I Never Regret
Masa interview baru2 ni untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menyambung pelajaran ke Jordan, seorang penginterview mempersoal , ' Kenapa awak masuk Darul Quran, rugi masa, orang datang Jordan lepas spm , awak dah masuk matrix kemudian sambung Darul Quran , dah buang masa awak 3 tahun. Awak sepatutnya sambung bidang sains awal2 lagi .Sayang result '
PAUSE seketika.....
Huhu..sesedap oren je pakcik ni. Pakcik tak tahu Darul Quran tu cmne..Darul Quran tu kan...
Bangun2 pagi benda pertama yang didengar adalah ayat Al Quran yang dipasang di masjid ataupun surau. Dan perkara pertama yang dicari adalah Al-Quran. Maka dengan mata yang separuh terbuka, teraba2lah ia mencari Al-Quran .ye la modal tak penuh lagi..keh2x..( haih salah niat ke pe ni.hi)
Pagi2 tak risau kalau tak letak alarm phone pun, sebab alarm pintu lagi kuat bunyinye, macam nak pecah je pintu ( ni zaman2 tahun 1 dulu la, kan budak2 baru semua satu aras,semangat lagi la tukang kejutnye pun..hi)
Kadang2 aku tukang kejutnya, tapi yang paling setia pak ketuk pintunya mestilah Faten Zakiah, biro U-Lead masa tu..mula2 ketuk guna tangan, lama2 haih tak boleh jadi ni, kemek la tangan macam ni, maka satu alternatif baru dicari iaitu mengetuk dengan payung dan penyapu..Bijak kan? =) ngee...
Ngantoknye~ |
Kisah kat bilik air pulak lain,kalau taknak berebut bilik air , kena la bangun awal, kalau tak, sempat mimpi lagi sementara nak tunggu tandas kosong..pergh..ayat..hihi..Pendek cerita nya, bangun awal supaya tak berebut di bilik air dan dapat segera ke masjid..Tapi yang bestnya bangun2 pagi dah dengar orang riuh2 kat bilik air, ceria je, ye la semangat nak pergi kelas kan..hihi..
Angin dingin pagi menusuk2 segenap tubuhku memberikan satu kesegaran yang amat luar biasa. Itulah semangat budak tahun 1..keh3x..Dari asrama nak pergi masjid tak jauh mana pun, 5 minit je dah sampai..Pagi yang gelap gelita pun diredah. Sambil menoleh kiri dan kanan.Bukan takut hantu, tapi takut terserempak dengan banin.Macam tu la banat..^_^ .
Sampai kat masjid semua berharap imam yang mengimamkan solat suara sedap, bukan apa, takut tak khusyuk je..he..Kan time kritikal waktu tu, mengantuk..Lepas solat subuh, ada yang stay meneruskan hafalan di masjid , ada yang cepat2 pulang ke asrama ( bukan ape, kes tak sempat khidmat diri la tu ) , tapi seperti sedia maklum selepas 30 minit usai solat, maka insan2 yang tadinya stay di masjid untuk meneruskan hafalan , semuanya sujud sahwi di hadapan papan rehal..^_^ zzZZ .( Jangan risau kepada mereka yang terbabit , saya memahami..hi)
Sebelum pergi kelas minum secawan Radix dulu.Takut tersengguk2 dalam kelas.Kang ade lak nak kena berdiri luar kelas kang.Woo syadid kan..hihi..
Malas turun dewan makan pagi2 |
Tapi walaupun kena denda, biasanya para guru di Darul Quran akan bagi tashji'' balik, memberikan semangat untuk terus kuat menghafal Quran , sebab tak semua dipilih untuk menghafal Al-Quran..( hemm..sekarang ni mcm mane ye..huhu..beratnyee.. )
Ayang mu Ayang ku Jua
Adik beradik usrahmu , adik beradik usrahku jua..ngee..^_^ ..Sorang panggil angah , sepuluh angah yang toleh..haha..Bestkan? ..Masa sakit ada orang tolong tapaukan , ada orang ziarah , masa sibuk ada orang tolong basuhkan baju , kadang2 ada tolong lipat baju lagi , tolong iron baju pun ade , ( ye tak Cik Mahfuzah? Buli acik naa..xpe2..nasib baik buddy kesayangan ) . Kalau lapar tengah2 malam , boleh 'rompak' makanan kat 'gedung makanan' , kan Afifah Muhammad? Hehe..Dia ni kurus kering je, tapi stok makanan fuhh setahun tak habis,keh3x..tapi habis jugak la sebab Suhaili Omar selalu rompak makanan dia atas arahan Madihah Yusof..hoho..big bos nampak! @_@. Lagi satu bilik stok makanan bilik Siti Nur Hashiinah , si penjaga bilik air, sebab bilik dia, sebelah bilik air je.setiap tahun kena bilik tepi toilet,apakah nasib beliau..haha.tapi bilik ni tak boleh rompak makanan banyak2 sangat, nanti tak cukup untuk tuan die..keh3x..( ayang , ko boleh belasah acik kalau sanggup..he)
Itulah nikmatnya ukhuwah di sana.Tak berkira ,semuanya dikongsi, susah senang bersama ( tapi bekas tapau selalu hilang lamo2 den geram la juga..hehe )
Hari-Hari di DQ
Malam2 tidak sunyi dari pengisian, sama ada di masjid mahupun Dewan Auditorium Sheikh Mohamad Nor, sama ada bedah kitab mahupun ceramah2 yang mengisi jiwa.Pada hujung minggu pula dimuatkan dengan tayangan , tayangan berunsur semasa mahupun kisah para sahabat ..tengok ramai2 dalam Odi (baca auditorium) , best kan?
Lepas solat isyak akan ada halaqoh al-Mulk , lepas asar akan ada halaqoh tazkirah , semua boleh berkongssi ilmu dan peringatan..petang2 pulak jalan2 tepi tasek, poyo2 amik gambar sendiri ( macam Hazirah Isa dengan Sarah yasmin tuh..)
Kadang2 ada yang layan feeling tepi tasek, sambil dengar mp3, sambil baling2 batu ( ececeh..hehe ) , ada jugak yang iadah Al-Quran kat situ sambil menghayati keindahan tasek. Panorama paling sweet pernah tengok banin jalan berdua2 dua-an mengelilingi tasek , pastu duduk2 tepi tasek..nak tergelak pun ade, tapi haih tak baik gelakkan orang,kui2x..
Better aku berhenti kat sini..nanti makin banyak rahsia member2 terbongkar..keh3x..
Back to Story
'Pokoknya pakcik penginterview, saya tak pernah menyesal masuk Darul Quran . Jangan nak down2kan DQ orang lagi ek..grrrr!! '
( Kalaulah boleh cakap macam ni masa hari tu..hihi..ni tak, tunduk je )
Peace no War
Lebih kurang macam video ni la life budak2 Darul Quran ^_^ Missing that home
acikkkk... guling2 anjang baca. lawok lah hg ni. tp serius dq mmg besttttt..
ReplyDeleteyg paling heran tu, ada sorg hamba Allah ni; anjg nak lah pinjm bekas tapau dia, skli dia kasi pinjm tapau 'yang aku knl je rupa tapau ni'..
ape tak nya, anjg punya pon dia kbs jd milik dia. nseb baik adikkberadik, brang hg jadi brg aku.. kankan., :)
btw, hg dah bawak anjg mnari2 terkenng memori lalu.. sgt touching :')
acik........... terbahak2 aku gelak baca citer hang.. terima kaseh acik.. i luv u :)
ReplyDelete