Assalamualaikum w.b.t.
Moga dalam rahmat & cinta Allah s.w.t.
Ukhuwwah yg terjalin dlm laman ini sungguh bermakna…Tanpa suara dan tanpa wajah namun tetap merasakan kebersamaan kita. Hampir setiap minggu dan hari kita melayarinya, membelek makluman2, tazkirah mahupun perbincangan semasa. Sesekali kita tersenyum, sesekali kita merenung dan sesekali kita menangis dek tazkirah yg melantun hati. Namun terasa sangat hambar tanpa menatapinya….Itulah tempias Al-Ikhwatul Imaniah (persaudaraan atas dasar iman).
Wahai sahabatku,
Al-Islam itu adalah citarasa, Al-Islam itu adalah kesetiaan, Al-Islam itu adalah perasaan & sentimen. Agama ini bermuamalah dgn jiwa dan hati manusia. Agama ini tidak bermula dgn mempergunakan kekuatan anggota badan, bukan juga dgn mengajak bertengkar dan mencabar, akan tetapi bermula dengan kata2 yg baik dan pandangan yg pengasih.
Sahabat yg disegani,
Alam ini berhajat kepada hati, perasaan dan sentimen. Marilah kita menjadi sbg hati bg alam ini dan kita hidupkannya dgn perasaan dan sentimen. Sesungguhnya manusia yg hidup tanpa hati, perasaan & sentimen, walaupun ia mempunyai falsafah, teori atau pengalaman namun manusia ini tidak akan menjadi manusia yg sebenarnya selagi mereka tidak punya penilaian nafsiah & rohaniah. Sebaliknya ia hanya menjadi manusia robot dan komputer yg memenuhi tugas dan keperluan manusia.
Sahabat yg disayangi,
Para Pendukung dakwah pernah berpesan bahawa manusia yg sanggup menjadi rantai penyambung perjuangan dakwah ini perlu berada di puncak kebersihan. Dakwah yg kita cita-citakan ini memerlukan kebersihan hati kita supaya hati kita dapat memberi dan menerima sabar dan bertahan dalam kesabaran, mudah mengampunkan dan bertoleransi, sanggup turun merendah diri ketaraf golongan yg lemah dan sanggup pula membawa mereka ke taraf org2 yg kuat, menghampiri manusia dgn perlahan-lahan supaya mereka tidak lari dan tidak membicarakan hak2 org lain kecuali dgn baik krn kita mencari mereka utk dakwah….
Sahabat yg dirahmati Allah,
Da’I itu menyeru manusia kpd Allah s.w.t. dgn hikmat dan perkataan yg baik. Ssghnya hikmat itu lahir dr hati yg berhubung dgn Allah krn Allah s.w.t. sahajalah yg akan menyalakan lilin hidayat. Kita jangan alpa utk berusaha memenangi hati2 mereka dan berlemah-lembutlah dgn mereka dan persatukanlah hati2 ini dgn ithar, ri’ayah, sabar & cinta.
Buat sahabat2 dikampus,
Al-Ustaz Hassan Al Banna pernah berpesan:”Aku berharap penuh supaya kamu berjaya terus terutamanya dlm pelajaranmu kerana padanyalah akan diperolehi kejayaan utk dakwah.Seorg saudara muslim itu wajib punya kemahiran di dlm satu-satu jurusan hidup. Dakwah kita memerlukan ahli2 ikhtisas ilmiah yg mahir”.
Sahabat sefikrah,
Keyboard yg ditekan bukan sekadar mengisi masa lapang .Namun….Terselit dlm sanubari moga WARKAH yg dilayar ini dapat menjadi titipan bersama yg mampu mengoreksi dan memuhasabah bagi menjana keperibadian yg dikehendaki. Sahabatku yg dihormati…carilah ilmu sebanyak yg terdaya……keperitan mencari dan memiliki itu menyebabkan kita akan menghargai apa yg kita cari. Smmgnya adat manusia akan lebih menghargai apa yg mereka cari…namun di titik akhir usaha kita perlu dikibarkan bendera keredhaan bahawa tidak semua yg kita ingini dan cuba kita capai akan menjadi milik kita… Bukankah kita dituntut utk berusaha….Allah s.w.t. telah berjanji bahawa Dia akan menanyakan usaha kita bukan apa yg kita berjaya capai…????Berusahalah sahabatku dlm apa jua bidang/lapangan selagi tidak menderhakakan syariat…..
Akhir kalam, ana mohon ampun&maaf jika ada bahasa dan ungkapan makluman yg punya kelemahan/kesilapan
No comments:
Post a Comment