Thursday, January 28, 2010

Manhaj Perjuangan Rasulullah s.a.w

Manhaj Perjuangan Rasulullah SAW
MANHAJ PERJUANGAN RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT

Di dalam Al-Qur'an dinyatakan bahwa Rasulullah Saw itu adalah teladan yang baik bagi kita. Salah satu dari sekian banyak hal yang harus kita teladani dari beliau dan para sahabatnya adalah dari sisi perjuangan menyebarkan dan menegakkan nilai-nilai Islam. Ini menjadi amat penting dalam upaya mencapai sukses dalam mencapai kejayaan umat sebagaimana sukses yang telah diraih oleh Rasul dan para sahabatnya. Untuk berjaya maka perlulah kita contohi orang-orang yang telah terbukti kejayaannya. Dan tidak ada kejayaan yang lebih besar yang diraih melainkan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Dalam menuruti jejak-jejak manhaj perjuangan Rasulullah SAW, sekurang-kurangnya ada enam faktor yang harus kita kenang dan kita teladani dari perjuangan yang dilaksanakan oleh Rasulullah Saw dengan para sahabatnya demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

1. Perancangan Yang Matang.

Perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah Saw menghadapi banyak kesulitan. Meskipun perjuangan Rasulullah SAW kalau mendapatkan kesulitan akan memperoleh pertolongan dari Allah Swt, tetapi Rasulullah Saw dalam perjuangannya tidak berserah bulat kepada pertolongan Allah itu lalu beliau santai-santai saja. Sama sekali tidak. Tapi beliau justeru membuat perancangan yang matang tentang strategi perjalanan hijrah agar halangan dan rintangan mampu dihapuskan dan diungkai menjadi seminima yang mungkin. Perancangan yang matang itu misalnya dengan ditugaskannya Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidur Nabi untuk mengelirukan orang-orang kafir yang hendak membunuh Nabi. Perancangan yang matang juga nampak apabila Rasulullah tidak terus berangkat menuju ke Madinah, tapi beliau singgah dulu di gua Tsur selama 3 hari untuk menyulitkan percarian terhadap Nabi yang dilakukan oleh orang-orang kafir. Begitu juga sebelumnya, Rasul telah mengutus Mush’ab bin Umair untuk berda’wah ke Madinah guna mendapatkan peluang berhijrah bila tingkat permusuhan orang-orang kafir Quraisy semakin menjadi-jadi dan banyak lagi siri-siri perancangan yang matang dalam kaitan hijrah.

Itu semua merupakan suatu isyarat dari Rasulullah Saw bahawa perjuangan harus dilakukan dengan perancangan yang matang, agar matlamat perjuangan dapat dihidangkan kepada anak usrah dan masyarakat dengan mudah dan jelas, serta rintangan dapat dikurangkan seminima mungkin, untuk perjuangan berjalan lancar.Perancangan yang matang hanya akan terhasil dari manusia yang bijaksana dan mempunyai pemikiran yang bukan saja mengaku global tetapi juga menzahirkan keglobalan dalam tingkah laku, amal perbuatan. Seandainya mulut saja mengaku global, tetapi keglobalannya sehingga tidak mengendahkan dosa-dosa kecil, globalnya hanya di dunia dan tidak di akhirat. Orang yang berpemikiran global, tindak tanduk perancangan di dunia, akan dimulai dengan matlamat di akhirat. Kalau matlamat di akhirat tidak diendahkan dalam melakukan perancangan, cananglah keglobalan itu ke seluruh pelusuk dunia, tiada nilai di sisi Allah dan Rasul-Nya.

2. Kerjasama Yang Baik.

Dalam hijrah amat nampak bagi kita bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabatnya bahu membahu dan Saidina Ali karamallahu wajhahng berkerjasama yang baik. Rasulullah SAW telah meangagih-agihkan tugas yang sesuai dengan bakat dan kepakaran masing-masing dan para sahabat menjalankan amanah yang diberikan oleh Rasulullah SAW dengan sebaik-baiknya.

Tak ada dikalangan para sahabat yang iri hati dengan sahabat yang lain. Mana ada di kalangan para sahabat Rasulullah SAW apabila seorang sahabatnya berjaya dalam melaksanakan titah perintah Allah dan Rasulullah SAW-Nya, maka sahabat yang seorang lagi iri hati, menuduh sahabat yang berjaya melaksanakan tanggungjawabnya adalah salah. Lebih dahsyat sahabat itu memfitnah sahabat yang berjaya tersebut ?

Setiap arahan Rasulullah SAW, kesemuanya diterima dan dilaksanakan dengan baik meskipun risikonya sangat besar. Misalnya, Saidina Ali karamallahu wajhah ditugaskan oleh Rasulullah SAW untuk tidur di tempat tidur baginda, ini merupakan tugas yang risikonya sangat tinggi bila dilaksanakan kerana Rasulullah SAW adalah orang yang sedang dalam anacaman pembunuhan dari orang kafir dan ketika orang-orang kafir menggeledah kamar tidur Nabi SAW dan yang mereka dapati hanya Saidina Ali karamallahu wajhah lalu Saidina Ali karamallahu wajhah ditanya tentang dimana Nabi SAW berada; dengan keberanian yang hebat Saidina Ali karamallahu wajhah menjawab tidak tahu --meskipun sebenarnya dia tahu-- dan Saidina Ali karamallahu wajhah akhirnya harus mengalami siksaan dari orang-orang kafir. Inilah nilai sebuah persahabatan. Mereka menjadikan diri mereka sebagai sahabat kepada Rasulullah SAW, bukannya kenalan.

Saidina Umar bin Khattab Al Farouq juga mendapat tugas dengan risiko yang berat, yakni membentuk peperangan psychology dengan mengatakan: “siapa yang ingin anaknya menjadi yatim dan isterinya menjadi janda, cegahlah aku, kerana aku akan segera menyusul Nabi SAW berangkat ke Madinah”. Ungkapan Umar Al Farouq ini membuat orang-orang kafir menjadi hairan; bilakah Muhammad pergi ke Madinah, padahal beliau masih di kota Mekah.

Begitu juga Saidina Abu Bakar As Siddiq As Siddiq juga bertugas menjadi pendamping Rasulullah SAW yang setia meskipun risikonya juga sangat besar, apalagi Nabi SAW mau dibunuh yang seandainya mereka tahu dimana Nabi SAW bersembunyi, tentu Saidina Abu Bakar As Siddiq juga akan dibunuh oleh mereka. Tapi Saidina Abu Bakar As Siddiq tetap menjadi pendamping Rasulullah SAW dalam persembunyiannya di gua Tsur selama tiga hari, bahkan anak-anak Saidina Abu Bakar As Siddiq juga memberikan sokongan penuh dalam kerjasama yang baik, mereka membawakan makanan dan memberikan informasi-informasi penting untuk Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As Siddiq.

Itulah diantara contoh-contoh bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabatnya telah bekerjasama dengan baik dalam perjalanan hijrah itu. Ini juga menjadi isyarat bagi kita bahwa perjuangan menegakkan nilai-nilai Islam di muka bumi ini tidak mungkin dilakukan oleh seorang diri. Sehebat manapun kualiti orang itu, makanya diperlukan lebih ramai orang-orang yang berkualiti dalam perjuangan agar perjalanan perjuangan menjadi lebih lancer. Dan orang yang banyak itu harus bekerjasama sebagaimana bangunan yang saling kuat menguatkan dan lengkap melengkapi, inilah memang model perjuangan yang disenangi oleh Allah Swt sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Qur'an yang artinya: Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (QS 61:4).

3. Pengorbanan Yang Besar.

Hijrah Nabi SAW dan para sahabatnya ke Madinah juga memberikan contoh kepada kita betapa yang namanya perjuangan itu memang menuntut pengorbanan, baik pengorbanan harta, jiwa, tenaga, pikiran, waktu dan perasaan. Dengan perasaan yang berat, Nabi SAW dan para sahabatnya harus ikhlas meninggalkan kampung halaman dan keluarga, Saidina Ali karamallahu wajhah bin Abi Talib dan Asma binti Saidina Abu Bakar As Siddiq terpaksa menanggung derita penyiksaan yang dilakukan orang-orang kafir terhadap dirinya dengan sebab menjaga rahsia tempat persembunyian Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar As Siddiq di gua Tsur.

Saidina Abu Bakar As Siddiq sendiri berkorban dengan semua harta yang dimilikinya sebagai bekal dalam perjalanan jauh menuju Madinah, sementara sahabat-sahabat Nabi SAW yang berada di Madinah dengan keikhlasan yang tiada terkira siap mengorbankan kepentingan-kepentingan peribadi dan keluarga mereka guna menolong sahabat-sahabat dari Mekah dan itu pula sebabnya mengapa mereka disebut sebagai kelompok ANSAR yang ertinya penolong.

Dengan pengorbanan yang besar itulah, perjuangan insya Allah akan mencapai hasil yang maxima, sedang orang-orang yang berkorban dengan penuh keikhlasan telah dijamin oleh Allah terhindar dari azab neraka yang pedih dan mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Tanyalah kepada diri kita, apakah kita sudah pun mengorbankan rasa nikmat dalam melakukan maksiat dan kemungkaran demi memperjuangkan Islam ? Allah berfirman yang ertinya:

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya (QS 61:10-11).

Di dalam ayat yang lain, Allah Swt menegaskan tentang jaminan syurga itu, Allah berfirman yang artinya:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka (QS 9:111).

4. Keikhlasan yang tulus.

Hijrah merupakan perjalanan yang jauh, mencengkam dan sulit. Oleh kerana itu hijrah harus dilaksanakan dengan niat ikhlas agar kesungguhan kita terserlah demi Allah dan Rasul-Nya. Tanpa kesungguhan, tidaklah mungkin hijrah itu mampu terlaksana. Begitu juga dengan perjuangan. Keikhlasan itu perlu dalam perjuangan, kerana keikhlasan akan mencetus daya dorong untuk menzahirkan kesungguhan dalam perjuangan. Segala ujian musibah dan kesukaran dalam perjuangan akan dihadapi dengan sabar dan redha. Segala nikmat yang diperolehi sepanjang melalui jalan jihad, akan disyukuri dan diagih-agihkan nikmat tersebut sesame sahabat perjuangan yang lain. Andainya kita berjuang untuk mendapatkan perempuan, maka perempuanlah yang kita perolehi, bukannya kasih saying Allah dan rasul-Nya. Andainya kita berjuang agar orang mengatakan kita alim dan punya ilmu yang tinggi, maka gelaran anugerah manusialah yang kita perolehi. Itu pula sebabnya Rasulullah SAW bersabda dalam hadits yang sangat kita kenal:

Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya dan yang teranggap bagi tiap orang apa yang ia niatkan. Maka siapa yang berhijrah semata-mata kerana taat kepada Allah dan Rasulullah SAW-Nya, maka hijrah itu diterima oleh Allah dan Rasulullah SAW-Nya. Dan siapa yang hijrah kerana kerana keuntungan duniawi yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya (HR. Bukhari dan Muslim).

Tanpa keikhlasan dalam perjuangan, maka dengan ketidak ikhlasan kita itulah kita berburuk sangka dengan orang yang lebih mampu memperjuangkan hukum Allah. Dengan ketidak ikhlasan kita itu jugalah kita berani menuduh orang yang berusaha menegakkan Islam tetapi tidak sealiran dengan kita sebagai sesat. Dan kerana ketidak ikhlasan kita jugalah, kita mengelabui mata masyarakat dengan teori global yang pada hakikatnya adalah jumud. Hakikatnya kita sudah pun tertapis dari senarai orang-orang yang memperjuangkan hukum-hakam Allah.

5. Persaudaraan Yang Indah.

Setelah Rasulullah SAW dan para sahabatnya tiba di Madinah, sambutan luar biasa ternyata diperlihatkan oleh orang-orang Madinah, bahkan Rasulullah SAW sendiri sampai bingung harus tinggal dimana, bingung bukan kerana tidak ada tempat untuk baginda, tapi bingung kerana hampir semua orang Madinah menginginkan agar Rasulullah SAW menetap di rumah mereka. Oleh kerana itu Rasulullah SAW menyatakan “ biarkan unta ini berhenti, dimana dia berhenti, disitulah saya akan menetap.” Para sahabat yang lain juga diterima dengan senang hati untuk menetap di rumah kaum muslimin Ansar di Madinah, bahkan ada diantara orang-orang Ansar itu yang membahagikan hartanya menjadi dua untuk diberikan kepada orang Muhajirin serta menyiapkan jodoh seorang wanita yang soleha untuk diperisterikan sahabatnya dari kaum Muhajirin.

Inilah nilai ukhwah di kalangan kaum Muhajirin dan Ansar. Nilai ukwah yang ditunjukkan, tidak pernah menghalalkan yang haram. Nilai persaudaraan yang ditunjukkan bukanlah bermakna menjaga hati kawan yang melakukan kemungkaran dan berusaha menutup kemungkaran kawan sambil menafikan hukum yang telah diturunkan Allah. Sebaliknya berusaha membantu sahabatnya untuk menguatkan asas keimanan. Agar setiap suruhan Allah dapat dilaksanakan dengan hati yang tenang. Agar setiap larangan Allah dapat ditinggalkan walaupun nafsu masih berselera melakukannya.

Persaudaraan yang indah itu diperkukuh lagi oleh Rasulullah SAW dengan dibangunnya sebuah masjid yang kemudian diberi nama dengan masjid Nabawi, masjid yang difungsikan sebagai pusat pembinaan umat dan persaudaraan kaum muslimin merupakan sesuatu yang dibinanya.Bermula di masjidlah tarbiah dan ta'alim dilaksanakan. Maka role model kepada sistem kemasyarakatan dirancang, seterusnya perlaksanaannya dizahirkan oleh para sahabat. Para sahabat berfungsi berdasarkan bakat dan kepakaran di bidang masing-masing tanpa mempunyai rasa iri hati, hasad dengki, riyak dan ujub. Kesemuanya tunduk dan sujud kepada Allah SWT kerana mereka sedar hanya Allah tempat dipohon segala anugerah.

Ini merupakan isyarat dari Rasulullah SAW bahwa perjuangan yang berat dalam menegakkan ajaran Islam mesti ditopang dengan ukhuwah dikalangan kaum muslimin. Bila tidak disokong dengan ukhwah, meskipun potensi yang dimiliki oleh kaum muslimin sedemikian besar, tanpa ukhuwah akan membuat kaum muslimin menjadi tidak bermaya sehingga mudah dipermainkan oleh orang-orang kafir. Tanpa ukhwah, maka tercetuslah krisis. Tersenyumlah musuh Islam menanti masa untuk menangguk di air keroh.

6. Kebanggan Sebagai Muslim.

Sambutan yang sedemikian hangat, persaudaraan yang sedemikian indah dan kokoh serta pembangunan kota Madinah yang berhasil dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya membuat kaum muslimin baik dari muhajirin maupun ansar semakin memiliki kebanggan sebagai muslim. Kebanggan sebagai muslim ini merupakan modal yang sangat bererti bagi perjuangan selanjutnya dan ini memang betul-betul terjadi.

Maka dengan kemajuan yang dicapai oleh kaum muslimin membuat orang-orang kafir Quraisy iri dan dengki, merekapun akhirnya meniup kembali api permusuhan dan dua tahun sesudah hijrah itulah meletus perang yang pertama antara kafir dengan muslim.

Perang sebenarnya sudah dihindari oleh Nabi SAW dengan hijrah ke Madinah, tapi kalau sudah hijrah mereka tetap saja menyerang, apa boleh buat; kalau musuh sudah menyerang tak pantas lagi kita lari. Dan peperangan pun dimenangkan oleh kaum muslimin. Dan inilah pendirian para pejuang. Seandainya kita sudah berusaha mengelakkan api permusuhan demi membina asas keimanan dan ukhwah, tetapi jika kita terus-terusan diserang sehingga menggugat usaha kita memperkemaskan asas keimanan kita, maka pertahankanlah usaha yang telah kita rintis. Jangan sampai role model yang sedang kita usahakan dihancurkan oleh manusia-manusia durjana yang ingin melihat kemungkaran merajalela di muka bumi Allah. Maka persiapkanlah diri kita untuk berhadapan dengan mereka yang ingin merosakkan keimanan kita.

Ini juga sebuah isyarat bagi kita bahwa kebanggan sebagai muslim itu memang sangat diperlukan agar seseorang bersedia menghadapi sebarang permasalahan sebagai seorang muslim. Kerana itu Allah memperingatkan kita agar tidak putus asa sebagai seorang muslim. Allah berfirman yang ertinya:

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman (QS 3:139).

Jadi saudara dan saudari sahabat seperjuangan sekelian. Saya menyeru kepada diri saya dan saudara-saudari, berjuanglah demi kemuliaan Islam. Harungilah ranjau halangan dalam perjuangan dengan sabar dan redha. Kuatkanlah pautan hati dengan Allah, agar kita merasa nikmat dalam penderitaan perjuangan ini. Semoga kita beroleh syurga dan kebahagiaan sebagai tempat rehat kita di akhirat.

No comments:

Post a Comment