Bismillahirrahmanirrahim.. selawat ke atas junjungan
Rasulullah s.a.w. kekasih Allah..
"aku hambaMu yang merindukan untuk syahid bersama
para mujahid
di jalan para syuhada"
Tanpa kita sedari, hari makin hari umur makin bertambah.
dan apabila angka umur meningkat, maka sebenarnya
semakin banyak tanggungjawab yang kita galas.
Tanggungjawab dengan manusia sudah banyak apatah
lagi tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada pemilik
mutlaknya iaitu Allah.
Tanggungjawab itu bukanlah perkara mudah yang hanya
akan berakhir di dunia sahaja, malah setiap tanggungjawab
itu akan ditanya di akhirat kelak sewaktu hari perhitungan.
bukan mudahkan memikul tanggungjawab?? Namun, sesuatu
tanggungjawab selalu dipandang remeh sehinggakan kita
merasa seolah2 ianya sekadar sesuatu yang boleh
dipandang ringan. Bukankah tanggungjawab itu sebagai amanah?
Banyak perkataan 'tanggungjawab' yang disebut2, namun,
sejauh mana kesedaran kita terhadap perkara itu. Sedar tidak
sedar, diri saya sendiri selalu leka dengan pelbagai
tanggungjawab. Saya seorang pelajar, jadi saya ada
tanggungjawab untuk belajar. Saya seorang anak,
jadi saya ada tanggungjawab untuk sentiasa berbuat ihsan
terhadap ibu bapa saya.
Saya seorang hamba oleh itu saya kena sentiasa bekerja
untuk Tuhan saya. Saya seorang yang mempunyai banyak
tanggungjawab lain lagi sebenarnya tapi saya selalu leka.
Banyak hak2 yang tidak tertunai kerana kelalaian diri sendiri.
Jika tanggungjawab yang dipegang sekarang tidak tergalas,
bagaimana untuk kita galas tanggungjawab yang lebih besar?
ISLAM.. ya, itu tanggungjawab yang kita perlu galas
didunia untuk kehidupan di akhirat. Kalaulah hari ini
tanggungjawab yang ada masih belum mampu di penuhi
hak2nya, apatah lagi kalau kita katakan kita ingin bawa ISLAM.
"Islam itu adalah agama yang hebat dan tidak akan
memikulnya melainkan orang2 yang hebat"
jadi, sudah hebatkah kita? Bukanlah bermakna
perlu sempurna untuk memikulnya, namun kita perlulah
sentiasa mengejar kesempurnaan itu kerana tiada yang
lebih sempurna melainkan Allah satu2nya. tiada dua, tiga
atau empat.
Tindakan kita? sentiasa muhasabah diri, mendekatkan
diri dengan Allah. Bukanlah sebanyak mana amalan kita
semata2 yang dikira disisi Allah , yang penting keikhlasan
dan kesungguhan kita untuk menzahirkan kecintaan
kita kepadaNya. Tinggalkan dahulu perkara2 yang
boleh menghalang matlamat utama kita. Matlamat kita
tidak sama seperti mereka, hanya mahukan kekayaan
dunia. tapi kita mahukan Syurga Allah.. ya, siapa yang tidak
mahukan syurga. Namun, mampukah syurga dicapai tanpa
rahmat dariNya??
Firman Allah s.w.t;
والذين ءامنوا وعملوا الـصـالحات سَـنُدخِلـُهم جَناتٍ تجرى مِن تحتها
الأنـهار خـالدين فيها أبدا لـَهم فيها وَعْد اللهِ حَـقـّـًا ومَن أصدق مِن اللهِ قِيلا
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,
Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga Yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal
di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang
benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya
daripada Allah?" [An-Nisa'; 122]
Ayuh, semua pemuda pemudi, kita bangkit untuk
memperbetulkan diri kita. Sudah lumrah kehidupan
sebagai manusia yang lemah pasti di uji dengan pelbagai
perkara. Jatuh dan kembali bangkit perkara biasa,
namun jangan sesekali terus rebah tersungkur tanpa
mampu bangun lagi. ISLAM menantikanmu sebagai
pejuang mujahid yang insyaAllah mampu menaikkan
kembali syiar ISLAM.
Salah satu wasiat Imam Hassan al-Banna untuk panduan
kita semua;
Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala,
mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. Anda
hendaklah melalui fasa bersuluk menuju keredaan
Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi.
Anda hendaklah mendekatkan diri anda dengan Allah
Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat, antaranya
sembahyang malam, puasa tiga hari setiap bulan
sekurang-kurangnya, membanyakkan zikir dalam hati
dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada setiap masa.
p/s; Semakin meningkat usia , semakin banyak keputusan
perlu dibuat, semakin banyak amanah perlu dipikul .
Ilmu itu satu amanah, menjadi seorang da'ie itu satu
amanah, alQuran itu perlu dijaga sebagai amanah,
dan sebenarnya terlalu banyak yang kita perlu jaga.
Bantu hambaMu untuk menjadi seorang yang menjaga
amanahMu.
No comments:
Post a Comment