Tasek itu damai. Setenang kelopak air membelai. Sehingga membuatkan dia lalai. Bagaikan suatu keajaiban. Memandang tasek itu bagaikan menerbangkan segala keserabutan yang berada di jiwa. Tidak pernah dia lihat tempat setenang ini. Sungguh indah ciptaan Ilahi. Dan dia masih duduk bersimpuh di situ. Untuk yang kesekian kalinya.
*****
' Oih..termenung sorang-sorang 'sergah Khadijah dari belakang pada sahabat karibnya, Nurul.
' eee..apa ni..terkejut orang. Bagi la salam sikit. Mana pergi ni..lama tau orang tunggu ' cebik Nurul manja.
' Aloh, sori la..dari dewan makan tadi. Tapau makan lebih sikit, buat berbuka nanti'
Nurul masih lagi merenung jauh. Ada perkara yang merungsing fikirannya.
Khadija memang seorang sahabat yang baik. Selalu menemani tika suka. Selalu menghiburkan kala duka. Dia sangat istimewa.
'Saya akan minta surat pelepasan kuliah dari HEP. Tidak tahu untuk berapa lama.Mungkin seminggu, mungkin dua minggu, mungkin satu sem. Sehingga ibu sembuh'
Mata Nurul membesar dan membulat. Kaget.
*****
Semua orang sibuk menghantar hafalan masing-masing. Tinggal Nurul masih terkial-kial di halaman yang sama. Padahal dari petang semalam lagi dia memulakan hafalan. Hati telah mula rasa resah, kalau tak lancar jugak tasmik hari ni mesti ustazah marah ni.'Sape tak tasmik dengan ustazah lagi berdiri'
Aduh, konfem aku sorang je yang kena berdiri ni. Monolog dalaman Nurul.
Nurul berdiri perlahan-lahan. Sambil mukanya ditunduk ke bawah. Bagaikan pesalah yang menanti dijatuhkan hukuman.
'Kamu tak boleh rehat. Jumpa ustazah lepas ni. Yang lain boleh keluar'
*****
Airmata mengalir laju. Tiada ungkapan yang dapat diluahkan. Persoalan itu dibiarkan begitu sahaja.'Kamu ada masalah apa ni Nurul. Kenapa dua tiga hari ni prestasi bacaan kamu mulai menurun? Ustazah kecewa dengan kamu.'
Hati rasa sedih. Dalam masa yang sama menyalahkan insan-insan yang selalu memberi tekanan untuk dia menghadiri liqo, dan juga memberi timbunan kerja-kerja untuk disiapkan.
'Arghh..ini semua salah mereka. Kerana tekanan mereka aku tidak dapat fokus hafalan.Dahlah result sem 4 aku jatuh merudum,takde sape nak datang jenguk aku' huh!
Pendam yang lama membuncah. Rupanya Nurul masih lagi menyimpan rasa amarah itu.
Syaitan mula menyebarkan hasutan. Membisikkan kata-kata benci kepada kebaikan yang tiada pulangan.
'Tu la, pasal kau buat kerja-kerja tu la, kau tak sempat menghafal. Ini semua salah mereka, bukan salah kau'
Bisikan itu berbunyi lagi.
Diammm!!
*****
Sahabatku,jangan lepaskan tanganmu.Hari berganti hari. Nurul hanyut dalam dunia sendiri. Tiada lagi menghadiri usrah, tiada lagi menghadiri majlis ilmu. Tiada lagi beban kerja untuk ditunaikan.
'Mulai hari ini, aku tidak mahu lagi berkepit dengan mereka. Aku dah letih'
Sudah dua minggu lebih begini. Nurul banyak menyepikan diri di dalam bilik. Mula menghindarkan diri dari kawan-kawan yang biasa dengannya. Berdendam dengan mereka. Kerana tidak ada sewaktu dia memerlukan.
'Macam ni lagi best. Rilex. Banyak masa nak study'
Earphone dimasukkan ke dalam telinga. Dari mendengar radio IKIM, beralih pula ke siaran Hot.fm. Dari mendengar mp3 al-Quran beralih pula ke lagu hiburan.
*****
"Tok..tok..tok.."'Assalamualaikum..Nurul...Khadija ni, saya tahu awak ada kat dalam, bukalah pintu'
Pintu dikuak dari dalam. Tidak dapat menyembunyikan lagi rasa rindu pada sahabatnya. Akhirnya kau pulang juga sahabat.
'Nurul sihat?'
'Emm..'
'Kenapa ni, tak suka jumpa saya lagi?'
Matanya berkaca. Bukan aku tak mahu jumpa engkau sahabatku. Aku berkecil hati. Merajuk pada mereka yang bergelar sahabat. Tidak ada yang bersimpati terhadap kesusahan yang aku alami.
'Tentu awak dengar mereka bercakap belakang pasal saya kan?' duga Nurul. Suaranya perlahan. Menahan sebak.
Khadija senyum. Masih seperti dahulu. Tiada sangkaan negatif yang dilemparkan.
'Saya dengar. Tapi saya lebih suka dengar dari mulut awak sendiri'
Tangannya diletakkan di atas bahu sahabatnya. Menghadiahkan pelukan dari sisi.
'Malam tu, saya dah cakap dengan mereka. Saya minta direhatkan dari hadir usrah. Saya nak fokus hafalan. Hafalan saya dah merosot. Tapi mereka tak dengar. Paksa juga saya hadir.'
'Lepas tu apa yang berlaku?'
'Saya kena tegur dengan ustazah. Saya makin tertekan. Sudahlah result saya baru-baru ni jatuh merudum. Takde sape datang tenangkan saya. Saya kecewa dengan mereka. Bila khidmat saya diperlukan, semua datang, tapi bila saya dalam kesusahan, takda sape peduli. Mungkin mereka hanya nampak saya apabila khidmat saya diperlukan'
Syaitan semakin galak menencucuk gegendang telinga Nurul. Memberikan dalil-dalil untuk membenarkan kebatilan.
'Jadi, apa yang Nurul lakukan sekarang?'
'Saya menjauhkan diri dari mereka. Saya tidak mahu lagi buat apa-apa.Saya nak study'
'Hati rasa tenang sekarang?' tanya Khadija bersungguh.
Anehnya Nurul tidak dapat mengiyakan bahawa hatinya makin tenang sekarang. Walaupun masanya tidak lagi sibuk melakukan urusan kerja, anehnya masa itu kian singkat. Sekejap sahaja masa berlalu. Entah ke mana masanya dihabiskan.
'Tak' jawab Nurul ringkas.
'Nurul merajuk dengan mereka ya?'
Khadija senyum. Khadija tahu. Sahabatnya itu bukan hendak lari dari perjuangan. Cuma dia sedikit kabur dari tujuan asalnya.
'Nurul, kita buat gerak kerja bukan untuk mereka. Bukan juga kerana mereka. Kita buat kerja kerana Allah. Jadi buat apa Nurul nak berhenti buat kerja Islam ni sebab mereka tidak memenuhi perasaan Nurul. Sebab mereka tidak ada waktu Nurul perlukan mereka. Ingat Nurul, manusia itu Allah hantar sebagai wasilah. Mungkin ada masa mereka akan ada untuk menguatkan kita. Tapi tak selamanya kita boleh bergantung dengan mereka untuk memberi kita kekuatan. Kerana sumber kekuatan kita adalah Allah. Setinggi mana kepercayaan kita pada Allah. Setinggi mana keikhlasan kita semasa kita melakukan kerja Islam'
'Nurul, anggaplah kegagalan awak sebelum ini sebagai medan Allah menguji seikhlas manakah awak bekerja untuk Nya. Adakah semata-mata kerana mengharapkan pujian dunia atas sebaliknya.'
Nurul sebak. Dia tahu masalahnya yang sebenar bukan kerana beban kerja yang banyak. Dia yang semakin longgar hubungannya dengan Allah sehingga menjejaskan hafalannya. Tidak wajar dia meletakkan kesalahan itu pada bukan tempatnya. Bukan kesibukan melakukan gerak kerja Islam yang merosakkan mutu pengajiannya namun tipu daya dunia yang telah membuatkan hubungannya dengan Allah renggang.
'Nurul, saya tahu awak pun tak suka jadi macam ni. Saya kenal awak. Awak bukanlah orang yang mencari-cari alasan untuk lari dari perjuangan. Awak cuma berehat sebentar melepaskan lelah, kan sahabat? Berbicaralah dengan hatimu. Kau akan temui kebenaran itu '
Nurul tersentak dengan ayat terakhir itu.
'Berbicaralah dengan hatimu. Kau akan temui kebenaran itu'
Terima kasih sahabat. Tuturmu sentiasa memberi inspirasi. Ya, aku banyak menuding kesalahan pada diri orang lain, sedangkan kesalahan itu berpihak pada diriku. Terima kasih kerana sentiasa percayakan aku. Terima kasih kerana menghulurkan tanganmu.
"Wahai orang beriman Mahukah aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasul dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu"As-soff 10 & 11
Ketenangan itu ada di sini. Tak jumpa kerana kau tak menghayati.
TAMAT
"Kekuatan Allah bersama-sama dengan jemaah. Sesungguhnya serigala itu hanya akan (dapat) memakan kambing yang terpisah (kumpulannya)"-Riwayat Abu Daud.
Bila kita berseorangan, tiada teman mengingatkan maka tiada rasa semangat untuk menghidupkan Islam.Masa tu mudahlah serigala datang mengorat.
Dan juga buat sahabat-sahabat yang melihat sahabatnya mulai futur dalam perjuangan, janganlah bersikap sukdzon padanya. Hulurkanlah tanganmu. Sentiasalah bermanis muka, kerana percayalah tidak ada siapa yang mahu hari-harinya lebih buruk dari hari sebelumnya..
Bukankah kita saudara?
p/s: Sapa nak hulur tangan masa Missa Albiruni jatuh? Dia selalu ditinggalkan berseorangan tu.Harap2 ada la.