Sunday, February 12, 2012

Fasiiruu...

Kau berjalan,
Berlari,
Berhijrah, beribu batu dari tanah kelahiranmu,
Cuba mencari kembali kedekatan yang pernah kau rasakan..

Berharap di sana lebih dekat dengan tuhanmu..

Lalu di sana juga tidak kau temui kedekatan itu, berfikir..
Perlukah berhijrah lagi?

Dan jika tidak temui, ke bumi mana lagi kau mahu berlari?

Mungkin betul, bila kamu mahu berubah, maka carilah persekitaran yang setaranya..

Tapi yang lebih penting,jangan kamu lupa,
Dimana kamu berada Allah itu sentiasa dekat denganmu.

"Bukan di mana tempatmu berada, tapi dimana hatimu berada."