlulah sentiasa mengejar kesempurnaan itu kerana tiada yang lebih sempurna melainkan Allah satu2nya. tiada dua, tiga atau empat.
Tindakan kita? sentiasa muhasabah diri, mendekatkan diri dengan Allah. Bukanlah sebanyak mana amalan kita semata2 yang dikira disisi Allah , yang penting keikhlasan dan kesungguhan kita untuk menzahirkan kecintaan kita kepadaNya. Tinggalkan dahulu perkara2 yang boleh menghalang matlamat utama kita. Matlamat kita tidak sama seperti mereka, hanya mahukan kekayaan dunia. tapi kita mahukan Syurga Allah.. ya, siapa yang tidak mahukan syurga. Namun, mampukah syurga dicapai tanpa rahmat dariNya??
Firman Allah s.w.t;
والذين ءامنوا وعملوا الـصـالحات سَـنُدخِلـُهم جَناتٍ تجرى مِن تحتها
الأنـهار خـالدين فيها أبدا لـَهم فيها وَعْد اللهِ حَـقـّـًا ومَن أصدق مِن اللهِ قِيلا
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" [An-Nisa'; 122]
Ayuh, semua pemuda pemudi, kita bangkit untuk memperbetulkan diri kita. Sudah lumrah kehidupan sebagai manusia yang lemah pasti di uji dengan pelbagai perkara. Jatuh dan kembali bangkit perkara biasa, namun jangan sesekali terus rebah tersungkur tanpa mampu bangun lagi. ISLAM menantikanmu sebagai pejuang mujahid yang insyaAllah mampu menaikkan kembali syiar ISLAM.
Salah satu wasiat Imam Hassan al-Banna untuk panduan kita semua;
Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. Anda hendaklah melalui fasa bersuluk menuju keredaan Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi. Anda hendaklah mendekatkan diri anda dengan Allah Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat, antaranya sembahyang malam, puasa tiga hari setiap bulan sekurang-kurangnya, membanyakkan zikir dalam hati dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada setiap masa.
p/s; selalu leka dengan tanggungjawab yang sepatutnya digalas dengan amanah. Pelajaran itu satu amanah, menjadi seorang da'ie itu satu amanah, alQuran itu perlu dijaga sebagai amanah, dan sebenarnya terlalu banyak yang kita perlu jaga. Bantu hambaMu untuk istiqamah melafazkan ayat2 cintaMu.
No comments:
Post a Comment